Archive for the ‘issue’ Category

Hello n hye..
Since Ell dah beberapa kali dirayu di FB ni Ell dh private seprivate nye.Ell akan accept sesape yg Ell rasa kenal je.If ada sesape yg menggunakan nick name,pls bgtau yg korang tu Ell kenal ya.Dulu pernah jugak diganggu sijantan phsyco yg merayu nk jadi kekasih gelap.Choiii! apa ingat Ell ni bangsat sangat ke tak sedar diri yg berstatus isteri dn ibu beranak 4.tolong la…pi jauh2 carik org lain yg boleh ko ajak itu dn ini.Nama macam alim ulamak,tp kelakuan macam $%^&*!.At last senang hati Ell bila dh delete namanya dr senarai kawan dn menyekat terus dr berhubung.

Habis cerita disitu..hati dh senang.Kemudian selang beberapa bulan Ell apprvd sorang awek yg nmpk mcm biasa.Boleh lah menambah kenalan maya..Oh tapi rupanya lagi dahsyat diganggu kaum sejenis ni.Ya Allah..ampunkan aku.Mulanya Ell layan sesaje .yelah ingat mcm adik2 kan..panggillah yang ke,dear ke…tp kelain pulak jadinye.Bila diteliti profile nya,astaga!!!! lesz rupanya berminat dgn wanita shj.Sekali Ell dh accepted,bersusun pulak yg requested nk jadik fren.Itu semua dr link yg sorang tu ler..
Bila dh 2-3 org add, mcm2 lh yg boleh dilihat kat walls dan picture album di profile derang tu.Sangat memalukan!! yang malangnye derang ni semua dr golongan berpendidikan tinggi,berkerjaya hebat,tp macammana  boleh terjebak dgn cinta kaum sejenis pun Ell rasa keliru.bukan calang org,dokter pun ada.tapi kebanyakannya remaja.
Owh pada awalnya Ell ditanya oleh salah sorang yg Ell dh accpt sbg fren,beginilah lebih kurang.
“hye dear,u lesz?” terus teranglh Ell cakap bukan n thats y i ada suami dan 4 org ank.tapi i cuma kagum dengan pompuan2 cantik.”oh ye ke” balas die lg.”Tapi i teringin gak sesekali nak #@$* dgn hot mom mcm u” “bila boleh dtg KL join ur group?” wadda!!! serius meremang bulu roma.Berani die tanya mcm tu! bukan setakat tu,semua anggota badan yg kita sendiri malu nk sebut depan orang,di bayangkan dn digambarkn tanpa segan silu.Maaf,setelah difikir tanpa ragu Ell terpaksa mendelete dan menyekat terus mereka2 dr golongan itu dr terus mengganggu.
Tujuan n3 ni bukan nk mengaibkn diri sendiri sbb diganggu oleh lesz ni,tp nak share supaya u’ols kawan2 Ell ni turut berhati2 memilih kawan dr FB.Seeloknya org yg kita kenal jelah jadi fren kita tak perlu rakus sgt nk bnyk kenalan tapi asal usul mereka kita tak tau.At least kalau dr kalangan bloggers kita tahu siapa mereka.bukan ke mereka selalu bercerita mengenai life mereke dlm blog mereka.
Satu lagi,mereka ni dr pandangan kasar sukar jugak utk dikenalpastikan.Perwatakan mereka ada yg biasa2 aje ada pulak yg seksi berlebihan seperti nak menggoda,tapi not for guy katanya.Dan yang paling penting,mereka ni kebanyakannya terjebak time belajar kat university.cek ank2 remaja u’ols…jgn ada yg trjebak kedlm gejala cinta sejenis ni..say NO to LESz!!

Advertisements
Korang,Ell dah bnyk dah dengar orang dok komplen pasal ‘berokband’ nih.Hah,meh sini Ell nak maki ‘siputmyx’ ni pulak..:D Eh tak delah nak memaki hamun,kang kalau memaki hamun semua binatang keluar kang.Ell bukanlh jenis macam tu..:P kalau mengajar anak, pandai pulak kata tak elok.Meh kita marah cara berhemah ya..
Bukannya apa,kesian kat TM nut yag asek lah kena maki hamun,sumpah seranah org malaysia sampai binatang dlm zoo tu sumer kluar.jgn kata binatang zoo,binatang dlm hutan pun org ‘panggil’ dah..:D
Ell pun dah naik angin ngan streamyx ni.
mcm2 problem die. Bile kite wat report kata masalah kabel lah.Itulah inilah. x senonoh langsung.start dari minggu lepas, line ntah mcm aper?! kejap page error, kejap limited connection, kejap lagi tak bleh connect. aper diorg nie benak sgt ker @ malas giler?!
Dulu Ell surf internet guna Internet Explorer tapi skarng guna Mozila pun macam *@#$@! jugak walaupun laju sket lah dr IE tu..kalau tidak mmglh sakit hati,kalau tidur bangun balik pun loading tak habis lagi.Lebih2 lagi kalau download muvee.

Kat rumah ni we’ol pakai pakej 1MB ,tp bila test speed,korang tengoklh sendiri gambo atas nih.Ada masanya lg lmbat smpai cuma naik sikit je no. speed test tu.

Pastu korang try test speed kat SINI  .Nmpk tak dlm bulat yg ada arrow tu.Macam ape,kita punya rate kat Malaysia ni cuma 2.Agak kita ni duk negara Bangla ke hape..Aih,dh bosanlh dgn menatang nama stremyx nih.Tapi semalam Ell baca posting kat Dee nyer blog, dia dah pasang Unifi Broadband,register ngan telekom.Wah..mcm best je kan.U’ols gi jengah link tu ya.
Kpd yg berkaitan, silalah renung2kan, (muhasabah diri). pikir balik, btul ke perkhidmatan mcm streamyx niebtul2  nak bagi puas hati kat pengguna yg bnyak berhabis duit?! service lembab tapi tiap2 bulan nak sebat duit orang!!! Ada kwn hsbn Ell modem dia kong kena petir sbb tk cabut kabel blkg modem waktu hujan..dh buat report tp dekat 2 mnggu baru dpt modem baru dr TM.Duit nak tp kalau lambat mulalah nk potong.Jadi cepat2 lh sket perluaskan coverage Unifi Broadband ni ya..

p/s: pada yg bleh sabar, sabar je lah….. yg x leh,’basuh’ cukup2 walaupun derang bukan pun pedulik sangat kat korang.. 
*sorry if the words a bit harsh
*sekarang ,kalau Ell sempat Ell akan buat n3 time subuh.. sekalilh tu dgn komen semua.Kalau tk abis lg nk mengarang ayat,benti jap uruskan sekolah ank2..pastu sambung balik kalau sempat.:)Dgn line yg selow mellow marsmellow sejak dua menjak ni. 



Apalah sangat salahnya~

Posted: 28/04/2010 in issue
 Salam…
U’ols dengar tk berita semalam yang remaja mati ditembak polis di Shah Alam.Ell geram tau..(pulak tu nama sama ngan laki aku) bnyk dah kes2 yang melibatkan polis ‘kurang’ bertanggungjawab ni.Dulu masa awal2 penglibatan Ell dengan blog ni,Ell ada gak komplen pasal polis KLIK SINI .Bukan nak menyalak tak tentu pasal,tp ada sebabnya mengapa.Sebabnya nak bagi polis2 ni sedar sket yang tanggung jawab mereka tu mulia kalau dilaksanakan dgn cara yg betul.

Pertama sekali takziah buat keluarga dan Al-Fatihah buat adik Aminul Rashid Amzah, mangsa tembakan PDRM.Susulan ringkasan kisahnya,saksi utama kes tersebut – yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminul Rashid Amzah (atas) – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam kelmarin.

Laporan polis rakan adik Aminul Rashid :
*mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
*Dakwanya, kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
*Dalam aduannya itu, rakan mangsa itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
*Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
*Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah”.


Kenapa polis tembak mereka ni? Tak ada siasat2,main bubuh aje ikut sedap dia. Mcm tak de cara lain yang boleh dibuat..kalau mereka tu menyerang tembak dulu tu mmg sahlah.Ini senjata apa2 pn tk ada.Nak auta cite plak,nk cover linelh tu. Geram tau.Mcm2 citer yg dh dgr  ttg ketidakbetulan perihalaku pak polisi ni.Mmg tk dpt dinafikn n kita paham ttg tugas yg djlnkn  polis utk apa2 dsbnya,tp patut2lh hoi.Jgnlh hentam sebarang aje atau ikut ckp org trtntu bulat2 klau tk betul.Ingat apa.Negara kita ni ada law tau..bknnya rule of the jungle..Gunalh akal yg ada.Dlm hal ni cthnya,pintaslh balik ke keta tu n pastikn dulu btul2 apa dsb atau  kn polis ni dh advance tk mcm dulu..so dlm masa kejar mengejar sambil ceklh no.plate keta dulu tah ada ke tak kesalahan,kes keta hilang ke apa atau yg lain,barulh tengok kesalahan yang lain.Betul2lh.Ikut steplh bedul.Itu pn nk ajar ke.Last2 rupanya mangsa tu budak aje.Haa..mulalh gelabah.

Ada beberapa keraguan dalam kes ini :

1.    1. Mangsa tidak guna senjata lawan polis..kenapa mangsa dibunuh sedangkan ikut laporan polis oleh saksi utama, di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang “didakwa polis”.
2.    2. Saksi utama “dipukul” oleh 4 pegawai polis yang bunuh mangsa..pastu dilepaskan saksi itu kononnya mangsa “penjenayah besar” dan polis tiada pilihan selain menembak mangsa
3.   3. Kenapa polis “menembak mangsa di kepala dari belakang” sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
4.   4. Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam sedangkan dlm hal ini mangsa langsung tidak bersenjata.
5. Mangsa dibunuh atas kesalahan samun ke? Adakah mangsa sebelum itu menyamun??????Tak ada kan..janganlah main syak n bubuh aje..mangsa lari kerana tiada lesen memandu..ini diakui oleh saksi utama dan juga keterengan keluarganya..polis tak boleh tipu.Agak2lh..

Jelas jika dicampur keterangan saksi utama, saksi pakar bedah siasat dan juga keterangaan keadaan waktu pembunuhan itu berlaku, ia akan membantu kes ini untuk diselesaikan. Sesiapa yang buat jenayah hatta polis sendiri pun, ia mesti dibawa ke muka keadilan. Kepada pihak pendakwaraya,tolonglah lakukan pendakwaan dengan betul dan jangan biarkan mangsa serta keluarganya dizalimi.mangsa yang kesalahannya hanyalah kecil sahaja..iaitu memandu tanpa lesen..dan yg sepatutnya hukumannya bukannya hukuman bunuh…tapi cuma denda berapa ratus sahaja..
Agak terkilan jugak remaja yang baru berusia 15 tahun mati sia2 kerana kesalahan nya belum dibuktikan lagi.Bayangkanlah kita sebagai ibu bapa yang membesar dan membela anak2 pastu anak mati dengan cara seumpama ni.Kalau Ell memang sedih.. Walau apa pun keadaan kejadian yang berlaku, kenapa polis yang menembaknya hanya di tukar ke tugasan pejabat?
Bandingkan laporan di Berita Harian dan Free Malaysia Today. Laporan yg berbeza sebegini akan mendorong kepada pelbagai jenis cerita, mungkin yang sahih, atau mungkin rekaan. Sangat2 mengharap siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis.
Baca dengan lebih lanjut di blog Best1of4
 *Maaf ya,bukan nak menghina polis,ahli keluarga Ell dan suami pun ada dikalangan polis..tp biasalah’disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga.’

Pencuri Di Majlis Kahwin~

Posted: 26/04/2010 in issue
Salam semua..amacam weekend? Ada gi attend wedding? Weekend Ell biasa2 je n cuma gi majlis kenduri kecik2 mewakili MIL.MIL pulak terpaksa tp rela ke majlis perkahwinan cucu sedare dia.We’ols mmg tk sempat pegi coz hsbn Ell sgt2 bz minggu ni.
Dikisahkan oleh MIL,semasa majlis sanding cucu sedara nya tu ada pulak sipanjang tangan yg mencuri.Time sibuk2 org pakpong2..dia pulak kopakkan duit org.Yg Ell rasa geram bila dengar tu,ank kecik digunakan.Konon2 tumpang bilik,nk menyusukan anak..adik MIL pun siap trserempak n sempat tanya buat apa dlm bilik.
Pakaian cantik,molek,kemas..siap bertudung bagai,yelah mcm org gi majlis kawen tu..rupanya dtg sbg tetamu yg tak diundang..tp dgn muka selamba buat2 mcm kenal.Bila salah sorang adik pengantin trnmpak dia duduk mencangkung,dia rasa curiga n terus tanya buat apa,dia terkejut.Adik pengantin tu mmg tak pernah cam pun ada muka sedare mara yg mcm tu..
Dia kejar perempuan tu dgn 2-3 org lagi tp tk dpt tangkap sbb ada sebuah kereta dh menunggu.Nasib baik dapat nmpk plat number dier.Dan nasib baik jugak yg hilang cuma rm700 je.Nasib baik lagi rantai kawen mak pengantin yg pakai..kalau tk mmg jadi hari nasib tak baik..hihi banyak na ‘nasib baik’ ekk.
Aih! mc2 lh taktik org nk merompak/mencuri ni.D’ols yg lebih pandai atau kita ni yg selalu pendek akal,leka  n kurang berjaga2.Tp ko jgn ingat ko leh selamat pencurik oiii..plat no ko dh antar kat pak polisi.siaplh ko kena siasat..”(yelah tu polis siasat..tah2 berabuk report ni duk kat balai..)
Ell pun mmg selalu nmpak kalau time majlis kenduri kawen n sedare mare brtandang,beg2 semua dok bersepah2.Org2 yg panjang tangan ni lah selalu amik kesempatan..sukalh dia bila kerja2 dia org tk perasan,pastu buat muka manis depan org ramai,kemudian dia ‘say babai…’
So,u’ols..apa motip kisah ni? Haaa..tk lama lg cuti sekolah kan.bnyklh majlis2 kawen mcm ni kan..eloklh u’ols pikir2 kan kat mana tempat selamat nk simpan barang2..jgn main ‘lepak’ sebarang je..tk kiralah henpon ke,duit ke,apa ke.. kalau tidak alamatnya ‘selamat’ lh harta benda u’ols..
Lagi satu citer pasal duit ni,(trkeluar tajuk sket) ada pulak kdg2 yg bg duit sumbang dlm sampul tu,sampul kosong je kadang2 dilukisnya gambar duit..Kurang ajar kan..sampai skrng pun masih ada kes2 mcm ni..Tak berkatlh hidup org mcm ni..Kalau tak bnyk,takat 2hengget pun org tk kisah nyer..tp tk perlu lh nak menipu kan..Org pun jemput dgn ikhlas..dh bg mkn minum,siap ngan beg ‘berkat’ lagi..tp pandai2lh nk balas budi org kan..:)

Penting ke BERTUNANG?

Posted: 22/12/2009 in issue

Tuesday,Dec 22,2009

Ell dpt soalan ni drpd sahabat alam maya di FB(facebook).Kira dia mcm dlm kekeliruan lh gitu…’Sebenarnya dik,akak pun bukan lh org yg sepatutnya memberikan nasihat..tp kalau setakat nk memberikan pendapat boleh aja.’

Macam ni la eh,Bertunang tu hanya sebagai janji utk berkahwin,proses mengenal hati budi pasangan.Hubungan yg hampir kepada alam perkahwinan.Tp kalau dh kenal n berkapel bertahun2,utk menjimat kos perbelanjaan kawen..ada eloknya teruskan majlis akad nikah saja.Boleh guna duit yg lebih tu utk gi honeymoon pulak.Tp ingat ya,meminang tu diharuskan dlm Islam utk memastikan pasangan pilihan kita tu belum berpunya.

Kalau bertunang pun,tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yg lebih seperti mahu meraikan raja sehari gamaknya.Memadai mengikut kemampuan sendiri.kata org ukur baju dibadan sendiri.Cukup sekadar sebentuk cincin belah rotan(gambar atas).Ya,persiapan dr segi kewangan perlu difikirkan tambahan pula zaman sekarang kos perbelajaan amat tinggi.Kalau rasa masih kurang dr segi kewangan,ada eloknya ditangguh dulu,tak perlu terburu-buru.Menstabilkan sistem kewangan itu lg perlu.

Memang kadang2 ibu bapa yg lebih demand dr ank sendiri,maklum lah bila ank tu lebih2 lagi anak perempuan sulong atau satunya2 anak perempuan ataupun anak tunggal (like me).Faham, yg ibu bapa ni mahu kan yg terbaik..tp dlm hal macam ni,elok bincang baik2 utk kedua2 belah pihak ibu dan ank n bila dh dpt kata sepakat,bolehlah diteruskan apa yg dipersetujui.

Kalau ditanya pada diri Ell ni,Ell lebih prefer utk mengikat satu ikatan sahaja (nikah) utk tujuan menjaga diri dari dilanda fitnah tambahan pula dengan faktor persekitaran yg terdedah dgn budaya sosial yg terlalu bebas dan sgt mencabar dimasa ini (Ell rasa).

Lagi satu,alam pertunangan ni bnyk cabaran kecik2nya.Elok juga utk mempersiapkan diri sebelum menempuh alam berumahtangga.Sekurang2nya kita dh bersedia menghadapi cabaran yg kadang2 tak diduga.Kalau time bertunang ni tunang dh buat hal..masih boleh main baling2 cincin,tp kalau dh kawen..panjang lh citer nye.Melibatkan pulak ahli keluarga.
Bila DAH KAWEN, baru la dinamakan CABARAN hidup atas kapal.kalau betul nakhoda bawak kapal, insyAllah selamat la menempuh lautan gelombang – jadik seronok la alam rumahtangga tu mcm naik Star Cruise ..tapi kalau tak betul navigationnye.. ada can jadik mcm TITANIC..so masa bertunang ni kenal2 le hati budi pasangan tuh.. esok leh pilih nak naik STAR CRUISE ke atau TITANIC..

Apa2 pun tepuk dada tanya selera n check duit poket sendiri..:)So,apa kata survey perlu ke tak BERTUNANG ni.

Berpantang…

Posted: 10/11/2009 in info, issue, pantang

Wednesday,Nov 11,2009

Ell menulis ni melalui dari pemerhatian sekeliling.Bukan nak kata apa,cuma ada juga rupanya ibu2 yg lepas bersalin ni tak mengamalkan pantang.Seminggu pun tidak,apatah lagi 44 hari.U’ols pelik tak?Ell heran tau,padahal org melayu kita penuh dengan adat dan petua2 berpantang,tp ada segelintir yg Ell perhatikan dan diberitahu tidak mengamalkan langsung cara berpantang org melayu.Jgn kata memakan jamu,memakai pilis dan param..ambil ubat2an yg dikomersilkan pun tidak.Pengambilan makanan pun tak seperti org dlm pantang.
Nak kata hidup serba moden,tak jugak.Jgnlah mentang2 badan dh kecik molek,slim dn seksi, amalan berpantang diabaikan.Bukannya apa,nanti kesannya diri sendiri yang merasa bila dah tua.Sekarang memanglah sihat,tp bila umo baru mencecah 40an mulalah sakit sana sini.Itu ke yang dikehendakkan?Kalau berpantang dgn mengambil ubat yg dibekalkan hospital..berapa hari je boleh tahan.Setakat 2-3 hari ubat dh habis,selebihnya ikut suka.Mana boleh macam tu..Sekurang2 nya belilah produk yg dh siap set bersalin yg bnyk kat pasaran sekrang ni.Itukan lebih mudah dr tak mengambil apa2 langsung. Badan nak pakai sampai tua,jadi kenalah jaga.
Kalau nak ikut cara artis dan celebrity barat,tak trikut lah kita.Mereka bnyk peralatan moden yang serba canggih yang boleh membantu mencantikkan tubuh badan dan utk kesihatan.Tak heranlah mereka boleh kelihatan sgt bergetah walau dah berusia 50an.Tp kan,cuba u’ols tengok pelancong2 omputih yang datang melancong ke negara kita,yang tua2 tu semuanya dh melayut2 dan menggelebeh..:)
Apa salahnya kita ikut cara timur adat melayu kita.Kan ke bagus…Contoh pengamal yang dapat dilihat dengan jelas ialah pengasas ‘Mustika Ratu’ ibu Mooryati.Walaupun umur beliau dah menjangkau 70an,tp masih lagi solid molid mcm perawan. 🙂
Ell sendiri pun bukanlah nak mengata sesiapa,diri sendiri pun kadang2 trlepas pandang dlm hal2 mcm nih.Tp tk bolehlah ambil sambil lewa..Bagi Ell nak berpantang senang je..combine kan antara nasihat2 dokter dan amalkan cara2 lama yg boleh diterima.Kita pun boleh fikir sendiri,mana yang dirasakan elok dan betul.
Ok lah u’ols..tu je lah n3 membebel Ell ni ya..sebenarnya Ell kesian kat individu tu.Mak mertua tolong bela dia tak setuju.Penyudahnya buat apa2 pun secara melulu.:)

Ish! geram

Posted: 09/11/2009 in issue

Monday,Nov 9,2009

Tak faham dengan orang yang suka meng copy paste hak org dr blog org lain.Ell terdetik nak buat n3 ni sbb salah sorang blogger yg Ell follow ~Link~ telah dicopy hasil buah fikirannya.But she dah maafkan org tu atas sbb2 hentaman yg bertubi2 keatas si plagiat tu (baik ko dik).Si pencuri tu pun,nmpaknya dh private or block blog dia dr sembarangan org..Ell pun pernah buat posting yg seumpama..U’ols ingat kan..:)

Sebenarnya,Ell pun nak melepaskan rasa ketidak puasan hati kerana si pencuri idea tu sampai sekarang tak timbul lagi menunjukkan muka meminta maaf.”Harap kamu dah insaf lah ye dr buat keje2 mcm ni.Kalau kamu masih buat benda mcm ni,jgn ingat org akan respect kamu sedangkan kamu punya tulisan yang kononnya hebat tu adalah hasil curian”.Ish! geramlah dgn org species mcm nih.Dah lah dtg tak beri salam,pastu ambik hak org lain.Aih,malulah sket..pulak tu pampang muka sebesar2 alam dlm blog yg setengahnya hasil curian.
Utk jadi blogger yg BAGUS,u‘ols boleh pergi ke SINI.Harap dpt memberi manfaat.
Buat semua..semoga hari dan minggu ini menjadi hari2 yg terBAIK dlm hidup u’ols.