>Al-fatihah untuk mereka~

Posted: 12/05/2011 in others

>

 Assalamualaikum…
Dalam tempoh kurang 3 bulan Ell kehilangan 4org saudara mara.Walaupun saudara sebelah suami,namun sangat terasa pemergian mereka.Ketika n3 ini ditaip hati menahan sebak didada.Pagi ni Ell tak dapat tidur,sebab memikirkan mcm2 perkara.Sebelum subuh Ell dh bergegas mandi n solat sunat sementara menunggu azan subuh sempat Ell bacakan surah yassin dan doa untuk arwah2.

Pagi ini,(khamis,12 may 11)pada jam 2pagi kami mendapat panggilan telefon memberitahu bahawa adik ANASTASYA AZMI (15thn) telah pulang kerahmatullah pada jam1.40pg.InnalillahiWainnailaihiRojiun..

Ini wajah ceria Tasya ketika waktu sihatnya.

Arwah di dignose menghidap LYMPHOMA CANCER.Gambar ini diambil oleh ibunya ketika 2hari berada di bilik ICU setelah selama sebulan terlantar di wad hospital University KL.

HJ SALLEH SAFAR

2 minggu sebelum kami berangkat bercuti ke Jakarta bulan Mac lalu,kami dikejutkan dengan pemergian abang kepada ibu mertua Ell.Beliau menderita barah PANKREAS.Beliau di khabarkan tidak sihat selepas pulang dari menunaikan haji.Bermula dengan demam yang tidak kebah,berlarut sehingga perutnya membesar sebab tak boleh buang air.Selama 4 bulan menaggung kesakitan,akhirnya pada 25 FEB 11 beliau menghembuskan nafasnya.

FAIRUZ (maaf tak tahu nama penuh arwah)

Selepas pulangnya kami dari bercuti ke Jakarta,29 MARCH 11 kami dikejutkan lagi dengan pemergian FAIRUZ iaitu suami kepada sepupu hubby.Berita kematiannya betul2 mengejutkan,sebab 2hari sebelum pemergiannya,arwah dan keluarga ada bertandang kerumah kami dgn keadaan yg sihat walafiat.Dia seperti biasa,ramah dan rancak bercerita.Pada hari kejadian,Beliau diceritakan menghantar bapa mertuanya(pakcik hubby sebelah ayah) ke hentian bas,beliau mendapat panggilan telefon dari kawannya,lalu sedang berbual2 beliau rebah serta merta.Ketika dihantar kehospital arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.Yang pelik beliau tidak ada sejarah sakit jantung.Mungkin kerana beliau terlalu penat.Namun,itulh kehendak-NYA.Bila2 masa akan dipanggil.

MOHD ZAIN

Pada 24 April 11,suami kepada adik ibu mertua Ell pula disahkan meninggal dunia selepas beberapa minggu dirawat dan terlantar dihospital University iaitu sama ditempatkan dengan Adik Tasya.Tapi berlainan blok dan tingkat.Ell kurang pasti kematian arwah disebabkan apa, cuma yang Ell tahu ada juga kaitan dengan paru2.

ANASTASYA AZMI

Hari ini,tiba giliran adik Tasya pula.Teringat Ell zaman dia kecik2 dulu.Setiap kali org bagi duit,mesti dia nak kasik kat Tok Abah dia.Katanya “Tok Abah lebih banyak nak guna duit,sebab Tok Abah bawak kereta pergi sana sini..boleh isi  minyak”.Tasya juga merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya.Dulu time dia nak ambik UPSR dia juga pernah ditahan diwad berminggu2 malah hingga berbulan,namun dia lulus peperiksaan itu dgn cemerlang.Dia juga dikhabarkan oleh tok mummy dia sangat disayangi cikgu2 disekolah.Mungkin sebab dia sakit,maka dia diberi perhatian lebih.Untuk pengetahuan,Tasya ni cucu kepada adik ibu mertua Ell.Dan keluarga kami boleh dikatakan akrab sebab mereka selalu berkunjung kesini.Jenazah arwah akan disemadikan di 
Muar.

Pada mereka yang pergi mari kita sedekahkan Al-Fatihah.Sebagai tanda ingatan dan kesedihan,doa dipanjatkan supaya roh2 mereka ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah.Kita yang masih hayat ni,hanya menunggu giliran menemui-NYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s