Archive for the ‘diet’ Category

>Ini kes berat!

Posted: 04/05/2011 in diet

>

Hye alls…dh makan.Ell mkn sup sayur je..nak diet..:)

Dah beberapa hari ni rasa macam dunia ni tak de matahari menyinar lagi.Hidup rasa macam tak bermaya.Arrrgghhh! tensi.Beberapa hari lepas Ell cuba berdiri diatas penimbang berat,dan jarum penimbang tu buat hati rasa luluh nak jatuh.Ternyata Ell dah melepasi 67kg.Patut rasa lain macam je tengok gambar2 terbaru ni.ini kes serius,ini kes berat!!.ya,mmg berat!!
Macam mana boleh jadi macam ni,sedangkan diet programme yg Ell ikut hujung tahun lepas berjaya menurunkan 5kg dlm masa sebulan.Tapi itu buat 2-3bln je dan sekarang mendadak naik semula.Sememangnya diet memerlukan disiplin yg kuat.Cakap berdegar2 je tak guna.Setiap kemahuan mesti ada perancangan.Ell mesti lakukan sesuatu..jgn sampai berat badan naik lagi.Semestinya Ell rindukan berat bdn unggul zaman sekolah dulu..iaitu 46-48kg.Buat masa sekarang ni,mustahil akan capai berat badan unggul seperti dulu..tapi ya,sekurang2 nya 50kg untuk ketinggian yg tidak berapa tinggi macam Ell ni.
Argh,tekanan macam ni.Turun 2kg naik 3kg…ini tak boleh jadi..harus bagaimana ini…ermm,setelah mengkaji itu dan ini,Ell rasa Ell patut menjauhi nasi.Paling tidak pun meminimakan pengambilan.Sekarang ni Ell umpama pekerja bandaran yang membersihkan dan menghabiskan sisa2 makn ank2…Kalau dulu Aariz lum mkn nasi lagi..maka diet Ell itu berjaya.Ell pernah terbaca yang diet cara Normala Samsudin hanya mkn sesudu nasi sehari.wah..boleh ke Ell ni.Paling Ell kagum dengan mek yang berlakon ‘Salam Pantai Timur’ tu..Selama 2 tahun tak ambil nasi.Wah…sangat kagum dia berjaya menurunkan berat badan dr 100++kg sehingga 45kg.
Penelitian dan perancangan perlu seiring.Setiap makanan  yang Ell ambil harus diteliti kandungan kalori dan lemak barulah rancangan berjaya!.Internet harus dilungsuri untuk mencari info tentang berat badan dan diet ni.Haa…tetiba semangat kembali meresap dlm jiwa.
Advertisements

>Diet Programme after 1 month

Posted: 29/12/2010 in diet

>

  Hai alls,
Ingat lg tak posting Ell yg berkobar2 nyer semangat mcm kene bakar pasal diet programme. 
Pastu siap janji nak update kalau dah berjaya kurus..heheh tak de maknanya boleh kurus kalau kejap ikut kejap tidak..Nilah die mcm2 halangan yg x berjaya dilalui,dgn raya korban lagi, kenduri kendara lagi,jamuan itu dan ini,tak kurang jugak menu mak mertua sendiri.Semua tu memerlukan banyak pengorbanan tau..tak sanggup dah nak mengorbankn selera.hahaha
Sebenarnya Ell berjaya lh trim sket.kata org jgn tak berjaya kan..Oh,picture scale yg kengkonon akan menjadi bukti tak pulak Ell capture ya.Tapi, yes ada tapi..untuk tidak mengecewakan, gambar ni boleh kot jadi bukti menunjukkan penurunan sebanyak 5-6kg selama sebulan.Jadiklah…dr tak menjadi.heh.Sebab target asal is 10-12kg dlm masa sebulan…

Picture kanan (kiri u’ols) semasa majlis konvo sekolah tadika Dina pada bulan November (pakai baju kurung sbb tu lebih mnpak berisi).Picture berikutnya taken by Dina beberapa hari lepas dlm bulan Disember.So,mmg tak nmpk banyak berubah,sbb saya main2 ajer tp adalah jugak…heheh.Oh tang muka terpaksa di blur kan sbb saya tak nak publisiti…hahahah 
If u’ols rasa gambar ni kira nmpk ok,kurus
..trima ksih Ell ucapkan.
Harapan nya lepas ni takde dah halangan lagi,bulan depan dah start bz lagi dgn schedule harian utk handle ank2 sekolah n etc.Kalau semangat Ell terus kental,jgn kata 5kg lagi turun..silap2 10 kg terus melidi.ceh! 
(jeles ngan u’ols yg mantain slim,tu motivate utk diri sendiri je..)

                                 Ok dah,full stop!!End session.
                                      

>Diet Programme~

Posted: 03/11/2010 in diet

>

Salam ceria..:)
Harap u’ols ceria lah ye.Ell rasa Ell tak berapa nak ceria kot…
Ell sebenarnya kan runsing dengan penambahan berat badan Ell sejak akhir2 ni.Ell rasa lagi berat dr time pregnant haritu Seriously,ngeri n terkejut sesapa tengok.Ell rasa dalam pantang hari tu ok je..masih nampak normal dan lepas 3 bulan lps bersalin terus meningkat secara mendadak tak reti nak turun2 lagi.tambah tension bila time raya aritu ramai yg menegur tentang shape Ell yg dh lari tune ni..Nampak gayanya Ell terpaksa lah amalkan diet yg pernah Ell buat dulu.Ell pun nak share dgn u’ols Kira ni macam cabaran diet la.ekk.Sesapa yg nak ikut,bleh lah sama2 kita ambik cabaran nak?pastu u’ols show u’ols punyer result kat dlm blog.yang penting jarum kat scale tu mesti tunjuk sebelum dan selepas sbg bukti.Jom kita buat nak..? Tapi tak de ganjaran lah yg Ell nak bg.Hasilnye u’ols yg rasa sendiri..
Oh ya,diet programme ni diberi oleh sorang dokter Ell lupa sape.Dari tv ke dr majalah pun tk ingat.Tapi lama dah lebih kurang 5thn yg dulu.Dulu Ell buat mmg berjaya la.Ell nak tengok keberkesanan nya sekarang.Ok,lets start!!
High Protien Diet
Sarapan
-Susu
-telur rebus/sosej(steam)
-air putih
Makan Tengahhari
-salad/
-sup sayur/
-yong taufo/
-sup fishballs
-air putih

Makan Malam
-sup sayur/
-ikan(bakar)/
ayam(bakar)/
-sup daging
-air putih

NO!!!!
1.Sugar (cake/carbonat drink/fruits)
2.Oily foods
3.Carbohidrat (rice/bread/mee/biscuits)
4.Ice/cold water

*Ok,diet atas ni untuk 14 hari sahaja,lepas tu dah boleh ambil karbohidrat.Tapi dengan cara betul.
Low Carbohidrat Diet
Sarapan
-Susu
-roti,oats,biskut
-air putih
Makan Tengahari
-Bubur ayam/
-sup fishballs
-ikan (steam,bakar)
-sup sayur/yongtaufu
-Apple/oren/jambu batu/betik
-air putih
Makan Malam
-setengah senduk nasi/saiz biasa 
-sayur2
-ikan/ayam(steam/bakar)
-sup daging/sup sayur
-Apple/oren/jambu batu/betik

Amacam,ada berani,?meh ambik cabaran ni.Bagi sesape yg nak kurus jelah.yg dah kurus tu watpe nak diet… ok,jumpa lagi bulan depan ye.Eh,maksud Ell n3 diet ni la..Esok lusa ada lagi Ell post n3 lain..:P
 Sebelum terlupa Ell ada jumpa klip ni kat youtube.Ell pun belum try lagi.katanya seriously can lose 20 pounds in a month.1kg sama dengan
2.20462262185 pounds.Lepas dikira dan dicongak,20 pounds tu sama dengan
9.071847400000001atau pun senang kira 10kg.Wow! sangat menerujakan!!
“DO this workout 3-to-5 times a week 1-to-2 times a day preferably in the morning (before breakfast) and again in the evening.”
Meh2 kita diet…Aduih bersemangat habis nih.Harap terus berkobar semangat,konsisten dan disiplin sampai dpt shape yg memuaskan hati.Jom la u’ols..tahun baru, body baru..;)
Tips:tulis dn tampal diet programme ni kat fridge.Jadi setiap kali gi dapur mesti nmpak..