Archive for the ‘fruit’ Category

>Buah markisa~

Posted: 12/02/2011 in fruit

>

 U’ols tahu ke apa bendenye buah markisa ni.Ok,sebelum Ell nak tunjuk gambar,meh Ell khabo yang satu masa dulu,tapi tak berapa lama la dalam beberapa tahun lepas je,MIL ada beli sebatang anak pokok setelah berjaya di’ayat’ oleh apek tokey.Tokey cina tu kata pokok buah epal.Wah…dahsyat arr kalau kita berjaya tanam pokok epal.MIL pun tanam punya tanam punya tanam..pokok membesar n menjalar.
Kendian mengeluarkan buah..memang serupa arr macam buah epal(dari jauh),tapi tak sama.Ell pun pelik apasal lain benar rupanya..
See…(think!) owh,ok..now we’ols sedar we’ol dh tertipu…huhuhu..
ni bunga nya..
Ada yang dah masak nih.Elok sangat kalau buat jus.Untuk pengetahuan u’ols..buah markisa ni selalu orang buat jus je.Sebab musababnya adalah rasanya yang agak2 masam sket.So,memang dah sahlah ini bukan buah epal kan…haiyya tatak guna itu tokey lor,mau untun ini olang kasi tipu punya…choiii!
Op op op…ok,ini pengakuan jujur…gambar2 diatas bukan pokok hasil tanaman MIL yang Ell ceritakan tu ye.Kisah ini memang kisah benar..tapi hasil tanaman diambil di”Wednesday Ditch Farm Resort” tempat yang Ell pergi tengok kuda haritu.Kalau tak tahu dimana,refer previous n3 atau link nya DISINI.
Ell pun baru tahu,lepas pakcik staff kat situ bagitau.Dan…Ell sangat kagum dengan kesungguhan owner dengan menanam pelbagai jenis pokok2 (mostly masih kecik2 la) utk mengekalkan kehijauan serta Ell rasa untuk pengetahuan jugak.
Tapi sedihnya pokok yang MIL tanam tu terbiar tak terjaga tidak seperti pokok dalam gambar2 ni.Dah ingat tak de pekdah apa2 kan.Agak2 kalau bela balik boleh menjadik tak?Well,ini kene usulkan cadangan pada MIL nih.heheh..
Pokok ni boleh tahan lebat buah die,daunnya pun merimbun..sejuk je kalau berteduh bawah ni.
Dan juga yang ini…Sila cari buah tersembunyi…hehe
Seingat Ell,Ell memang pernah beberapa kali rasa jus markisa ni.If u’ols nak tahu lebih pasal buah ni,samada rupanya,khasiatnya atau cara gunanya..jangan malas google sendiri.Tapi Ell jumpa gamba yang sangat meleleh…untuk ditengok.:)
Tu diaa….jus markisa! pekena time hangat2 ni fuhhh syorgaa…
thnx to citarasawan.blogspot.com

Advertisements

Vanilla~

Posted: 05/05/2010 in fruit, info

Ell memang penggemar vanilla ice cream.Mkn dgn dessert apa2 pun sedap.Makanya,stok eskrem mmg harus sentiasa ada kat umah.Tapi kan,u’ols pernah tak terpikir cammane rupanya vanilla tu.Ell pun bukannaya tahu sangat..tp Ell pernah tengok tiwi rancangan travel2 tu, negara Mexico adalah negara pertama yang dijumpai vanilla nih.Dan paling Ell tak jangka is vanilla tu sebenarnya  pokok yang menghasilkan bunga (ke buah dipanggilnya) yg panjang2 n warna hitam pulak tu.Yelah,mana nak sangka bende tu semua kan..tau nya makan je,putih pulak tu.Kalau pikir panjang tentu tergerak jugak hati yg vanilla tu hitam bila tengok esen vanilla tu.Tapi dh malas nk pikir…

Bila tergerak hati nak tahu lebih lg pasal vanilla ni,Ell carik2 kat internet dan mcm2 yg Ell tahu.Resepi nak buat eskrem pun tau dah..cuma eskrem maker je takde.:P
Ok,meh Ell nak share info ringkas ngan u’ols..Madagaskar dan Indonesia adalah pengeluar utama vanilla asli.Indonesia lagi..aritu buah avokado (dlm posting lepas) melambak gak kat Indonesia ekk.Bnyk rupanya hasil pertanian kat Indonesia tuh,tp apesal penduduk dia tak kaya2.ahakss..Ok,Gambar atas tu adalah pokok vanilla yang merupakan sejenis species pokok orkid.

Ini adalah buah vanilla

Buah vanilla yg dh dikeringkan dan dikeluarkan biji2nya.
Dan…yang ni lg satu.Apesal lah Ell ni bnyk na yg jakun ekk..Rupanya kat Malaysia pun dah dikomersialkan tanaman vanilla ni.Malaysia jugak adalah antara negara pengeluar vanilla.Aduh,apesal Ell tk tau..ketinggalan sungguh.Disebabkan tulah Ell nk bgtau u’ols nih.U’ols ‘tanya’ je pokok vanilla pada cik ‘google’,berderet ‘jawapan’ dier.. 
Antara sumber info Ell dapat DISINI .Yang lelain tu bnyk dr Indonesia..

Jus Avocado~

Posted: 27/04/2010 in fruit
U’ols biasa tak dgn buah avocado ni.Secara jujur Ell mmg tk pernah makan.Ya,mmg Ell jakun..haha..Dan haritu ada jiran ni balik kampung dia kat Indonesia(kat sana melambak buah ni) n dia bg ni kat MIL.MIL pun mcm dh biasa je..terus dia buang kulit n blander jadikan jus.Tambah air, gula sket n jgn lupa susu pekat manis. ice-ice bebeh (kalau suka)
We’ols yg agak kejakunan ni rasa was2 nak cuba.Org yg pertama rasa is Marsha(1st dotter).Dia siap kata “mama,apasal pelik rasa dier”.Ell pun dengar mcm tu mmg lh tak nak sentuh…tp yg heran,dia boleh plak menambah2,mcm tk cukup2.Ell pun tak naklh kempunan mcm mak ‘si pekan’..kang tk pasal2 di telan dek batu belah,batu bertangkup,Ell try lah..errmmm,sedap lah u’ols..serius,mmg sedap.Menurut MIL lebih sedap kalau ada cincau,mcm sirap bandung tu,kalau tambah cincau kan ke sedap..:)
MIL kata lg,dulu dia minum segelas kemain mahal harga dier..tp ni blander sendiri 3 biji dpt satu jug.Lagipun avocado yg dr Indon ni besar2 u’ols..tk sama mcm kat supermarket tu.Haa..barulh puas.. Ooops..lupa nk ckp, ttg rasanya lbh krg mcm air carrot susu. Tp mmg lbh sedap kalau dletakn ice sikit. Mmg best..boleh sangat dterima tekak sesiapa yg meminumnya n that I gerenti ya.

                                   
Dah alang2 tunjuk buah n jus avocado ni,jom Ell nak share 10 khasiat nya dgn u’ols.Ni pun Ell amik kat internet je.

 1.Pencegahan Barah Prostat
Avokado telah ditunjukkan menghalang pertumbuhan barah prostat.


2.Pertahanan Kanser Mulut
Penyelidikan telah membuktikan sebatian-sebatian tertentu itu dalam avokado dapat untuk mencari pra kanser mulut berkanser dan berkanser sel-sel dan memusnahkan mereka tanpa membahayakan sel-sel yang sihat.


3.Perlindungan Kanser Payudara
Avokado, seperti minyak zaitun, adalah tinggi dalam asid oleik, yang telah ditunjukkan boleh mencegah kanser payudara dalam banyak kajian
4.Kesihatan Mata
Avokado mempunyai lebih lutein karotenoid daripada mana-mana buah. Lutein melindungi terhadap kemerosotan makula dan katarak, juga menghalang penyakit-penyakit mata berkaitan umur

5.Kolesterol Lebih Rendah
Avokado adalah tinggi dalam sitosterol beta, satu sebatian yang telah ditunjukkan untuk kolesterol lebih rendah. Dalam satu kajian, 45 orang sukarelawan mengalami satu kejatuhan sederhana dalam kolesterol 17% selepas memakan avokado untuk sekadar seminggu.

6.Kesihatan Jantung

Secawan avokado mempunyai 23% folate. Kajian menunjukkan seseorang yang berdiet kaya dalam folate mempunyai satu kekerapan lebih rendah penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Vitamin E, lemak monounsaturated, dan glutation dalam avokado juga bagus untuk hati.


7.Pencegahan Strok
Tahap tinggi folate dalam avokado juga mempunyai hanya satu risiko strok lebih rendah daripada mereka yang tidak mengamalkn pengambilan avocado.

8.Penyerapan Zat Lebih Baik
Penyelidikan telah menemui nutrien tertentu itu adalah diserap lebih baik apabila dimakan dengan avokado. Dalam satu kajian, apabila peserta-peserta makan salad mengandungi avokado, mereka diserapkan lima kali jumlah karotenoid (sekumpulan nutrien yang termasuk likopena dan beta karoten) daripada mereka yang tidak memasukkan avokado.

9.Sumber Glutation

Avokado ialah sumber terbaik glutation, satu anti pengoksida penting. Penyelidik-penyelidik berpendapat itu adalah penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10.Penjana Vitamin   E
Avokado sumber vitamin E paling baik,ia merupakan satu vitamin penting yang melindungi terhadap banyak penyakit-penyakit dan bantuan memelihara kesihatan secara keseluruhan.


Sumber rujukan : healthdiaries.com

Kiwi Madu~

Posted: 17/04/2010 in fruit
Kia Ora…
Amende pulak lh kia ora ni kan.Kia ora bahasa org maori yg bermaksud HI/HELLO.hehehe..(gugel kamus) Apesal plak Ell mabuk cakap bahasa Maori ni.Agak2 ada tak harapan gi New Zealand kalau dah expert cakap Maori ni.ahaks,verangan je la..Ni lah u’ols,Ell nak citer pasal buah kiwi yg sangat2 manis ni.MIL beli kat pasar lambak je.Katanya kiwi madu,tp tak bertanya pulak dr mana importnye.Tapi buah kiwi kan banyak import dari New Zealand.

See,kaler die pun tak hijau macam buah kiwi yang biasa tu..tapi golden brown macam madu…Nmpk tak ape ke jenamanya tu…boleh la gi carik.
ermmm..manis dan berkhasiat.
U’ols tahu kan khasiat buah kiwi ni.Kalau tak tau tu mintak khidmat incik gugel utk memberi penerangan yg lebih detail lg .heheh.Tp yg paling best buah kiwi mengandungi vitamin E yg dapat membantu melambatkan proses penuaan.Tp itu kalau le dapat makan tiap2 hari…:)

Mendesak & Terdesak

Posted: 28/08/2009 in fruit, jambu bol
Friday,August 28,2009
Bismillah….
Dah seminggu kita puasa kan..tak sedar pun.Ell mcm biasa je.Dh masuk 5 bulan pegnen ni makin dahsyat pulak kerenahnya.Awal2 pegnen tak pulak cenggini.Semenjak Ell demam aritu,selera Ell dh putus terus,tayanglh makanan apa pun depan mata,dh takde nafsu langsung.Kat pale otak ni,tk trfikir pun mknnn apa yg best2 n sedap2.U’ols leh imagine berat badan Ell ni lebih ringan dr sblm pegnan.nasi sikit pun Ell tk sentuh,sbb rasa nk muntah.Kalau mkn roti sekeping tu,amik masa 45minit baru nk abis..kemain lama.serius..Ell pulak bukanlah jenis yg suka mkn asam2 nih.
Ok,2-3 hari ni,Ell rasa selera Ell mcm nk pulih sket.Tp 1st thing yg trlintas is buah jambu bol.Dlm minggu ni gigih jugak lah mak ngan hsbn Ell carik jambu bol nih.Tanya kat Pasar Tani,umah sedara2,umah kwn2 dn yg sedih tu,rupanya jambu bol ni baru je habis musim bulan 6-7 aritu.Yang mak Ell plak,tk de jambu bol,asal namanya jambu mesti hantar kat Ell.Tak kiralah,jambu batu,jambu air,jambu madu,rojak jambu semua bg sini.Sian mak,susah payah plak dier..
So,Ell mintaklah jasa baik u’ols dibulan puasa ni kalau2 kat tempat u’ols masih ada lg musim jambu bol nih.Mungkin dapatlah kiranya balik kan semula selera Ell yg dh hilang nih.Sian kat baby..(ish! salahkan baby plak,tekak maknye yg ngengade..)
Kalau tak dpt yg merah,yg kaler pink dekat2 nk masak tu pun ok…dh kepingin sgt nih.
Punyalah terdesak sgt Ell nk jambu bol ni,Ell pergi google mana2 blog or website yg tayang buah jambu ni n tanpa segan silu Ell mintak tolong pos kat Ell.Yg sedihnya,tk bnyk org yg tahu.Keluar2 gambar,buah jambu bol ni kat Indon.
Mcm ni la eh,if u’ols senang nk dpt jambu bol ni,boleh tk u’ols kirim kat Ell sket sebiji 2 (org ngidam ni bukan bnyk na yg nk dimkn..asal lepas gian je).And,kalau u’ols takde or tak tau pun jambu ni,takyah lh susah2 carikan utk Ell yer..
Mekasih…
*gambar ihsan dr yahoo,google & MSN
*pegnen kali ni mmg teruk,tk mcm sebelum ni.

Kueh~~Kueh~~

Posted: 30/07/2009 in food, fruit

Wednesday, July 29,2009

Kueh…kueh…sapa mau beli kueh.(gaya ala2 penjual kueh)
Hahaha..konon je.mana de Ell jual kueh.cuma semalam hari gigih Ell buat kueh utk bekfes anak Ell (sebenarnya maknya ni pun kepingin).Adalah sekali aritu Marsha sebut ngan atok dia suh buat kueh keria..yang atok ni pun carik la keledek kat pasar.Malangnyer ,keledek tu dh terbiar kat dapur hampir seminggu lebih tak menjadi2 kueh keria pun.. (atok nyer tak menyempat jer..) so,yang mak nyer ni kesian la kat anak tu nk sgt mkn kueh keria..carik la resepi nye kat internet.Senang je rupanya.. tp selama ni malas na nak membuat..:)

Dan,dengan semangatnya tgh2 mlm sebelum tu…Ell merebus la 2 biji keledek.Empuk je keledek tu Ell terus lenyek dn uli ngan secawan tepung..dh elok utk digentel2 Ell bulat2 kan uli tu cam donut.Abis je buat tu semua tengok2 jam dh kul 1.45pg.Ell simpan dulu masuk dlm fridge.

Bangun pagi tu awal sket dr biasa..agak2 la sempat siap goreng n sira ngan gula kueh keria tu.Boleh dibanggakan la..cubaan pertama Ell ni menjadi.not bad..
Ok,lagi satu ni Ell nak citer pasal apam balik.Apam balik yang Ell nk tunjuk ni lain sket dr biasa..tp mayb ada antara u’ols yang dh penah jumpa n mkn kot..

(ini gambar apam balik biasa atau kacang >ehsan cik google tp silau skit mata..)

Apam balik yang selalu kita mkn tu intinya gula, sweet corn n kacang.Rasanya sedap n manis…… Ell ske mkn apam balik ni kalau melepasilah tahap piawaian tekak Ell nih.

Ini pulak yg kecik2..apam balik kacang merah..pd rupa bntuk ok tp rasa biasa je..Ell tak teruja sgt pun.kebetulan yg dibeli ni rasanya mmg kureng,liat semacam n tk ssedap ada yg prnah ell rasa sblm ni..kesedapannya tu mengikut kepakaran org yg membuat kulit apam..klau dh kena mana jual yg tk sedap tu..baik beli pau. \

Haa…nilah dier apam balik yang Ell nak tunjuk sgt tuh.Apam balik pulut hitam ngan kelapa perasa pandan.Kaler hijau..menarik kan.Kretip kan d’ols ni..ada je nk cipta resepi baru.Sebelum ni mak Ell beli yang tak de kaler..so,dr luarannya nmpk sama n rasa mcm tk berapa berkenan pun sbb dh biasa.Bila ada org buat kaler hijau ni nmpk lebih menyelerakan tmbahn dgn aroma pandan seolah memanggil2 utk di mkn. ๐Ÿ™‚
Apam balik ni hsbn Ell beli kat Pasar Lambak (pasar yg start kul 2ptg -9mlm) kat area tmpat Ell nih.Dia ada gak buat apam balik yg biasa tu…mmg sedap sampai sejuk pun kulitnya lembut lagi..Ell rasa dia mmg dh expert la buat apam balik nih.Pastu tak lokek letak intinya…kalau apam yg kacang tu..rata kacangnya.,jagungnya serta gulanya..emm…tringat2 rasa n kulitnya yg gebu.
Kalau apam balik pulut hitam ni..pulutnya cukup masak tk mentah,kelapanya fresh lemak n mmg tabur rata.Kulitnya dh tentu2 lembut n wangi…
Sebab sedap sgt lah tu berebut ngan dak kecik Aryan,tinggal sepotong je..Ell nk mensnap gambar,time tu jugak dia nk mkn.. ๐Ÿ™‚

Maaf ye,yg ini keluar topik sket.

U’ols tahu buah kemang? ada org panggil buah binjai kan.tp menurut MIL buah binjai bentuknya bulat2 manakala buah kemang ni bentuknya bujur n lonjong sket.Rasanya pun Ell tak berapa sure.Mayb sama kot..Then,buah kemang ni ada yg jenis manis n ada yg jenis masam..kalau dpt yg manis tu..perrgghh,x hengat punya melantak.whateva is,baunya tetap sama..
Ntah napa hsbn Ell beli buah kemang ni kat Pasar lambak tu.. (teringin sgt agaknya…:) Buah kemang ni baunya allamak…mmg menggoda nafsu la u’ols klau yg tringin nk mkn bnda2 msm..adei,x leh thn..

Disebabkan buah kemang ni msm,biasanya MIL campur dlm sambal belacan,kdg2 klau bnyak MIL juga suka buat jeruk..Ell suka juga yg dbuat jeruk,yg mkn mcm tu n cecah gula pn ell suka..sedap.Tp maaf la u’ols,Ell tak snap pun pic sambal belacan buah kemang tu.Takut menyiksa batin u’ols..berdosa plak Ell nih. ๐Ÿ˜€ So,u’ols tengok gambar buah kemang je lah ye…

Musim sakit tekak !?

Posted: 02/07/2009 in fruit

Thursday,July 2,2009

Hye alls…

Smlm kan…hsbn Ell free nk mengait buah2 yg ada tanam kat depan umah.Ell tolong lh jugak…menyibuk je. ๐Ÿ˜› Sebenarnya takdelh bnyk mana,adalah sepokok sejenis..tp syukur..puas jugak mkn anak beranak.

Buah yg Ell geram sgt nilah dia..rambutan gading(kuning).Dr putik lg rasa mcm nk petik je.Skrng puaslh hati Ell mkn yg dh masak nih.

Kait jugak rambutan merah yg biasa ni…walaupun nmpk tak merah menyala,yg mcm nilah yg Ell suka.Tp kan,Ell rasa rambutan merah ni ada mcm2 jenis ekk.Species yg MIL tanam ni bentuknya lonjong sket n rasanya manis.Ada jugak yg bulat2 bulunya merah,org kata rambutan gula batu.Ada gak yg namanya rambutan kampung yg masam bentuk kecik2 disamping rambutan yg jenis longkah dgn tak longkah.Ell pun tk reti sgt sebenarnya..tau mkn je lah.kalau rasa sedap ngadap sorang pun Ell boleh ๐Ÿ˜€

Nak jugak buah manggis ni…hsbn amik sebaldi je.Atas pokok bnyk na semut hitam.kesian kat hsbn ๐Ÿ˜› Manggis ni cerewet sket nk memetik nya…kalau jatuh trhempas dh tkleh mkn nnt bergetah atau org panggil lokoh(betul ke nih) So,mmg kena panjatlh..tp tulh dier semut plak mengerjakan.

Kalau dh tiba musim buah ni,Ell mkn mmg takleh tahan2.Ell mmg suka sgt!! Walaupun selalu nya kalau mkn lebih memeritkan takak.Bila dh sakit tekak,hah mulalah batuk.Satu Ell pantang bila batuk ni,Ell takut semput.Ell dulu ada prnah kena semput ni,zaman budak2. Tp tu dulu.Skrg ni Alhamdulillah,dh lebih 7 tahun rasanya lama tk mngalaminya,Tp wlaucmna pun Ell kena careful gak.Buat masa ni Ell ok..tp tekak dh mula rasa perit.Tulah..mkn tk beringat kot!!

Satu lg yg Ell dh takleh thn ngan buah durian nih.Adei..bnyk sgt sampai tk tau dh nk buat apa.Mcm2 dh diperbagaikn.Semua resepi dh buat siap ngan MIL buat lempuk, tempoyak,serawa durian mcm2 lg lh..tp still bnyk lagik mcm tk habis2 sbb ianya dtg tk renti.Setiap 2-3 hari ada je org yg dtg kasi (Pokok derian MIL tak berbuah).Murah tul rezeki MIL tambah plak sedara mara ramai..mana2 yg ada pokok tu walau sepokok dua mesti antar kat umah.Bnda tgh bnyak kn.Klau beli kt pokok dgn org kenal hrganya bru 30 sen je skilo.MMg murahkn.Sbb tgh bnyak.Tp bnyak2 pn tk prnah sebnyak lbih krg 5thn lps.Sampaikn hsbn Ell prnah trjmpa ada satu rumah dkt Pt Semerah, Pontian ada letak papan kt depan rmh dia tulis ‘DURIAN PERCUMA’. Sampai mcm tu skali. Just gi ke rumah org tu n ambik je.Mngkin ada niat nk sedekah kot.Tp apa pn mmg murah sangat2 rezeki org tu.Bnyaknya dpt pahala sedekah kt org ramai ni kn.

Durian ni bila dh trlalu bnyak sngat klau tk di kemaskn, nnt 3-4 hri dh tk sedap sngat rasanya..tambah lg dgn baunya yg mnjadi2.Dri terbiar gitu je,mana yg ada…MIL kupas semua derian tu then she simpan dlm tupperware n masukkan dlm freezer.Simpanlah bape lama nk simpan,bila2 rasa teringin boleh mkn sejuk mcm eskrim atau keluarkan siap2 dr awal..n mkn mcm biasa.

Rupanya lama dh MIL dpt idea mcm nih.Semenjak Ell kawen dulu pun dia dh guna cara nih.Ell rasa memudahkan jugak.Amik contoh kalau siblings,uncles,aunties or sesiapa saje sedare mara yg dtg n nak bawak balik,kupas n masukkan je dlm tupperware.Sgt menjimatkan ruang n mengurangkan bau.U’ols pun leh try..sgt praktikal.Tp ada jugak yg tk suka cara tu mcm hsbn Ell.Kalau nk,mesti yg baru kupas dr pangsanya .

Cite psl durian nikn..Ell teringat satu cite yg Ell sndiri alaminya. Lbih krg 4-5 thn lps,ada satu masa waktu Ell sefamily nk ke Kluang masa tu.Lalulh jln Spg Renggam-Kluang.masa tu mmg tgh musim durian.Lalu2 ada je sign board sana sini hrga sekilo brapa.Adalh satu gerai ni, instead of ‘durian murah’ dia tulis’DULIAT Murah’. Sakit2 smpai perut we’ols ketawa masa tu..yelahkn ‘DULIAT’ u’ols just bayangkanlhkn.Tah tang mana yg liatnya Ell pn tk tau.Yg peliknya eja murah betul plak.Tp bila difikirkn,tk de ke anak2 org tu nk tlg betulkan.Sabar jelah..


K,ni antara cing peliharaan Ell. Dia suka sgt ngan buah derian nih.Namanya Cik Achu.Tengoklah kemain kusyuk lagi dia menikmati ulas2 derian tuh.Pic yg last tu dia mengiau nk mintak lagi… ๐Ÿ™‚

Sekarang duku n langsat dh mula mencelah.Agak2 Ell raya nnt kot baru masak ranum.