Archive for the ‘trip’ Category

>Day 8~Jakarta

Posted: 28/04/2011 in jakarta, trip, vacation

>

Adeh,apehal n3 holiday ni tak habis2…segan seyh nak tunjuk lagi,ada kwn tegur..ni baru pergi seminggu,n3 dekat sebulan tak habis2 lagi..kalau pergi sebulan mau setahun n3 pasal Jakarta je.Silap2 org ingat i’ols duk Jakarta.:D
Ok kali ni takmo type panjang2..gambo n sedikit ulasan saje…

Jumaat(18/3/11) 

Yuk muter2 sekitar Jakarta.macam biasa..seawal 8.30pg.

 

Tempat pertama mesti pergi MONAS (Monumen Nasional)Indonesia.Kira mercu tanda Jakarta.Tinggi tak berapa pasti tapi yang penting puncak MONAS (obor)tu disalut emas seberat 35kg.Tapi we’ols cuma snap2 gmbar kat2 pintu pagar je.

Bangunan depan MONAS

Posing anak2..:)
Cantik merak tu…:)
Kemudian we’ols bergerak ke destinasi yang tak berapa jauh dari MONAS ni.
Masjid Istiqlal,masjid terbesar di Asia tenggara katanya.Memang besar u’ols…tah berapa tingkat masjid ni pastu siap dengan madrasah yang juga sgt besar.

Gereja Katedral,betul2 bertentangan dengan Masjid Istiqlal.Gereja yang tertua di Jakarta.We’ols tak ke gereja tu pun…masih dalam kawasan masjid,cuma berpaling kebelakang je untuk background church tu.
 Kemudian we’ols terus puter dan puter..Ada satu benda yang agak menarik perhatian..Sistem transportasi bas die.
Bas punyalah panjang,n pintu pun tinggi.cammana plak org nak melangkah naik kan..

Rupanya d’ols kene naik bas dari pondok ni.d’ols panggil halte busway

Ini laluan macam jejantas terus masuk kedalam pondok halte tu.So,takdelah u’ols akan jumpa manusia berterabur nak naik bas.

Maka bila bus dah nak sampai d’ols akan beratur sampai ke hujung pintu halte tu

See,ramai dh menunggu nak ke destinasi.rasanya bas2 tu semua ada nombor kot.Senang d’ols nak cam bas die.Bila pintu bas tiba betul2 depan muka pintu halte tu,barulah d’ols masuk.Pintu bas tu sama tinggilh dgn pintu halte tu.Bagus kan..teratur je.
Ok,next destination is Asemgor.tempat ni tak top sangat..buruk semacam bangunannya.tengok pun ngeri n seram mcm nk roboh.katanya bangunan tak siap n tak dpt kelulusan..tapi d’ols selamba je berniaga kat dlm bangunan tu.Asemgor tu tempatnya dekat dengan kawasan ala2 china town.ramai peniaga cina disitu.

We’ols target perfume yg imitate ni.Tapi kata along(SIL1)baunya lebih kurang je n yg klakar katanya kira boleh juga tahan sepanjang hari.Harganya murah gila2,lebih kurang belasan ringgit malaysia utk 100ml.Bentuk botol n kotak sebijik mcm asli.Apalagi we’ols merembat 5 botol tak hengat.Kenzo 2 botol,burberrys,Hugo boss n apa tah lagi satu hsbn punya.

dah dpt target,we’ols jalan sket2 ke kedai lain.We’ols masuk ground floor je..malas ke tingkat2 yg lain.Kat sini macam2 barang  u’ols boleh jumpa.dan Ell rasa sangat senang kita carik barang untuk goodie bag party, atau wedding,utk buat gifts dsb.
Rambang mata dibuatnya..tapi tak tau kan beli banyak2 nak buat apa..so.cuci jelah mata.Sebab d’ol kebanyakannya jual secara pukal.Ada yg sikit, ada juga yg 50-100pcs untuk satu2 jenis brg.Kalau nak jugak beli satu2,tinggi sikitlah hrganya dri yg pukal.
 Kedai accesories yg we’ols singgah.Beli 2 pasang jam.

Haa…nilah dia bangunan buruk tu.Mcm menakutkn je kan.Pastu kat tepi2 jalan tu pun ramai yg berniaga brg2 dr dlm bangunan tu.
Ok,putar dan putar lagi..Apa nama bangunan ni tak tau..Time ni Ell tido kot dlm kete.Hsbn je yang turun.Buat kenang2an..Yang menariknya ada basikal untuk disewa,siap dengan topi lagi.Tetiba rasa macam kat vietnam plak..(mcm pernah g vietnam..huhu) Yelah,basikal dgn topi tu gayanya mcm org vietnam..
Nampak tak,panjang berderet basikal.Berapa ekk ongkosnya nak sewa.Lupa dah..:)
Grand Indonesia Shopping Town.Haritu Ell ada review pasal mall ni .Nak rasa ke’best’an nya,ada DISINI

Ok,itu tak pergi dah…we’ols lalu je.Snap gambo ni dari dlm kereta.
Memandangkan dah nak tengahhari,dah nak dekat solat jumaat..we’ols terus ke Tanah Abang..lg?.Jangan terperanjat ya untuk kali ke-3nya.hahah kata SIL’s pecah rekod!.Orang lain dapat pergi sekali tinggi2 dua kali je,we’ols sampai 3x.Jeles seyh d’ols..hahah

Owh,ini yg satu lagi tak de di Malaysia.

Bajai.kalau pergi Thailand d’ols panggil tut tut rite?

Ok,tak de dah gambar kat Tanah Abang ni lagi..we’ols jalan2 carik langsir,telekung n hsbn Ell puaskan hati meround ikut kaki.:)

 Kalau nak tengok bangunan n kisah we’ols,sila KESINI

Habis solat we’ol nak pergi beli kerepek2 dan emping yang tak de kat Malaysia.Tapi bila tunggu supir kat pintu bangunan Tanah Abang tu,hampir 1jam setengah baru nampak batang hidung.Apa tidaknya,solat kat tingkat 13,kenderaan banyak,berpusu2 pulak nak turun.Katanya,kebiasaan hari jumaat memang begitu,kadang2 sampai 2jam menunggu.

Pasar apa tah tak tahu plak.Gambar ni hsbn yg ambilkan..Ell tak turun kete..cuaca sgt panas terik.So,Ell tak tahu keadaan n suasana dlm pasar tu.

Emping malinjo pedas yg rangup,kacang telur,emping pisang salai bertepung dan emping malinjo mentah(untuk digoreng)Setiap satu2 jenis tu SIL1 belikan 10kg.

Pastu we’ols ke Pondok Indah Mall.

mall ni dekat je dengan rumah SIL1.Jangan orang kata tak pergi kan…Macam pepatah
“Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat buat2 tak nampak” hehe berpepatah bagai..

 
 yelah,we’ols asyik lah pergi mall2 yang best2 yang jauh2..tapi mall depan rumah pun tak nak singgah.
Ada pulak patung Ben10 ni ha…suka je aryan nak bergambo.:)
Lama jugak we’ol merayap kat dalam mall ni.Best jugak sebenarnya.Ada 2 cabang Pondok Indah Mall ni.Satu disebelah kanan jalan,dan satu lagi dikiri jalan.

Anak2 suka naik ketapi ni,tapi we’ols tak naik pun.. kalau rasa tak larat nak jalan bolehlah naik ketapi ni

Disebabkan ada mall kiri dan kanan jalan,maka disediakan jambatan untuk menyeberang.Kat jambatan tu pun ada kedai2..ala2 hentian rehat Ayer Keroh le tu.
Pukul berapa tah we’ols habis meround,lupa dah.maklumlah…sebulan yang lalu kan..heheh.  Pastu we’ols terus lah balik rumah n makan dn tido.Esoknya nak balik Malaysia dah..

>Bandung (part 2)

Posted: 25/04/2011 in bandung, shopping, trip

>

sambungan..
Adeh,penat + letih + ngantuk = cramp.Last wiken sampai la ni badan dah lembik semacam.Dah charge pun masih rasa nak melepek je.Tahniah untuk suami Ell yang akhirnya cita2 dia nak bukak kedai sukan berjaya juga.Ok,Ell terpaksa tangguhkan dulu citer kedai sukan Mista hubby tu sebab terpaksa langsaikan hutang n3 yang asyik tertunda je.
Maaflah pada sesape yang rasa dah muak nak baca citer holiday yang tak sudah2 ni.
3.15 ptg~
Ok,dari Lembang we’ols terus  menuju ke sasaran  bandar bandung.Memula we’ols attack ‘Rumah Mode’:D
Dalam perjalanan nak menuju ke bandar tu,we’ols sempat singgah ke gerai buah2an dan sayur2an.Buah2an nya buah2an tempatan je tapi nampak menarik…
masya’allah…memang geram tengok buah2an yg segar tu.Tujuan we’ols tu sebenarnya nak beli buah alpukat(avokado) untuk dibawa balik ke Malaysia.konon2 nak buat jus sendiri lah kan..heheh.banyak jugaklah we’ols memborong.Beli lagi buah strawberry yang we’ols katakan sedapmanis tu…Pastu geram pulak nak merasa buah limau die tu.labu plak lain sket rupa dari labu Malaysia.Lekuk2 die sket je macam labu kat negeri omputih..heheh
 
Ermmm apa lg ekk we’ols beli.Oh ya,juga tomato n pokok salary.
 masih guna lagi penimbang ni… 
Dah  habis semua buah n sayur we’ols beli,we’ols pun ke destinasi..
 mana lagi kalau bukan disini…
Katanya tempat paling best n wajib kalau ke Bandung.kalau tak,rugi….tidur malam termimpi2..haha.
 memula sampai we’ols rehat2 jap…ambik udara segar. Agak sejuk jugak udara time tu.Mungkin disebabkan hujan renyai2..Sementara buat giliran mengerjakan solat.
 Yuk shopping!! SIL1 budget masa 1jam -1jam setengah je.Sebab nak gi ke FO(factory outlet) yang lain.

 cantik kan lanskap dier…

 tenang je tengok ikan2 ni..
Ada satu bende Ell nak citer,time ni punyalah ramai manusia…yang bestnya yang ramai tu tourist dari Malaysia.Duduk punya nak hilangkan penat,sembang plak ngan torist yang jugak dr Malaysia..jangan kata orang senegeri sekampung pun boleh jumpa.Bual punya bual…salah sorang tu besannya sekampung dgn we’ols..alahai..bulat kan dunia ni..pusing2 kemana pun jumpa gak orang sekampung…lagi satu kan..orang2 Indonesia dah boleh hafal time2 cuti n holiday orang malaysia tau..hehe

 sebelum balik mesti mau gambar kenangan kan…Inilah buktinya..:)

dan lagi di cafe Rumah Mode

from another angle..
 Mista hubby yang sempoi..sport man mmg begitu gamaknye..hehe

 D gals..
 sista sista

 3 of them

 With my precious gems
5.15ptg~
we’ols gerak menuju ke FO2 yang lain.tak sangka kemain banyak ekk.So,memanglah kene select mana nak pergi.Kalau tak sampai kemalam kesiang ke malam semula pun tak habis mata cuci..hehe.. 
Tak teringat pun nak ambik sebarang gambar kat FO yang lelain tu.Tapi antara FO yang lain we’ols pergi is ‘Blossom’ , ‘episod’ , ‘the secret’ , ‘heritage’ dan banyak lagi.Kos untuk baju untuk anak2 je yang banyak we’ols laburkan..

 kedai kek ‘Amanda’ 
Katanya kalau ke Bandung ni,tak lengkap kalau tak menerai brownies Bandung.SIL1 bawa we’ols ke kedai ‘Amanda’ yang sangat ngetop ni.Antara kedai yang menual brownies yang top lagi satu namaya ‘Kartika Sari’.Jangan lupa cari kalau ke Bandung ya..:) rasanya super duper trooper muper mabeles!! heheh

 Asyik lah meround satu Bandung tu,minyak kereta mesti diisi kan..
Dan ini satu2nya ‘Petronas’ yang boleh dijumpai di Bandung.U’ols tengoklah,takde manusia pun kecuali tukang pam minyak n kasir(cashier).Di Indonesia ‘PERTAMINA’ sangat memonopoly.Pesaing lain tak bleh hidup.
8.00mlm~
Sebelum balik ke Jakarta,we’ols isi minyak gak..heheh
Tangki dah kosong,bunyi dah nyaring semacam…Apalagi carik tempat mkn,dn akhirnya we’ols singgah KFC.Sori takde gambar sebab dh letih.Sejujurnya,KFC die tak setanding kat Malaysia.Original pun rasanya dah lari.taste sangat out.Tapi kat mana2 pun senang nak dapat nasi.even kat KFC n A&W.We’ols pun makan lelaju asal jgn tercekik sudah…
8.30mlm~
Zoom terus ke Jakarta!…..
11.30mlm~
tiba rumah kemas2 barang lebih kurang,cuci badan, minum2 sket,n sambung pengembaraan ke alam yang lebih best..:)

 Lex eh..lg 2 hari habis lah citer holiday ni…Tunggu…

>tak habis lagi? ya ya ya..sila bawak bersabar…tenangkan fikiran meh baca percutian seterunya…:)

Khamis (17/3/11)

Hari ni we’ols dh plan nak ke Bandung.Ngam2 waktu subuh we’ols dah bangkit.semangat punya pasal nak berjalan jauh.Pulak tu SIL1 kata “kita jalan sehari je,so kene gerak awal”.Habis dah subuh,we’ols tengok fajar.
Masya’Allah…cantik tengok matahari terbit.Tapi jangan terkejut..ni baru kul 5.39am.Die punya terang mcm pukul 7pagi waktu Malaysia.Ni intai2 dari tirai kamar..:)
 Ni bukti dlm folder..nampak gambar yg di anak panahkan tu? gambar yg sama dgn atas,pastu tengok ‘date picture taken’ yg Ell dh highligt kan tu…bukan nak menipu lah kan…jgn ada yg kata amik waktu senja plak..dh ada bukti..:)
Sementara bersiap2 tu,we’ols berkesempatan tengok tukang cuci pool dtg bersihkan…(seperti susunan gambar dlm folder) Tak kiralah pool tu guna atau tidak,dia sentiasa datang setiap hari isnin dan khamis untuk pembersihan.
Ok,jam 8.30pg dengan lafaz bismillah dan doa,we’ols memulakan perjalanan yang agak jauh jugak.Ia mengambil masa lebih kurang 2jam setengah.

 Seronok je tengok pemandangan yang agak jarang kita lihat.Kiri kanan berbukit bukau.Tapi bukan kosong ya…bukit2 pun jadi tempat bercucuk tanam.Lebih2 lagi padi bukit.
 Sepanjang perjalanan ke Bandung kelihatan rumah2 yang agak ringkas…tapi atap semstinya atap genting.Tak delah u’ols nak jumpa atap zink mcm kat Malaysia ni.SIL1 pun mencelah,”walaupun rumah2 d’ols tu lantainya tanah(tak bersimen) tapi atap die tetap atap genting”
 Ketika separuh perjalann..we’ols melalui sebuah bandar yang Ell pun tak tahu apa namanya,Ell terpandang sebuah kedai bakery ni.(HOLLAND BAKERY) Ell rasa kat Jakarta pun ada…rupanya bakery ni di franchaise kan…Maknanya seluruh Indonesia adalah kot..yang menarik trade mark die windmill yg sentiasa rotate.
 Terus dan terus meneruskan perjalanan..hehe

 Sambil dihidangkan kehijauan pemandangan,menyegarkan penglihatan..:)

10.45pg~ We’ols dah sampai….Destinasi pertama di Bandung.Gunung Tangkuban Parahu.

Dekelilingi pokok2 rhu yang tinggi2 nmpak mcm dh tua.Tapi katanya walaupun tua,btg pokok rhu itu berguna,ditoreh untuk ambil getahnya dan dijadikan gam.
Kawasan sekitar juga ditanam teh dan strawberry,tp tak kelihatan dr laluan utama.Ruginya we’ols tak pergi ladang strawberry yg boleh dipetik sendiri.

               Kenagan beb…
cuaca hari itu sanagtlah panas,tapi suhu tetap sejuk.

We’ols 6 beranak.Gambar diambil dari pondok tinjau.

View berlatar belakangkan kawah ratu,iaitu kawah utama dan terbesar diantara 9 ke 10 kawah yang ada.

Boleh menyusur sepanjang gunung tangkuban parahu.tapi agak merbahaya sructure tanah nya.Berbonggol2 dan menggelongsor.Tidak sekali2 disarankan memakai heels.Ada kang yang jatuh tersungkur tergolek2 dog tersembam mencium bumi.:)

My MIL sangat tak larat nak ikut rentak org muda mudi ni..so,dia duk berehat jelah.

Jauh dah we’ols menyusur ni sebenarnya.Tah nak sampai kemana pun we’ols tak tahu.Ada disediakan kuda(berbayar) bg sesiapa yang nak meninjau sampai kesemua kawah.malah nun dibelakang we’ols tu boleh je kalau nak pergi.

Yeah,Aryan sangat susah nak bergambar..dapat jugak bergambar akhirnya..
kene pegang tu tgn dia sebab dia nak lari..:)
Ibu dan bapak tourist guide..hahah kakak ipar ku dan suaminya..thnx along to brought we’ols here…
Nak jugak berduaan..:)

Aryan nak lari lagi!!.jgn lepaskan die…hehehe susah na nak bergambar
2 dara yg feeling2 model ahaksss…
Antara view yang di abadikan…

Kawah ratu dari angle lain…
last picture taken at kawah.nice n sweet couple.:)

Banyak deretan kedai…we’ols pun ada lah singgah gak.tapi tak membeli pun.Cuma adalah beli sepasang fridge magnet.
Oh ya we’ol ada beli strawberry n blackberry.Katanya dr kawasan sekitar.SIL1 dah nasihatkan..bawak balik rumah rendam n basuh,baru mkn.Tp mana boleh menahan godaan tu…basuh je lebih kurang dgn mineral water yg dibekal..pastu we’ols mkn.Masya’Allah….die punya manis mcm letak gula.sedap sesangat!!!Apa lg bertambah2 lh mkn.Dlm kereta je habis kotak pertama yg isinya lebih kurang 35biji.Hsbn lh paling bnyk mkn…last2 perut die meragam…Blackberry tu seingat Ell itu 1st time rasa…n sangat sedap jugak…


12.30tghhari ~

Readylh nak turun ke Lembang.Tapi sebelum tu SIL1 n her hsbn pergi solat zuhur dulu.Sementara nak tunggu SIL1 siap solat tu..

Ell agak lemas dgn penjual2 yg ada dikawasan gunung tu.Yang tak faham d’ols sangat memaksa.Walaupun u’ols dh kata “nggak mau” d’ols akan jadi sgt aggrasive memaksa dn terus memaksa.Lebih2 lg bila u’ols dh tawar2 harga pastu tk jadi beli…
 
Selesai dah semua,weols masuk kereta dan terus turun menuju ke Lembang.Asalnya jalan2 cari mkn.Tapi disebabkan SIL1 offer naik kereta kuda,we’ols setuju je dgn bayaran tak tahu…hehe sbb SIL1 yg  settled semua.

Kereta Kuda dibandar Lembang.

We’ols dibawa keliling bandar hampir 45minit – sejam.Kata SIL1 murah dgn tempoh yg begitu…n puas jugaklh duduk dlm kereta kuda tu.Tapi makesure pilih yg elok2 skit lh.

Uit,nak bawak balik ke..:)

Makan time..selera dgn mknn padang je we’ols…Food sgt lazat n double thumbs up!! Konsep nye biasalah…d’ols akan hidang seberapa bnyk menu,n mana yg bercuit tu kira bayar.
Ok,selesai mkn,weols nak ke bandar Bandung.

Dan ini,pulut bakar ‘must try’..cadangan dr SIL1.Sedap jugak rasanya ada sket2 manis.We’ols mkn gitu je dekat nk habis…rupanya ada pencicah yg ala2 serunding…hehe.

Ok then,BERSAMBUNG lg yarh….

>

Sambungan

7.30mlm – Grand Indonesia shopping Town.
We’ols masuk je terpegun ok.Grand Indonesia memang grand!Ni shopping mall n hotel yang bertaraf 5 bintang.Besar die aduhai..tak larat u’ols nak abiskan even sebahgian mall je.Nak belanja apa2 kat situ memang kirim salam la…barang2 semua import yang mahal2..So,we’ols jalan je sambil menikmati suasana yang agak lengang sebab mungkin didatangi org2 kaya je. 
SIL1 terus ajak we’ols naik lavel3 untuk isi perut.Sementara SIL1 solat isyak,we’ols relax santai sambil mendengar nyanyian satu band ni.Sejujurnya sangat terhibur.Anak2 pun siap ikut sekali nyanyi..

 Boleh request lagu.
  Ni Ell tak tahu kedai ke apa..sebab nampak dr luar mcm tertutup.kalau nak masuk lalu jambatan terus ke pintu die.

some snapshot

nice..sekali terasa macam kat jalan2 di oversea.:)

tengok structure die…menarik kan.

level ni sangat best.Kat mana2 ada tempat duduk,boleh bersantai..n dengar music.Syokkkk!!


 “yeah,i’m free!!”.

Bila SIL1 dah siap solat,dia pun join we’ol semula n we’ols tengok fountain show yang kebetulan dah nak start lagi beberapa saat.

Terpegun tak? Gambar2 ni dalam 3 minit yang pertama..untuk lg terpegun,2 minit yng seterusnya meh tengok klip bawah ni.

Terpegun menontonnya..:)

   Ini jadual show


Keterangan:

Hari biasa: 
12tghhari – 3ptg
6ptg – 8mlm

Hujung minggu:
11pg – 1tghhari
3ptg – 5ptg
7mlm – 9mlm

Sejam sekali dan satu2 show tu mengambil masa selama lebih kurang 5 minit. Hanya di west mall-level 3-Entertainment District.

Habis show Ell bawak anak2 gi toilet untuk membuang segala yg terperangkap dlm abdomen.haha
Ok,ni lg satu Ell kagum,toilet die saaaaangat bersih n cleaner dia bertunggu tangga kat dlm tu.Sekali u’ols masuk toilet,die bersihkan,sekali u’ols guna air sink,die bersihkan,even u’ols membuang pad pun die kutip supaya tong sampah tetap kosong.Lepas tu ada tema pulak

Haaa…nampak,male gambo Elvis Presly,female gambo marilyn monroe.Pastu,u’ols masuk je dlm toilet akan kedengaran lagu2 berentak ‘broadway’.

tema die mcm dlm train.

  train 70an-80an.tengok lah sink yg kotak2 tu..

Ell tak tau apa motif sign ni…padahal toilet je pun.Kalau u’ols paham boleh lh explain..:)




Katanya tiap2 level tema nya lain2…ada konsep jepun jugak,bnyk buluh2.


Ok time makan,we’ols mkn japanesse food.Tapi bukan yg shusi mushi tu yer…Berdepan je dgn fountain show tu.Yang herannye,tetiba plak rasa macam ramai org…

 Sementara d’ols Q nak order tu,Ell gi carik tempat.Tetiba..nampak kedai yg tepi gambar ni?

Kedai eskrem u’ols….cute sangat.tapi segan plak nak masuk.hehe sbb tak de customer pun..lengang je.

  Tak beli eskrem bergambo depan kedai pun jadiklah…Tapi pelik ah anak2 tak mintak pun nak mkn eskrem…Kedai kat corner,yg nampak belakang tu pintu besar.gambar atas tu pintu kecik je dr tepi.

Ni lh japanesse food yg we’ols mkn tu.

Tah apa2 tah namanya we’ols makan ni.Tapi yang pasti ada nasi n beef.Ayam goreng pun ada..

Marsha duk mengadap ayam goreng…


Habis makan,we’ols cadang terus lah balik rumah.Memasing dh penat,sehari suntuk duk mengukur mall2.

Last picture at grand indonesia..:)








BERSAMBUNG…















>Day 6~ Jakarta

Posted: 18/04/2011 in jakarta, shopping, trip

>

Ya ya tahu ada yang kata bosan citer jakrta ni tak habis2 lagi.i’ols yang nak menaip pun rasa tak tergamak nak menaip lagi.:D tapi sebab seumur hidup ni ler jejak ke Jakarta,maka tak sampai hati jugak nak bior kenangan tak berabadi…:P
Rabu (16/3/11)
Hari ni plan pusing2 jakarta n singgah mall2 utama je.Macam  biasalah,we’ols ni kalau nak keluar rumah kene lah awal2 pagi.Jakarta macet memang tak bleh nak tolong..gila2 punye.Tapi kan,sikap d’ols yang Ell kagum sangat adalah toleransi.Kalau u’ols rasa nak belok kiri or kanan,angkat je tangan…d’ols akan bg laluan.Kadang2 u’ols tak yah angkat tangan pun,bila d’ols tahu kita dah signal kiri/kanan,d’ols yang tolong angkatkan tangan utk kenderaan lain…Kalau kat malaysia jangan harap ko nak dpat macam tu..even dah bg signal,makin laju die potong Q.sebab tu banyak je kemalangan. Sepanjang Ell Kat sana tak nmpak  pulak kemalangan wlaupun kenderaan dia melampaulh bnyak brbanding tmpat kita trutamanya motorsikal,kalau ada pun mngkin tk trserempak.

Di Jakarta macam2 tugu u’ols boleh jumpa.Ini antaranya di Jakarta selatan iaitu tugu Pizza Man(sebab mcm seorang lelaki sedang menghantar pizza).tapi nama asalnya Tugu Pemuda.

Tugu Kuda Kencana.Katanya kalau waktu malam lebih cantik dengan cahaya lampu dan pancuran air.
8.30pg- ITC Kuningan
Sebenarnya agak susah jugak nak jumpa fridge magnet kat jakarta tu.walaupun dah tanya kat SIL1,awalnya dia tak tahu.Tapi bila try tanya supir die,ke ITC Kuninagn lah tempatnya.We’ols sampai tak banyak lagi pun kedai yang dah bukak.Masuk pintu nampak kedai eksesori,terus singgah hampir sejam.Maklumlah wanita2 seperti ibu mertuaku dan kakak iparku memang begitu ye.
Rambang mata u’ols…murah2 n eksklusif.Bukan macam biasa2 yang kita jumpa kat mall2 tu.Ell tak pilih pun…tak reti sangat arr.Jangan my SIL1 dngan MIL,dah jumpa cincin nak match pulak ngan gelang,carik pulak rantai..mesti sama pulak dengan loketnya…aduish,dahsyat 2 beranak tu..walhal peti harta bukan karun kat rumah tu sampai dah termuntah2 pun..hehe..last2 Ell punya pun SIL1 pilihkan..
Inilah die satu2 nya kedai sovenir(Jakarta/Indonesia) yang boleh dibeli buat cenderahati.Dari fridge magnet,frame,keychain,dan apa2 je lah.Kebanyakannya handicraft yang diperbuat daripada tanah liat.Macam2 boleh pilih,tapi agak mahal sikit dari biasa2 utk hrga tmpatan sana.Ell pun pilih n beli sket je lah.
Nama kedai ni ‘Pernakpernikku’ yang terletak di tingkat/lantai 2.
Kalau nak citer kat ITC Kuningan ni,memang banyak kedai we’ols singgah.Dari kedai baju kanak2,baju dewasa,handbags,kasut dan kedai komputer.Singgah jelah…beli nye tidak lah semua.Apa tidaknye,setiap kali lalu mana2 kedai pun d’ols dengan ramahnya sapa “singgah mbak,singgah mas” “belanjanya mbak” atau “belanjanya bonda” (panggilan utk my MIL) haa..tu maknanya die melawa lah utk shopping kat kedai die.Dan kalau u’ols tak singgah n beli pun…d’ols akan cakap “makasih”  Budi bahasa memang terbaik..Jangan kata kat ITC Kuningan ni je..kat mana2 pun.

Dah masuk kedai itu dan ini,time lunch jangan dilanggar ye.Perut mesti mau isi.Dan seperti biasalah..SIL1 tau je tempat terbaik dengan harga terbaik..

D’COST seafood

Moden dn canggih.Order pakai iPad u’ols…tapi nak order dalam boleh gak.Katanya if order guna iPad ni,u’ols picit2 pilih menu,duduk sekejap mknn pun sampai.

Sorrounding mmg selesa,best,bersih dan luas.Tu haa…dapur pun boleh nampak.Sebenarnya time we’ols lunch ni ramai jugak tau customer,tp belah dapur ni kurang pulak orangnya.

Wow! foods yang we’ols order memang super cepat dia tiba,tak sampai 10minit kot.As u’ols boleh nampak kat kitchen dier..tukang masak(baju hijau gelap) sangatlah ramai ok.Ni antara yang we’ols order.Banyak lagi,ada sambal,sup ala2 tomyam,ulam2,tempe dn tahu…apa lg ekk,ish mcm2.

Jus alpukat(avokado),jus guava,teh ais,air kelapa n manggo smoothie(takde dlm gambar).Air teh tu boleh refill bape bnyk kali u’ols nak…sampai mabuk pun boleh.. ๐Ÿ™‚ (erk,teh boleh mabuk ke?) Nasi pun boleh kalau nak tambah dgn free..

 Tu diaaa..habis licin tinggal tulang je.:)Memang sedap terbaik!! Anak2 Ell pun pandai memuji.:)
Oh ya,D’COST ni restoran franchise,yg u’ols boleh jumpa di kebanyakan tempat2 utama di Indonesia.Boleh jugak u’ols telefon je dari rumah sebab dia menyediakan delivery service.wah..best kan, best kan.Murah gilerr we’ols mkn bnyk2 macam ni cost nye cuma 160,000(lebih kurang) Kalau convert dgn RM baru dalam lebih kurang 56 ringgit.Kalau kat Malaysia  ada murah gitu,mau ratus2 habis..Sesuai dengan slogan die
“it’s five-star services with five-digit costs.”
 5 digit tu duit die la kan…

Next,we’ols nak ke Thamrin City.Tak sedar rupanya kat luar hujan agak lebat.Tambah lah 3xganda jammed die.


3.30 ptg- Thamrin City mall

Errrmmm apa ya we’ols buat kat situ.(think)Oh ya, My SIL1 belikan ibunya(my MIL) handbag kat ITC Kuningan tu…pastu kat Thamrin City tu plak nak carik kasut yang match.Kali ni tak de apa2 gambar…just jalan2.
Satu bende yang Ell geram kalau jalan2 macam gini ler dengan budak2..asyik penat n nak balik je.yelah,kita pun faham kan..budak2 mana boleh tahan satu hari suntuk berjalan.Mesti ada limit n mau berehat kan.Kul 6 petang SIL1 pergi solat maghrib jap sebelum pergi ke next mall.Huhu ada lagi u’ols…sabo je lah ank2.Aryan dok merengek mintak air.Yang susahnya bila dh jalan asing dgn SIL1 tu tak tahu pulak mana tempat ada jual air.
 Untung ada J.Co Donuts ni.betul2 depan pintu keluar.Tapi tak de pulak air sejuk.huhu Aryan dah tak tahan nak minum..nyaris dia hilang sabar.Air bawak bape botol pun dah habis….beli jugak sket donuts tu diamkan die…habis mkn je mintak semula air.Adush dush dush…susah nak handle.bertentangan J.co tu ada sturbucks coffee,tapi pun sama air panas je yang ada.
Dah alang2 nak keluar tu…pergi je terus kat kete,suruh supir ambilkan air untuk Aryan minum…ish3..senapas je dia habiskan setengah botol…:) 
Ok,bersambung next n3 boleh tak…masa dah cukup untuk Ell bersenggang2 depan komputer.kalau sempat petang ni akan menyusul..kalau tidak,esok ler ye.so,check it out….




 

>

U’ols,citer Safari dah habis dah..tapi citer holiday tu tak sudah lagi..hehe.i’ols pun dah segan dah nak buat n3 ke Jakarta tu  tak habis2..Tapi orang kata tak baik buat bende separuh jalan ni.Kalau dah start citer…baiklah citer sampai penyudahnya…tak gitu?  ๐Ÿ™‚
Sebenarnya we’ols keluar dari Safari tu kul 3.15ptg.Pastu SIL1 ajak pergi puncak makan jagung bakar sambil menikmati pemandangan bukit2 yang dipenuhi pokok2 teh.
Puncak ni melepasi beberapa kilometer dari safari tu.Keadaan nya sejuk macam Genting or Cameron.Maklumlah,tanah tinggi. Yg ada brgantung tepi tu air tebu.

Nun jauh tu (sedikit bersinar) masjid At-Ta’awun.Masjid yang megah dan terkenal dipuncak Bogor.(google lah kalau nak tau sebab tak ambik pun gambar masjid tu)

We’ols singgah salah satu factory outlet yang ada kat Puncak tu.apa tah namanya lupa dah..Di Jakarta or Bandung memang d’ols main buh nama factory outlet je manjang…sebab nak menunjukkan harga murah2..dan kalau dah singgah ke factory outlet tu,jangan tak membeli, rugi…SIL1 kata singgah lelaju,sebab nak gi makan jagung sebelum matahari terbenam.

 Botol kicap ni sebesar2 dipampang…kretip.Dekat area ni lh we’ols makan jagung.Tapi ni time balik(turun bukit).Dan factory outlet yang we’ols pergi tu naik kepuncak lagi adalah melepasi beberapa kilometer lagi dari botol kicap ni.

Ni dalam warong yang we’ols nak makan jagung tu.Sampai sini kul 5.45ptg (dlm suasana dkt2 nk mgrib klau di Malaysia).Cantik lah tu nak tengok sunset.Warong boleh tengok view sekitar.Tetiba bulu roma meremang sebab sejuk sangat.Maklumlah,tak sedap badan…Orang lain rasa biasa je.Dan time tulah i’ols muntah macam orang pegnen gamaknyer…huhu…

Nak pegang Aariz memang tak berdaya.Badan dah lembik semacam….So,hsbn take care of Aariz lah.Background kabus sedang melintasi…ish,memang sejuklah…pelik d’ols relaks je.

Tu dia…jagung bakar yang sedap sambil menikmati panorama..:) i’ols makan jugak sebab nak refill energy yang dah berkurang tu.Tambah pulak minum air kelapa..uuhhh lega.(takde pulak gambar kelapa)

Atok amik syif jaga Aariz yer…hehe tq atok…

Owh ini mat gitar yang menyanyi hiburkan we’ols yang sedang menikmati keindahan alam sambil menjamu jagung bakar.Perrgghh suara dia lunak menusuk kalbu…bagus bangett deh! For sure kalau dia ada rupa,n ada yang nak tolong dia..takdelah dia jadi penyanyi jalanan mcm tu…

Ni yang u’ols nampak tu..semua pokok teh..mmg cantik view keseluruhannya. betapa besarnya kuasa Allah. tk bleh lupa keindahanya.

yang besar2 ni tak tau pokok apa.
Dari kejauhan….
ada pulak selang seli dengan pokok bunga…
Cantik kan….
handsome kan…heheh
 
 Akhirnya…dapat jugak we’ols tengok sunset ni lepas kabus dah berlalu pergi.
 Sebenarnya ada tempat yang lebih menarik SIL1 tak bawak..sebab tempat tu nak pergi makan satu hari jugak.kalau nak kesitu tak boleh nak pergi Safari…sebab tak cukup masa.SIL kata taman bunga kat Puncak tu cantik sangat.kat area tu jugak..tapi jalan masuk ketempat tu jauh.
Ni gambar Kat Taman Bunga Nusantara yang disonglap dari FB SIL1 dengan 2 orang anak dara die…heheh sukati i’ols je…
Ok,habis dah makan jagung,we’ols pun balik.Sampai rumah jam 8.30mlm.Makan nasi,telan panadol.Lega rasanya dapat jumpa tilam ngan bantal….Apa lagi tido la…Charge energy dulu..esoknya nak jalan lagi….;)
BERSAMBUNG…

>Safari Indonesia (part 2)

Posted: 11/04/2011 in safari, trip

>

Sambungan…. 

  Ok,dah habis round ke habitat buatan hewan2 tu we’ols turun kereta dan berjalan masuk ke dalam BABY ZOO.

 Ding ding ding ding(bunyi loceng)…pintu gate pun ditutup…tanda keretapi nak lalu…

baby zoo map.
 

let’s go watch the dolphin show!!
Sebenarnya agak frust jugak lah sebab we’ols terlepas elephant show dek kerana hujan n terlepas jugak seal show kerana kelewatan…Harap2 dolphin ni tak mengecewakan lah.Hujan pun dah berhenti,cuaca pun dah elok…we’ols teruskan lawatan.

Ni ha macam ala2 bahtera nabi Noh.
Posing sket sebelum masuk…barulah dpt free…Eh tak la,nak masuk tengok show ni dah takyah beli ticket lagi..sebab sekali bayaran masuk ke safari ni termasuk apa2 saje show yang u’ols nak tengok.Ada banyak show yang boleh tengok secara percuma.Lebih kurang 10 show dan setiap satu2 show tu dia kan ulang 2 kali sehari dan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit 1 show.

yeah! the show begins!
syok arr..Aryan ternganga2 tengok dolphin tu duk melompat sana melompat sini,siap clap2 lagi…jurucakap pulak kelakar,walaupun cakap bahasa Indon kan..n katanya 1 of dolphin tu namanya Justin bieber…haha tak nak ngalah ko.tapi sebab low profile,panggilnye jonet je.๐Ÿ™‚ tambah pulak dengan sound effect yang mantap!

Dah habis show boleh bergambar ngan dolphins tu.Tapi bagian itu mmg kene bayaran lain.We’ols tak bergambar pun..sebab mengejar masa nak tengok cowboy show  plak.

Show ni ala2 wild2 west tapi versi Indon.N derang punya English kemain pekat.Elok sangatlah kalau guna bahasa Indonesia je.

Show sangat interesting!double thumbs up!!Dengan lakonan yang dramatic oleh cowboys n red indians.Dgn efeksnya,babak2 prgaduhan yg dramatic,aksi stunts serta letupan n tembakan.Hinggakn kita yg menonton pn boleh terasa efeks dia.

Ok,show dah habis…org lain berebut nak keluar,Ell nak gambar kenangan kat cowboy town tu.

Show sangat best!..ada jugak watak kelakar yang buat org ketawa…binatang2 macam ayam2,itik2,burung2,kambing2,lembu2 n tikus2 semua dah pandai sbb dh di train…bila time keluar,pandai tuju tempat mana yg patut d’ols masuk..saing2 pulak tu.Cuma ada part kesian sekor ayam tercicir dari kwn2 dia n dia hilang lubang nak masuk..sampai pulak part kuda keluar,bila bukak gate besar saing ngan kuda tu terpijak pulak si ayam tu..tapi nasib baik nmpaknya tak cedera..

 jangan lupa ,kalau ada chance bergambar dgn pelakon2 die.D’ols sporting..siap berbual2 lagi.

Time ni dah tengah hari.We’ols pun nak berpicnic.Kan we’ols dah siap2 packing nasi lemak dari rumah.Depan cowboy town ni je pun port cantik.Sebelum tu husband Ell pergi tengok2 sovenir yang ada kat kedai sebelah kanan gambar ni.Tah hape dibeli lupa dah.:)

Time makan,Ell memang tak lalu k.Kan Ell dah bgtau kat previous n3 yang Ell mabuk binatang.Adoi,bau kuda melekat tak bleh hilang.Kepala dah pusing2 macam nak pitam.Ell kata sebab kuda,husband kata dia pulak rasa mcm ada masanya gayang sikit,tp mngkin sebab safari ni kat tanah tinggi kot,tu pasal agaknya rasa macam tu. k sudah. So,dari perut kosong,jamah jugak sket makanan.Adoiyai,sambal tumis pulak tu..lagilah perut tak bleh terima.

Habis makan SIL1 kata jom kita gi bergambar plak.Dalam hati kata cepatlah masa berjalan..dh tak larat tp gagahkan jugak sebab bukan selalu dpt peluang macam ni. 
 Nak bergambar dengan binatang yang macam gini kene beli ticket lain.1 ticket untuk 1 orang melainkan baby macam Aariz. Duit kita dlm rm3.50 utk bbrapa shots.
 Haa..ni Marsha dipaksa bergambar berpeluk melentuk macam tu sebab dulu2 dia panggil binatang ni lepopard..hahahah…leopard boleh tukar nama..Yelah time tu kecik lg.Tp mmg we’ols tk tahan n gelak reramai.Bila tengok animal planet je time tu we’ols tanya,”ni apa?” dia kata “lepopard..”so,mmg nak suruh dia ingat binatang ni sampai bila2..

  Orang Utan ni sebenarnya nakal tau..tapi tetiba je jadi baik bila nak bergambar.Time nak bergambar tu dia nak pegang Aariz,org yg jaga dia kata “jangan dipegang”,terus dia tarik tangan..:) Lg satu bila dia dah dengar bunyi kita snap gmbar terus je dia bangun gi main sengayut2 nk tunjuk yg dia handal tapi bila org yg jaga dia tu cakap “masih belum”  pandai dia terus dtg n duduk balik kt kita. bijak2.

Sebenarnya ada juga harimau belang biasa untuk bergambar,tapi macam tak syok sangat lah sebab masih baby lagi,

Ni umur dia baru 6bulan..d’ols dah train untuk bergambar..tapi agak nakal n tak berapa nak dengar cakap.So,we’ols tak bergambar…Lagipun tak berapa best sebab kecik sangat.Kata SIL1 sblm2 ni kira semuanya yg utk brgmbar binatang yg besar2.Tp kali ni dia kata boleh dikatakn semuanya dh tukar yg kecik.Apa pn yg penting dpt brgmbar buat kenang2an.


Ada juga Bird Aviary Area.Kat situ terdapat lebih dari 1000 species burung/unggas.Yang best nye burung2 tu semua terbang bebas keliling kita.



Jangan lupa ada juga Reptile Area.Macam2 bintang2 reptilia seperti ular,iguana dan lain2.Tiap2 binatang tu ditempatkan diruangan yang menyerupai habitat asal seperti tempat tinggal dan makanan.Contoh Komodo Dragon macam dalam gambar.



ok alls,sebelum we’ols tamatkan kisah di Safari ni meh tengok binatang yang muka paling control kechumellan ni…

hehehe…comel kan kan kan..tapi rasanya dah brumur dah ni,belang pun kurang nmpak.Pandai tau dia ni,nampak je penjaga dia lalu terus berlari2 manja ke arah penjaga nya tu.mngkin dia ingat nk bg makan.tapi bila penjaga tu tak datang kat dia,mulalah buat muka ala2 sedih je…tapi chumell! ๐Ÿ™‚

Pengembaraan di Taman Safari Indonesia memang best!! dan sungguh menakjubkan,anak2 langsung tak complain penat ke lapar ke or apa2 sahaja sebarang rungutan macam pergi ke Tanah Abang.

BERSAMBUNG…