>

Lama dah tak post n3 resepi masak memasak ni.Maklumlah..zaman sekarang ni ramai dh yg pandai memasak tahap master.Kalau resepi yg ala2 je tu malas ah nak publish..buat segan je.Coklat kek ke,ciskek ke,cupcake ke…Org lain lg dh expert.Tapi resepi hari ni Ell rasa lama dah tak buat..Ramai jugak yg tanya camner nak buat kerabu pucuk paku ngan kerang ni.So,Ell publish kat sini biar d’ols refer ke sini je .Senang kan.

Tu diaa..lebih kerang dr pucuk paku.Pasal tu nama dia kerabu kerang pucuk paku.Kalau kerabu pucuk paku dgn kerang…dh tentu pucuk paku lebih bnyak dr kerang..hahaahah gasak ler,korang paham ke.

1 Ikat pucuk paku perak(mcm dlm gambar yg digoogle ni) 
1 Genggam taugeh
Sebiji limau nipis
4 Sudu besar santan pekat
1/2 Kilo kerang
(rebus sebentar & buang kulit)
3 Sudu besar kerisik
Gula dan garam

DITUMBUK (mcm sambal belacan)
3 Biji cili merah
3-4 Biji cili api
(tambah jika ingin pedas)
4 ulas bawang merah
2 Sudu besar udang kering
(disangai)
atau gantikan dgn belacan

CARA MEMBUAT:-
1. Siang dan Celur pucuk.Begitu juga taugeh, sebentar sahaja.
2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang
Ok,SELAMAT MENCUBA
Ell meratah mcm tu je…ini jam ai tak layan nasik..heheh

>Al-fatihah untuk mereka~

Posted: 12/05/2011 in others

>

 Assalamualaikum…
Dalam tempoh kurang 3 bulan Ell kehilangan 4org saudara mara.Walaupun saudara sebelah suami,namun sangat terasa pemergian mereka.Ketika n3 ini ditaip hati menahan sebak didada.Pagi ni Ell tak dapat tidur,sebab memikirkan mcm2 perkara.Sebelum subuh Ell dh bergegas mandi n solat sunat sementara menunggu azan subuh sempat Ell bacakan surah yassin dan doa untuk arwah2.

Pagi ini,(khamis,12 may 11)pada jam 2pagi kami mendapat panggilan telefon memberitahu bahawa adik ANASTASYA AZMI (15thn) telah pulang kerahmatullah pada jam1.40pg.InnalillahiWainnailaihiRojiun..

Ini wajah ceria Tasya ketika waktu sihatnya.

Arwah di dignose menghidap LYMPHOMA CANCER.Gambar ini diambil oleh ibunya ketika 2hari berada di bilik ICU setelah selama sebulan terlantar di wad hospital University KL.

HJ SALLEH SAFAR

2 minggu sebelum kami berangkat bercuti ke Jakarta bulan Mac lalu,kami dikejutkan dengan pemergian abang kepada ibu mertua Ell.Beliau menderita barah PANKREAS.Beliau di khabarkan tidak sihat selepas pulang dari menunaikan haji.Bermula dengan demam yang tidak kebah,berlarut sehingga perutnya membesar sebab tak boleh buang air.Selama 4 bulan menaggung kesakitan,akhirnya pada 25 FEB 11 beliau menghembuskan nafasnya.

FAIRUZ (maaf tak tahu nama penuh arwah)

Selepas pulangnya kami dari bercuti ke Jakarta,29 MARCH 11 kami dikejutkan lagi dengan pemergian FAIRUZ iaitu suami kepada sepupu hubby.Berita kematiannya betul2 mengejutkan,sebab 2hari sebelum pemergiannya,arwah dan keluarga ada bertandang kerumah kami dgn keadaan yg sihat walafiat.Dia seperti biasa,ramah dan rancak bercerita.Pada hari kejadian,Beliau diceritakan menghantar bapa mertuanya(pakcik hubby sebelah ayah) ke hentian bas,beliau mendapat panggilan telefon dari kawannya,lalu sedang berbual2 beliau rebah serta merta.Ketika dihantar kehospital arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.Yang pelik beliau tidak ada sejarah sakit jantung.Mungkin kerana beliau terlalu penat.Namun,itulh kehendak-NYA.Bila2 masa akan dipanggil.

MOHD ZAIN

Pada 24 April 11,suami kepada adik ibu mertua Ell pula disahkan meninggal dunia selepas beberapa minggu dirawat dan terlantar dihospital University iaitu sama ditempatkan dengan Adik Tasya.Tapi berlainan blok dan tingkat.Ell kurang pasti kematian arwah disebabkan apa, cuma yang Ell tahu ada juga kaitan dengan paru2.

ANASTASYA AZMI

Hari ini,tiba giliran adik Tasya pula.Teringat Ell zaman dia kecik2 dulu.Setiap kali org bagi duit,mesti dia nak kasik kat Tok Abah dia.Katanya “Tok Abah lebih banyak nak guna duit,sebab Tok Abah bawak kereta pergi sana sini..boleh isi  minyak”.Tasya juga merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya.Dulu time dia nak ambik UPSR dia juga pernah ditahan diwad berminggu2 malah hingga berbulan,namun dia lulus peperiksaan itu dgn cemerlang.Dia juga dikhabarkan oleh tok mummy dia sangat disayangi cikgu2 disekolah.Mungkin sebab dia sakit,maka dia diberi perhatian lebih.Untuk pengetahuan,Tasya ni cucu kepada adik ibu mertua Ell.Dan keluarga kami boleh dikatakan akrab sebab mereka selalu berkunjung kesini.Jenazah arwah akan disemadikan di 
Muar.

Pada mereka yang pergi mari kita sedekahkan Al-Fatihah.Sebagai tanda ingatan dan kesedihan,doa dipanjatkan supaya roh2 mereka ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah.Kita yang masih hayat ni,hanya menunggu giliran menemui-NYA.

>Ini kes berat!

Posted: 04/05/2011 in diet

>

Hye alls…dh makan.Ell mkn sup sayur je..nak diet..:)

Dah beberapa hari ni rasa macam dunia ni tak de matahari menyinar lagi.Hidup rasa macam tak bermaya.Arrrgghhh! tensi.Beberapa hari lepas Ell cuba berdiri diatas penimbang berat,dan jarum penimbang tu buat hati rasa luluh nak jatuh.Ternyata Ell dah melepasi 67kg.Patut rasa lain macam je tengok gambar2 terbaru ni.ini kes serius,ini kes berat!!.ya,mmg berat!!
Macam mana boleh jadi macam ni,sedangkan diet programme yg Ell ikut hujung tahun lepas berjaya menurunkan 5kg dlm masa sebulan.Tapi itu buat 2-3bln je dan sekarang mendadak naik semula.Sememangnya diet memerlukan disiplin yg kuat.Cakap berdegar2 je tak guna.Setiap kemahuan mesti ada perancangan.Ell mesti lakukan sesuatu..jgn sampai berat badan naik lagi.Semestinya Ell rindukan berat bdn unggul zaman sekolah dulu..iaitu 46-48kg.Buat masa sekarang ni,mustahil akan capai berat badan unggul seperti dulu..tapi ya,sekurang2 nya 50kg untuk ketinggian yg tidak berapa tinggi macam Ell ni.
Argh,tekanan macam ni.Turun 2kg naik 3kg…ini tak boleh jadi..harus bagaimana ini…ermm,setelah mengkaji itu dan ini,Ell rasa Ell patut menjauhi nasi.Paling tidak pun meminimakan pengambilan.Sekarang ni Ell umpama pekerja bandaran yang membersihkan dan menghabiskan sisa2 makn ank2…Kalau dulu Aariz lum mkn nasi lagi..maka diet Ell itu berjaya.Ell pernah terbaca yang diet cara Normala Samsudin hanya mkn sesudu nasi sehari.wah..boleh ke Ell ni.Paling Ell kagum dengan mek yang berlakon ‘Salam Pantai Timur’ tu..Selama 2 tahun tak ambil nasi.Wah…sangat kagum dia berjaya menurunkan berat badan dr 100++kg sehingga 45kg.
Penelitian dan perancangan perlu seiring.Setiap makanan  yang Ell ambil harus diteliti kandungan kalori dan lemak barulah rancangan berjaya!.Internet harus dilungsuri untuk mencari info tentang berat badan dan diet ni.Haa…tetiba semangat kembali meresap dlm jiwa.

>

Assalamualaikum…
semoga kita semua diberkati dipenghulu segala hari ini.
~Ok dah tak de dah citer holiday jakarta lagi ya.Hari sabtu 19/3/11 we’ols balik tu pun tak de dah snap2 gambar segala.Badan dh letih yg amat.Tak larat dah.Hsbn sakit kepala,perut pulak tak berapa selesa,mungkin dek kerana terlebih sangat makan strawberry n wildberry dr Bandung tu.Wallahualam..Pagi2 sebelum we’ols berangkat balik ke Malaysia tu pun sempat lagi pergi belanja sket n massage kaki dan kepala.Petang kul 2 we’ols gerak ke airport sebab takut terkandas dlm jem n flight we’ols kul 5ptg.sampai kat airport  hujan turun tetiba lebat tp sekejap. 
Dah siap check in semua barang yang gila2 banyak kilo nya(imagine we’ols ada 7org,setiap sorang boleh bawa muatan 23kg) Itu tak termasuk hand luggages lg.We’ols gi minum2 sket kat KFC.Dan siap2 call org KL untuk amik we’ols kat KLIA.Dijangka tiba kul 10-10.30mlm.
Sampai pulak kat rumah SIL4 diHulu Langat,we’ols habis punggah semua barang untuk tujuan pengagihan…Adei,malam tu we’ols tidur kul 3pg.Kalau ikut hati tak mau tidur lagi..tapi ikut mata,mata suruh tidur..:) Esoknya hari Ahad gerak balik kampung,Hari isnin anak2 start sekolah.hui…pengsan! 
Aduhai,kenangn tu semua ..tah bila nak jejak kaki lagi ke Jakarta.Tapi walaupun penat,letih..semuanya berbaloi.Hati puas! Syukur kepada Allah SWT berikan rezeki kepada keluarga kami.Kalau tidak,tentu tak merasa semua ni.
~Bercakap pasal rezeki ni,Syukur yang teramat sebenarnya Allah sentiasa luaskan pintu rezeki keluarga kami.Minggu lepas tercapai sudah hajat suami Ell yang selama ni nak buka kedai sukan.Ya Allah..terharu Ell tengok suami gembira sangat.Katanya itu memang cita2 dia dari zaman sekolah.Bayangkan dah berapa lama baru sekarang hajat besar dia tercapai.

Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T…
Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa. 

Harapnya ini bukanlah rezeki kami yang terakhir.Semoga kami sekeluarga terus mencari rezeki yang halal dan diredhai disisi Allah.hajat besar kami nak menjejakkan kaki di Tanah Suci.Insya’Allah..tah bila masanya,Allah tentukan. 
Bawah ni ada serba sedikit gambar yang sempat diambil.Terima kasih kepada yang sudi datang dan saudara mara,sahabat handai,yang memberikan sokongan dan galakkan.Yang turut mendoakan kejayaan juga kami ucapkan terima kasih.

Warga Pontian boleh mendapatkan peralatan sukan di kedai ini ya.Blok berdepan stadium futsal,kedai no4.Hsband Ell dalam perancangan untuk menjual barang sukan ni secara online.Tapi tengok tahap kebizian die.Kerja sebelum ni pun masih tak berhenti.Kedai ni kwn hsbn yang tengok2kan memandangkan dia adalah rakan kongsi.Ell tak ganggu pun kedai ni.Ell macam biasa, ma’am besar kat rumah n fulltime home minister….:D
Selepas dirasmikan,takde potong ribbon segala tu ya.Cuma doa selamat sket.Tapi punyalah bz layan Aariz yang banyak merintah,doa selamat tak dapat nak join..Yang penting mmg semuanya selamat.:)

 Ha kan senang tidur dier.barulah selesa mamanya nak menjamu selera..:)
macam2 menu ada.Briyani ada,lontong ada,rendang,serunding dan yang penting org Johor ni laksa .yang pasti laksa Johor lah kan…Air pun boleh je pilih yg mana suker..Air mata kucing,air teh bunga n air kathira.
Alhamdulilah…tetamu ramai sangat yang dtg bagi sokongan.Hsbn Ell pun ceria sangat.Puas lah tu hati dia pembukaan hari pertama dah boleh buat bayar sewa.:) 
Ini sahabat lama Ell shiela dari zaman sekolah dulu dah hampir 12 thn tak jumpa inilah kali pertama.Malu seyh dgn dia yg maintain slim river.Thnx babe sbb sudi dtg ke majlis yg tak seberapa tu..yang lelain dh ajak pun tak tahu kenapa malu2 nak dtg.Rugi ah korang mknn banyak disediakan tapi tak merasa.Ada pulak sorang ni dia boleh gi mkn kat kedai depan kedai hsbn ni..adoi,kalo singgah dh sah2 dpt mkn free.Tak delah dilaburkan kat makcik kedai tu.

 macam2 peralatan sukan boleh didapatkan disini.:)Kalau takde akan diadakan..buat je permintaan ,akan ditunaikan..Yang penting bagi sokongan.macam mana nak bg sokongan?belilah barang,buat tempahan,dtg selalu,ajak kwn2…baru nanti org boleh kenal.

 Ok,disebabkan hsbn Ell ni  expert  dgn badminton..peralatan keperluan badminton adalah diutamakan.Namun begitu,(ceh ayat surat khabar) bola sepak,futsal,tennis,table tennis,hockey dll semestinya ada juga disediakan.Kalau tidak masakan namanya kedai sukan kan.

 Mudah2an dengan izin Nya,perniagaan hsbn Ell akan terus maju dan berkembang dengan jayanya.Insya’Allah.










>Day 8~Jakarta

Posted: 28/04/2011 in jakarta, trip, vacation

>

Adeh,apehal n3 holiday ni tak habis2…segan seyh nak tunjuk lagi,ada kwn tegur..ni baru pergi seminggu,n3 dekat sebulan tak habis2 lagi..kalau pergi sebulan mau setahun n3 pasal Jakarta je.Silap2 org ingat i’ols duk Jakarta.:D
Ok kali ni takmo type panjang2..gambo n sedikit ulasan saje…

Jumaat(18/3/11) 

Yuk muter2 sekitar Jakarta.macam biasa..seawal 8.30pg.

 

Tempat pertama mesti pergi MONAS (Monumen Nasional)Indonesia.Kira mercu tanda Jakarta.Tinggi tak berapa pasti tapi yang penting puncak MONAS (obor)tu disalut emas seberat 35kg.Tapi we’ols cuma snap2 gmbar kat2 pintu pagar je.

Bangunan depan MONAS

Posing anak2..:)
Cantik merak tu…:)
Kemudian we’ols bergerak ke destinasi yang tak berapa jauh dari MONAS ni.
Masjid Istiqlal,masjid terbesar di Asia tenggara katanya.Memang besar u’ols…tah berapa tingkat masjid ni pastu siap dengan madrasah yang juga sgt besar.

Gereja Katedral,betul2 bertentangan dengan Masjid Istiqlal.Gereja yang tertua di Jakarta.We’ols tak ke gereja tu pun…masih dalam kawasan masjid,cuma berpaling kebelakang je untuk background church tu.
 Kemudian we’ols terus puter dan puter..Ada satu benda yang agak menarik perhatian..Sistem transportasi bas die.
Bas punyalah panjang,n pintu pun tinggi.cammana plak org nak melangkah naik kan..

Rupanya d’ols kene naik bas dari pondok ni.d’ols panggil halte busway

Ini laluan macam jejantas terus masuk kedalam pondok halte tu.So,takdelah u’ols akan jumpa manusia berterabur nak naik bas.

Maka bila bus dah nak sampai d’ols akan beratur sampai ke hujung pintu halte tu

See,ramai dh menunggu nak ke destinasi.rasanya bas2 tu semua ada nombor kot.Senang d’ols nak cam bas die.Bila pintu bas tiba betul2 depan muka pintu halte tu,barulah d’ols masuk.Pintu bas tu sama tinggilh dgn pintu halte tu.Bagus kan..teratur je.
Ok,next destination is Asemgor.tempat ni tak top sangat..buruk semacam bangunannya.tengok pun ngeri n seram mcm nk roboh.katanya bangunan tak siap n tak dpt kelulusan..tapi d’ols selamba je berniaga kat dlm bangunan tu.Asemgor tu tempatnya dekat dengan kawasan ala2 china town.ramai peniaga cina disitu.

We’ols target perfume yg imitate ni.Tapi kata along(SIL1)baunya lebih kurang je n yg klakar katanya kira boleh juga tahan sepanjang hari.Harganya murah gila2,lebih kurang belasan ringgit malaysia utk 100ml.Bentuk botol n kotak sebijik mcm asli.Apalagi we’ols merembat 5 botol tak hengat.Kenzo 2 botol,burberrys,Hugo boss n apa tah lagi satu hsbn punya.

dah dpt target,we’ols jalan sket2 ke kedai lain.We’ols masuk ground floor je..malas ke tingkat2 yg lain.Kat sini macam2 barang  u’ols boleh jumpa.dan Ell rasa sangat senang kita carik barang untuk goodie bag party, atau wedding,utk buat gifts dsb.
Rambang mata dibuatnya..tapi tak tau kan beli banyak2 nak buat apa..so.cuci jelah mata.Sebab d’ol kebanyakannya jual secara pukal.Ada yg sikit, ada juga yg 50-100pcs untuk satu2 jenis brg.Kalau nak jugak beli satu2,tinggi sikitlah hrganya dri yg pukal.
 Kedai accesories yg we’ols singgah.Beli 2 pasang jam.

Haa…nilah dia bangunan buruk tu.Mcm menakutkn je kan.Pastu kat tepi2 jalan tu pun ramai yg berniaga brg2 dr dlm bangunan tu.
Ok,putar dan putar lagi..Apa nama bangunan ni tak tau..Time ni Ell tido kot dlm kete.Hsbn je yang turun.Buat kenang2an..Yang menariknya ada basikal untuk disewa,siap dengan topi lagi.Tetiba rasa macam kat vietnam plak..(mcm pernah g vietnam..huhu) Yelah,basikal dgn topi tu gayanya mcm org vietnam..
Nampak tak,panjang berderet basikal.Berapa ekk ongkosnya nak sewa.Lupa dah..:)
Grand Indonesia Shopping Town.Haritu Ell ada review pasal mall ni .Nak rasa ke’best’an nya,ada DISINI

Ok,itu tak pergi dah…we’ols lalu je.Snap gambo ni dari dlm kereta.
Memandangkan dah nak tengahhari,dah nak dekat solat jumaat..we’ols terus ke Tanah Abang..lg?.Jangan terperanjat ya untuk kali ke-3nya.hahah kata SIL’s pecah rekod!.Orang lain dapat pergi sekali tinggi2 dua kali je,we’ols sampai 3x.Jeles seyh d’ols..hahah

Owh,ini yg satu lagi tak de di Malaysia.

Bajai.kalau pergi Thailand d’ols panggil tut tut rite?

Ok,tak de dah gambar kat Tanah Abang ni lagi..we’ols jalan2 carik langsir,telekung n hsbn Ell puaskan hati meround ikut kaki.:)

 Kalau nak tengok bangunan n kisah we’ols,sila KESINI

Habis solat we’ol nak pergi beli kerepek2 dan emping yang tak de kat Malaysia.Tapi bila tunggu supir kat pintu bangunan Tanah Abang tu,hampir 1jam setengah baru nampak batang hidung.Apa tidaknya,solat kat tingkat 13,kenderaan banyak,berpusu2 pulak nak turun.Katanya,kebiasaan hari jumaat memang begitu,kadang2 sampai 2jam menunggu.

Pasar apa tah tak tahu plak.Gambar ni hsbn yg ambilkan..Ell tak turun kete..cuaca sgt panas terik.So,Ell tak tahu keadaan n suasana dlm pasar tu.

Emping malinjo pedas yg rangup,kacang telur,emping pisang salai bertepung dan emping malinjo mentah(untuk digoreng)Setiap satu2 jenis tu SIL1 belikan 10kg.

Pastu we’ols ke Pondok Indah Mall.

mall ni dekat je dengan rumah SIL1.Jangan orang kata tak pergi kan…Macam pepatah
“Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat buat2 tak nampak” hehe berpepatah bagai..

 
 yelah,we’ols asyik lah pergi mall2 yang best2 yang jauh2..tapi mall depan rumah pun tak nak singgah.
Ada pulak patung Ben10 ni ha…suka je aryan nak bergambo.:)
Lama jugak we’ol merayap kat dalam mall ni.Best jugak sebenarnya.Ada 2 cabang Pondok Indah Mall ni.Satu disebelah kanan jalan,dan satu lagi dikiri jalan.

Anak2 suka naik ketapi ni,tapi we’ols tak naik pun.. kalau rasa tak larat nak jalan bolehlah naik ketapi ni

Disebabkan ada mall kiri dan kanan jalan,maka disediakan jambatan untuk menyeberang.Kat jambatan tu pun ada kedai2..ala2 hentian rehat Ayer Keroh le tu.
Pukul berapa tah we’ols habis meround,lupa dah.maklumlah…sebulan yang lalu kan..heheh.  Pastu we’ols terus lah balik rumah n makan dn tido.Esoknya nak balik Malaysia dah..