>Syukur Atas rezeki Mu YaAllah~

Posted: 29/04/2011 in family, shop

>

Assalamualaikum…
semoga kita semua diberkati dipenghulu segala hari ini.
~Ok dah tak de dah citer holiday jakarta lagi ya.Hari sabtu 19/3/11 we’ols balik tu pun tak de dah snap2 gambar segala.Badan dh letih yg amat.Tak larat dah.Hsbn sakit kepala,perut pulak tak berapa selesa,mungkin dek kerana terlebih sangat makan strawberry n wildberry dr Bandung tu.Wallahualam..Pagi2 sebelum we’ols berangkat balik ke Malaysia tu pun sempat lagi pergi belanja sket n massage kaki dan kepala.Petang kul 2 we’ols gerak ke airport sebab takut terkandas dlm jem n flight we’ols kul 5ptg.sampai kat airport  hujan turun tetiba lebat tp sekejap. 
Dah siap check in semua barang yang gila2 banyak kilo nya(imagine we’ols ada 7org,setiap sorang boleh bawa muatan 23kg) Itu tak termasuk hand luggages lg.We’ols gi minum2 sket kat KFC.Dan siap2 call org KL untuk amik we’ols kat KLIA.Dijangka tiba kul 10-10.30mlm.
Sampai pulak kat rumah SIL4 diHulu Langat,we’ols habis punggah semua barang untuk tujuan pengagihan…Adei,malam tu we’ols tidur kul 3pg.Kalau ikut hati tak mau tidur lagi..tapi ikut mata,mata suruh tidur..:) Esoknya hari Ahad gerak balik kampung,Hari isnin anak2 start sekolah.hui…pengsan! 
Aduhai,kenangn tu semua ..tah bila nak jejak kaki lagi ke Jakarta.Tapi walaupun penat,letih..semuanya berbaloi.Hati puas! Syukur kepada Allah SWT berikan rezeki kepada keluarga kami.Kalau tidak,tentu tak merasa semua ni.
~Bercakap pasal rezeki ni,Syukur yang teramat sebenarnya Allah sentiasa luaskan pintu rezeki keluarga kami.Minggu lepas tercapai sudah hajat suami Ell yang selama ni nak buka kedai sukan.Ya Allah..terharu Ell tengok suami gembira sangat.Katanya itu memang cita2 dia dari zaman sekolah.Bayangkan dah berapa lama baru sekarang hajat besar dia tercapai.

Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T
Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa. 

Harapnya ini bukanlah rezeki kami yang terakhir.Semoga kami sekeluarga terus mencari rezeki yang halal dan diredhai disisi Allah.hajat besar kami nak menjejakkan kaki di Tanah Suci.Insya’Allah..tah bila masanya,Allah tentukan. 
Bawah ni ada serba sedikit gambar yang sempat diambil.Terima kasih kepada yang sudi datang dan saudara mara,sahabat handai,yang memberikan sokongan dan galakkan.Yang turut mendoakan kejayaan juga kami ucapkan terima kasih.

Warga Pontian boleh mendapatkan peralatan sukan di kedai ini ya.Blok berdepan stadium futsal,kedai no4.Hsband Ell dalam perancangan untuk menjual barang sukan ni secara online.Tapi tengok tahap kebizian die.Kerja sebelum ni pun masih tak berhenti.Kedai ni kwn hsbn yang tengok2kan memandangkan dia adalah rakan kongsi.Ell tak ganggu pun kedai ni.Ell macam biasa, ma’am besar kat rumah n fulltime home minister….:D
Selepas dirasmikan,takde potong ribbon segala tu ya.Cuma doa selamat sket.Tapi punyalah bz layan Aariz yang banyak merintah,doa selamat tak dapat nak join..Yang penting mmg semuanya selamat.:)

 Ha kan senang tidur dier.barulah selesa mamanya nak menjamu selera..:)
macam2 menu ada.Briyani ada,lontong ada,rendang,serunding dan yang penting org Johor ni laksa .yang pasti laksa Johor lah kan…Air pun boleh je pilih yg mana suker..Air mata kucing,air teh bunga n air kathira.
Alhamdulilah…tetamu ramai sangat yang dtg bagi sokongan.Hsbn Ell pun ceria sangat.Puas lah tu hati dia pembukaan hari pertama dah boleh buat bayar sewa.:) 
Ini sahabat lama Ell shiela dari zaman sekolah dulu dah hampir 12 thn tak jumpa inilah kali pertama.Malu seyh dgn dia yg maintain slim river.Thnx babe sbb sudi dtg ke majlis yg tak seberapa tu..yang lelain dh ajak pun tak tahu kenapa malu2 nak dtg.Rugi ah korang mknn banyak disediakan tapi tak merasa.Ada pulak sorang ni dia boleh gi mkn kat kedai depan kedai hsbn ni..adoi,kalo singgah dh sah2 dpt mkn free.Tak delah dilaburkan kat makcik kedai tu.

 macam2 peralatan sukan boleh didapatkan disini.:)Kalau takde akan diadakan..buat je permintaan ,akan ditunaikan..Yang penting bagi sokongan.macam mana nak bg sokongan?belilah barang,buat tempahan,dtg selalu,ajak kwn2…baru nanti org boleh kenal.

 Ok,disebabkan hsbn Ell ni  expert  dgn badminton..peralatan keperluan badminton adalah diutamakan.Namun begitu,(ceh ayat surat khabar) bola sepak,futsal,tennis,table tennis,hockey dll semestinya ada juga disediakan.Kalau tidak masakan namanya kedai sukan kan.

 Mudah2an dengan izin Nya,perniagaan hsbn Ell akan terus maju dan berkembang dengan jayanya.Insya’Allah.










Comments
  1. ct rahani says:

    >as salam k.ell..tahniah atas pembukaan kedai sukan nih.. sy doakan semoga rezeki akak sekeluarga makin bertambah.. sori sgt2 x dapat nak attend majlis perasmian aritu.. klu kebetulan nk balik kg leh je singgah.. nti2 klu gi pontian leh la sy singgah..semoga bisnes terus berkembang k.. amin..

  2. @tune® says:

    >congrats!!warga pontian pasni amalkan hidup yg sihat dgn membeli peralatan sukan dari kedai asben ell la kn..

  3. rasp says:

    >as salam sis…tahniah buat ell & hubby…mesti ell rasa berbunga2 hati tu kan sis…isteri mana tak rasa bangga impian suaminya tercapai…smoga sukses bisness hubby ell…

  4. larradanish says:

    >tahniah ell dan suami..kami doakan yang terbaik untuk bisnes u all..amin..

  5. ~ Lady ell ~ says:

    >ct rahani>>terima kasih banyak2 ct.doa tu pun dh cukup akak hargai…mudah2an berkat…:) ♥

  6. ~ Lady ell ~ says:

    >atune>>thnxtu la…warga Pontian mmg malas nak amalkan hidup sihat…(mcm aku) tu pasal bukak kedai sukan ni…bg kesedaran sket…ahahah..ada2 je.

  7. ~ Lady ell ~ says:

    >rasp>>betul sis…nak2 bila tengok hsbn kita happy kan.btw thnk u sis…♥

  8. ~ Lady ell ~ says:

    >larradanish>>mekasih sahabat….:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s