Archive for the ‘others’ Category

>Al-fatihah untuk mereka~

Posted: 12/05/2011 in others

>

 Assalamualaikum…
Dalam tempoh kurang 3 bulan Ell kehilangan 4org saudara mara.Walaupun saudara sebelah suami,namun sangat terasa pemergian mereka.Ketika n3 ini ditaip hati menahan sebak didada.Pagi ni Ell tak dapat tidur,sebab memikirkan mcm2 perkara.Sebelum subuh Ell dh bergegas mandi n solat sunat sementara menunggu azan subuh sempat Ell bacakan surah yassin dan doa untuk arwah2.

Pagi ini,(khamis,12 may 11)pada jam 2pagi kami mendapat panggilan telefon memberitahu bahawa adik ANASTASYA AZMI (15thn) telah pulang kerahmatullah pada jam1.40pg.InnalillahiWainnailaihiRojiun..

Ini wajah ceria Tasya ketika waktu sihatnya.

Arwah di dignose menghidap LYMPHOMA CANCER.Gambar ini diambil oleh ibunya ketika 2hari berada di bilik ICU setelah selama sebulan terlantar di wad hospital University KL.

HJ SALLEH SAFAR

2 minggu sebelum kami berangkat bercuti ke Jakarta bulan Mac lalu,kami dikejutkan dengan pemergian abang kepada ibu mertua Ell.Beliau menderita barah PANKREAS.Beliau di khabarkan tidak sihat selepas pulang dari menunaikan haji.Bermula dengan demam yang tidak kebah,berlarut sehingga perutnya membesar sebab tak boleh buang air.Selama 4 bulan menaggung kesakitan,akhirnya pada 25 FEB 11 beliau menghembuskan nafasnya.

FAIRUZ (maaf tak tahu nama penuh arwah)

Selepas pulangnya kami dari bercuti ke Jakarta,29 MARCH 11 kami dikejutkan lagi dengan pemergian FAIRUZ iaitu suami kepada sepupu hubby.Berita kematiannya betul2 mengejutkan,sebab 2hari sebelum pemergiannya,arwah dan keluarga ada bertandang kerumah kami dgn keadaan yg sihat walafiat.Dia seperti biasa,ramah dan rancak bercerita.Pada hari kejadian,Beliau diceritakan menghantar bapa mertuanya(pakcik hubby sebelah ayah) ke hentian bas,beliau mendapat panggilan telefon dari kawannya,lalu sedang berbual2 beliau rebah serta merta.Ketika dihantar kehospital arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.Yang pelik beliau tidak ada sejarah sakit jantung.Mungkin kerana beliau terlalu penat.Namun,itulh kehendak-NYA.Bila2 masa akan dipanggil.

MOHD ZAIN

Pada 24 April 11,suami kepada adik ibu mertua Ell pula disahkan meninggal dunia selepas beberapa minggu dirawat dan terlantar dihospital University iaitu sama ditempatkan dengan Adik Tasya.Tapi berlainan blok dan tingkat.Ell kurang pasti kematian arwah disebabkan apa, cuma yang Ell tahu ada juga kaitan dengan paru2.

ANASTASYA AZMI

Hari ini,tiba giliran adik Tasya pula.Teringat Ell zaman dia kecik2 dulu.Setiap kali org bagi duit,mesti dia nak kasik kat Tok Abah dia.Katanya “Tok Abah lebih banyak nak guna duit,sebab Tok Abah bawak kereta pergi sana sini..boleh isi  minyak”.Tasya juga merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya.Dulu time dia nak ambik UPSR dia juga pernah ditahan diwad berminggu2 malah hingga berbulan,namun dia lulus peperiksaan itu dgn cemerlang.Dia juga dikhabarkan oleh tok mummy dia sangat disayangi cikgu2 disekolah.Mungkin sebab dia sakit,maka dia diberi perhatian lebih.Untuk pengetahuan,Tasya ni cucu kepada adik ibu mertua Ell.Dan keluarga kami boleh dikatakan akrab sebab mereka selalu berkunjung kesini.Jenazah arwah akan disemadikan di 
Muar.

Pada mereka yang pergi mari kita sedekahkan Al-Fatihah.Sebagai tanda ingatan dan kesedihan,doa dipanjatkan supaya roh2 mereka ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah.Kita yang masih hayat ni,hanya menunggu giliran menemui-NYA.
Advertisements

>Joget Lambak~

Posted: 21/02/2011 in entertainment, others

>

Hello n hye..
Semalam jiran sebelah rumah Ell buat majlis kahwin..Dan biasalah hiburan melampau kan…bukan selalu kan..sekali sekala kan….ahaks.Adoi,sampai kul 1-2 pagi u’ols..pening kepala x dapat tido.Pastu hari ni bagun kul 5 pagi siapkan sarapan n bekal ank2 sekolah sebelum subuh.Sebab selalunya lepas subuh siren Aariz dh berbunyi.Tak tahan nak buat kerja berebut2.
Citer pasal hiburan ni,Ell teringat zaman Ell kecik tawon 80an dulu.Time tu Ell ngan mak abah stay kat Muor.Sedia maklum lah,muor tu dekat dgn Melaka n sedikit sebanyak pengaruh budaya Melaka tu ada ye tak?
Apa yang Ell maksudkan bila time kenduri kawen tu ialah joget lambak.Katanya joget lambak di Melaka ni dari tahun 50an lagi dah ada.Joget lambak ni asal usul namaya dah tentulah dari jogetnya yang melambak tu.Maknanya bila time nak joget melambak lah orang2.

Biasanya joget lambak ni dibuat oleh orangtua pengantin belah malam dimana belah siang d’ols dah berpenat2 bertungkus lumus mengadakan kenduri.Joget lambak ni kira hiburan menghilangkan penat lah kononnya bagi orang2 yang menolong di majlis berkenaan.(Makin penat ada ler)
Tuan rumah akan panggil KUGIRAN (Kumpulan Gitar Rancak) atau kumpulan pukul tabuh (macam gendang) untuk menyanyi dan bawa 2-3 orang aweks wanita untuk menari. Tarian ni ditarikan sampai subuh beb..tahan jelah .. memang giler ah…
 Kaedah joget d’ols gelar sorong tarik..(jgn korang pikir kuning plak yer..) macam dlm klip ni..
 Malam nilah kalau ada yang nak mencari jodoh boleh try…:)Orang tua2 tak marah punyer..tak percaya? cuba u’ols tengok klip ni>

ahaks..org tua lagi kemaruk ni ha…..

Sekarang dah tak pernah jumpa lagi..mungkin ada,tapi tak banyak.Elok lah kalau dikurangkan..dan lebih elok kalau terus dimansuhkan.Bukan nya apa,ditakuti yang bukan muhrim ni bercampur gaul melampaui batas plak.Dibimbangi juga niat asal tu jauh terpesong macam dalam klip ni>
Adoii..segan aku tengok pondan ni….so,ini mmg tidak diinginkan kan..

Asal majlis walimatulurus tu kan mencari pelbagai keberkatan,nanti tak dapat berkat dosa pulak berganda.N3 ni pulak tak de apa2 maksud yer.Cuma saja tetiba teringat kenangan zaman2 membesar.:)

Promosi baik punyaaaa~

Posted: 03/08/2010 in others
Bismillah..
Ell kalau membuka n3 dgn bismillah ni maknanya pasal makan ye u’ols..:) tapi tidak semestinya resepi..
Nmpak tak gambar atas ni.Haaa…ni lah die nye promosi yg sangat bijak.Agak2 kalau dah bnyk sangat buah2an berlebihan tu,bleh la ikut cara ni.Hihihi..ni kan,hsbn snap masa dia gi beli durian kat Pekan Nenas,area2 sini lah.Ell tak pegi,tapi ni gambar ihsan hsbn la eh.
D’ols ni..yg ada dusun durian dah tak sanggup nak mkn bnyk2..even kalau berjual tepi jalan pun bukan selalunya habis,jadi dari terbuang tu kan membazir,buat cara macam ni.Siap bagi komisen lagi sape yang tolong bawakkan kastemer…hihi:) Lgi bagus kalo pandai meng’ayat..
Oh,pernah Ell jumpa org yang sangat lah baik hatinya,dia kasi mkn kat dusun die tu tanpa bayaran pun..makanlah berapa banyak nak,berapa lama nak melantak,die sedekah je.Siap bagi untuk bawak balik lagi.tapi dah tak jumpa pun lagi orang tu..tah mana agaknya die..mudah2an murah rezeki dia berpanjangan.:)
Ayat punya ayat,3 karung ni (gambar atas) hsbn beli.Banyak ekk.Tapi jangan wat keje gila nak mentekedarah semua tu..mau pitam tak bleh bangun.Makannya 6-7 biji je,kalau time Ell nak,2-3 biji boleh abis sorang tau (tengok size),tapi ada masa-masanya 2 ulas pun cukup dah..Abestu,kalo dah sorang makan 2-3 bji je apa citer ngan biji2 laen kan.durian ni bukan boleh simpan lam na..2-3 hari dah merekah,pastu mulalah naik gas.
 Durian didalam karung..:)tak teringat pulak nak amik gambo isi durian.
Kalau anak2 Ell  Dina (2nd dotter) yang suka sangat buah durian ni,malah bukan durian je apa jenis buah2an pun dia suka.bangun tido nak buah,tengah hari nak buah,tengah malam nak buah..aih,tk mengira masalah kiranya.kalau buah2 lain tu contohnya epal,12 biji 2 hari je dia habiskan..:) makan nasi sikit je.Oh,sayur dia snagtlah suka sayur bayam..kalau masak tumis air tu,menghirup semangkuk tanpa nasi je.
Kalau Marsha (1st dotter) dia serba boleh lah bab2 makan ni,tapi semua dia amik sederhana dr segi sayur,buah.Tapi kan,jangan makanan/lauk yg dia kata suka sangat2..(nasi ayam,nasi lemak,lauk daging,sardin,dll)Bangun pagi dah tanya nak masak apa,pastu balik sekolah tgh hari mkn,balik sekolah agama(kul 3.30ptg) makan,malam pun makan,tu tak trmasuk minum petang ngan supper lagi.Tapi kalau ada yg dia tk berkenan tu,sehari sekali je lah dia makan..
Aryan pulak buah2 mmg dia tak sentuh langsung.Suakanlah buah apa pun depan die,dia kata tak sedap.Durian ni,aritu hsbn sampai berkejor dgn dia sebab nak bagi dia rasa buah durian ni.klakar pulak ingat time tu.Yang herannya jem durian makan pulak..kalau ada jem ni,satu buku roti gardenia tu,2hari je habis ngan Dina.Kalau takde roti biskut pun jalan..
Dah menyimpang plak dari tajuk…:P

Sebab nak bagi cucu makan buah lah ni atoknya(my MIL) gigih mengikis isi durian nak buat jem.Kalo MIL panggil gula durian,sebab dari isi yang dah masak ni pun boleh guna utk buat bubur durian or wutever kan..banyak ni setengah periuk sederhana besar..bukan sederhana,tapi sederhana besar..kene faham ayat disitu yer..:)
Ini baru jem nye..tempoyak pun dapat buat jugak setengah bekas tupperwear (saiz bucket kfc) hasil kikisan buah durian yang 3 karung tu.Bayangkanlah berapa banyak nye tu..
Tetiba kan,Ell teringat musim durian 2thn lepas..ada penjual cina yg kononnya mengaku rakyat Malaysia, tulis signboard kertas SALAH kat tepi jalan.Normallah kan..signboard tu,dah katanya nak promosi..tapi yang tak menahan tu,dia boleh tulis DULIAT ,rm sekian2..(tk ingat).Adoiyai apek,ko mengaku ko org Malaysia,tp pelat..!kalo cakap je tak heranlh..ini tulis pun ko pelatkan…sampai melelh air mata gelak ngan hsbn.:D
Ok,itu adalah promosi yang tak baekkkk punyer..
JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)
Tersentuh hati Ell kala membaca kisah ibu tunggal bernama Haryani.
Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.
Kini Haryani disara oleh ibunya seorang guru yang  uzur juga penghidap penyakit kencing manis. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun pembedahan itu akan di dianjakkan..

Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan (RM8++) masih tidak mencukupi.

Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-
Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787

Baru2 ini pn haryani telah membina satu blog agar dapat dia melepaskan segala perasaan & menemani hidupnya sebagai penawar & penderitaan dalam hidupnya. Sekurangnya sebagai peneman setia dalam hidupnya.
selami hatinya.. 
Kisah ni Ell terbaca di laman blog seorang lagi insan yg menderita penyakit vitral valve prolapse (maslah injap jantung berlubang) ,epilepsi & transfer myletis.Akibat drpd penyakitnya beliau tidak digalakkan hamil malah pernah keguguran dan Allah maha pemurah diberikan zuriat buat kali ke-2.Tapi malangnya pelbagai maslah yg menimpa beliau.Beliau terpaksa berdepan dengan serangan sawan dan menyebabkan beliau koma dlm jangkamasa yg panjang dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada INKUBATOR.
Alhamdulillah,sesungguhnya Allah itu maha pengasih.Beliau selamat melahirkan cahayamatanya dan kini sudah hampir berusia 1stgh tahun.
ingin berkongsi suka duka perjalann hidup ibu muda ini…
** Disebabkan itu u’ols jgn lah sesuka hati nak mengeluh tak tentu pasal.ramai lagi insan yg menderita diluar sana.Ini tidak,sakit sket mengeluh (sama je dgn penulis blog ni)..sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 kecil…Ingatlah bahawa ujian seperti ini boleh melanda kepada sesiapa jua.Sama seperti mereka berdua,pada mulanya adalah seorang aktif dan lasak.Namun zuriat yg telah memberikan mereka kekuatan dan semangat.

Dracula?~

Posted: 15/01/2010 in info, others

Friday,Jan 15,2010

jaga..die dh aim tu..:)

Tak de apa nak citer lah u’ols..tp sementara nk tunggu time nak bersalin ni,kena jugaklah update blog ni sekali sekala.Arini Ell nk citer pasal kelawar besar/kluang.Kelawar besar/kluang ni hsbn amik gambar nya tergantung kat pokok mengkudu dirumah kawan dier…tanya watpe amik?die kata kesian kelawar tu patah sayap..saje je amik gambar.Lagipun bukan senang dpt tengok kelawar dekat2 camtu.

Hehehe..Ell pun seram takut2 buatnye kena geget kat tengkuk hsbn leh jadik vampire.Hahaha.

U’ols tau tak dracula the vampire kelawar jadian yang sering dikaitkan dengan makhluk jadian yang sangat terkenal tu.Kononnya ia merupakan penghisap darah manusia dan tinggal di istana.

Didalam kisah underworld, vampire merupakan komuniti bangsawan bertaraf tinggi dan maju dan raja vampire pertama merupakan Marcus anak Cornelius diikuti oleh Victor, Lucas dan Emilia.Ini dlm citer je..

“Dracula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk ‘Dracula’.Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula atau lebih dikenali sebagai Vlad Si Penyula?Nama sebenar tokoh itu adalah Putera Vlad tetapi beliau lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu Dracula.

Beliau juga memiliki cara tersendiri menganiaya rakyatnya. Vlad pernah menjemput golongan miskin dan berpenyakit dari Wallachia dan menjamu mereka makan di sebuah dewan. Selesai makan, dewan itu dikunci dan dibakar. Beliau menganggap pembunuhan itu sebagai satu cara untuk melepaskan negara daripada bebanan menanggung kebajikan hidup rakyat miskin selain supaya negaranya tidak lagi memiliki rakyat berpenyakit.

Selain Vlad III Dracula, sesetengah penyelidik lain percaya Stoker memperoleh inspirasi untuk menulis cerita Dracula selepas mendengar cerita mengenai Countess Elisabeth Bathory yang tinggal di sebuah kawasan berhampiran Transylvania pada awal kurun ke-17.Elisabeth dilapor menyeksa dan membunuh 650 anak gadis tempatan. Selepas membunuh tahanannya itu, Elisabeth didakwa meminum darah mangsa dengan tujuan untuk mengekalkan kejelitaan dan rupa paras yang muda.

Hakikatnya, Dracula sebagai hantu pontianak yang hauskan darah, hanyalah cerita dongeng dan tidak pernah wujud di mana-mana, terutama di Romania, sebuah negara Latin yang mengamalkan ajaran Kristian kuno dan paderi masih mengamalkan upacara menghalau hantu.Bagaimanapun, kehebatan novel terbabit menyebabkan Dracula menjadi makhluk legenda dunia dan kewujudannya dianggap seolah-olah benar dan masih menghantui dunia sehingga kini.”

So,takyah lah Ell takut hsbn kena geget ke hape kan…tulah, lebih sgt pengaruh movies nih.:D

Barang Rengit~

Posted: 20/12/2009 in others

Sunday,Dec 20,2009

Hi…
Aduih,lama nye Ell tk melekap depan pc ni.Disebbkan teramat sibuknya dgn persiapan nk bersalin ni sampai tak kisah langsung yg blog ni tak berupdate.Maklum ye,lebih kurang sebulan je lg tarikh due Ell ni.mana nk basuh baju bb lagi,kemas beg hospital lg,siapkan barang sekolah ank2 lg,siapkan goodies bag tuk harijadi Dina lg(nnt bila dh bersalin takut tak sempat) dn yg paling menambah kerja sekarang ni adalah disebabkan berpindahnye bilik 2 org anak dara Ell tu dr bilik atoknya ke bilik d’ol sendiri.Dh besar katanya..tk nk share bilik ngan atok lg. Biar Aryan jelah yg temankn atoknya.
Errrmmm u’ols ingat tk Ell pernah published n3 pasal Barang2 terpakai yg dijual org2 asli RENGIT.Ell pun tk suka citer ulangn nih,tp kalau u’ols terlepas atau tk pernah tau pun ujudnyer n3 tu Sila KLIK SINI ye.:)
Time tu tak de beli apa2 pun sbb pegi sesaje,tp kali ni we’ols pergi adalah dgn tujuan.Tujuan utama nk carik laci baju utk baby baru nnt.baju2 pun dh siap,tempat nye pulak yg takde ..makanya kena lh ada sebijik.:)Yg kedua,nk carik blinds utk garage kat tepi umah ni sbb kalau cuaca panas akan berjemur jugak kete dek matahari yg terik tu.

Pemandangan lrg masuk ke tmpat jualan. Bnyk deretan kedai kat tepi2 jalan di sblh dlm,kena rajin menyusur satu persatu kedai.Klau u’ols nk menuju kesini..senang je.Bila sampai pasar rengit,masuk je jalan tu n terus.klau jumpa kedai2 perabot terpakai,sahlh u’ols dh sampai.masuk je terus,ada bnyk lg kedai2 yg mnjual mcm2 dn plbagai2 brgan.Tp ikut nasib,kadang2 tk semua kedai bukak dlm satu hari tu.Mungkin d’ols pergi dapatkan stok ataupun berjual kat tempat lain.We’ol pun gi weekdays mungkin tk sama keadaanya kalau gi time weekend.

Ell dh usha satu drawer nih.Tk pe,jln dulu kat kdai lain utk dpt kn harga yg terbaik.Beli brg mcm ni nk kena pandai tawar menawar.But bila pergi kat kedai sebelah,ada satu yg Ell berkenan dh terlepas ketangan org lain dgn harga baik utk 6 laci..huhu so sad.And, ini adalah tips ya..if u’ols berkenan or suka kat satu2 barang tu..beli or reserve cpt2 coz org lain might not fikir 2-3 kali utk beli.

Ini adalah blinds yg hsbn dh berkenan.Kondisi nya nmpk mcm elok,tp jaminan tanggung sendiri lh.Akak tu pun jual tr amat murah. 2 blinds wood ni cuma pd harga rm20 shj.

Mcm2 perkakas ada..dr barang letrik sampailah barang mainan yg kecik2 pun ada.Kalau masuk dalam kedai yg tk di organize,u’ols kenalah korek2 sbb bnyk brg yg dh tertimbus nnt mesti boleh jumpa brg2 yg tak disangka2.Kebanyakan alatan letrik mcm ni,d’ols dh siap2 baiki sebelum dijual semula.

Peti sejuk,mesin basuh..yg tertenggek atas tu pun jual jugak.:)

Habis dh menyusur satu2 kedai yg bukak pada hari tu..Ell pun decide amik je drawer yg Ell dh usha tadi tu.Harga yg akak tu letak RM70 n hsbn dpt tawar cuma turun stakat ke RM60 shj. Kira lokek skit la org tu..tp nk buat camna dh brkenan sngat. Ok lah kan…Benda ni pun ikut hati budi memasing..ada yg dpt kurang bnyk,ada yg dpt kurang seket ada jugak yg tk bg kurang langsung.Errmmmm kalau mcm tu angkat kaki blah la kan..:)

Dapat dh 2 brg yg dihajatkan,lebih kurang jam 5.15 ptg we’ols nk gerak lh balik lgpun dh hampir 3 jam we’ols kat situ dgn cuaca panas yg agak menduga kesabaran( maklum le,dekat ngan laut), Nak jadikn crita lg, tiba2 je berhenti sebuah van kat depan kedai yg tadinya tutup, sarat pulak ngan barang2.Apalagi MIL ngan hsbn turun tengok d’ols memunggah turun brg2 tu tnpa diganggu org2 lain. Ell masa tu dh tk larat nk bertarung dgn cuaca panas,walaupn dh ptg.So,Ell ngan ank2 tnggu je diam2 dlm keta.

Dapat jugak rembat brg2 yg tk berapa perlu tp mmg nak jgak..:)

Buggy yg molek ni cuma RM20


Baby playpen cuma RM150.Masih baru dgn tag price in Sing Dollar $ 310. Ada 7 pilihan masa tu n decided ambil yg ini sbb nmpak ceria.MIL belikan utk ank bongsunya yg bakal menimang cahayamata pd JUN 2010 tahun depan.Tp sebelum tu,boleh ank Ell mngayakn dulu.hehehe

Matchbox Haunted hause RM10,boleh lalu keta mainan kecik kat dlm tu. Roller blade white n purple blue (lbh krg utk kanak2 3-6thn) cuma RM20. Roller blade black grey yg branded n very2 good quality + elbow n knee guard just at RM50 (lbih krg utk 7-11thn). Coleman/Rubbermaid cooler n tumbler cuma RM20 utk kedua2 brg. Keadaan semua brg boleh dikira as brg baru.So,u’ols bandingknlh sendiri brtapa berbaloinya dpt disini brbanding diluar.:)

Sebelum2 ni pun Ell ada jugak beli barang kat Rengit ni.Tp keadan disini skrg sudah bnyak brubah dgn bnyak kedai yg brtambah dn akan lebih bnyak lg di masa2 yg mndtg disbbkn pmbinaan deretan blok2 bngunan kedai yg trsusun sudah mula dijlnkn. Sebenarnya brg2 terpakai ni ikut kehendak memasing..tpkn disini tk kira siapa,golongan org yg berada pn ramai juga beli brgan perabut dsb. Mungkin faktor hrga dn keadaan brg itu sndiri yg memainkn peranan. Secara jujur pandai2lh kita sndiri memilihnya. Klau kena pd masa dn tmptnya, ssetgh brg masih baru siap dgn label/tag price yg brkemungkinan bleh kita dpt pd hrga yg baik jika pandai menawarnya. Namun dsbbkn trlalu bnyak kdai2 yg prlu disrvey sblm mmbeli..pokok pangkalnya..is nasib.
Ini drawer yg Ell beli lebih kurang 5 thn lepas,brand IKEA.kat IKEA yg offer pun harganya RM199,dulu Ell dpt harga baik RM40 shj.Errrmmm mmg brbaloi.

Baby cot ni pun Ell beli kat Rengit tu jugak.Lebih kurang 9 tahun lepas,masa Ell mula2 pregnant.Jgn tk caya,Ell dptkan cuma pd harga RM60 yg mmg takkan buatkan kita fikir 2-3 kali.Sampai sekarang,elok lg n masih kukuh.

Haa..ni nk tunjuklah ngan u’ols drawer yg membuatkan duit poket Ell jadi susut tu.:)Ok kan?kayunya solid (berat tau),bersih dn yg penting masih elok utk digunakan.nmpk seperti baru..

Ini blinds yg dh siap digantung oleh hsbn Ell.Elok lg rupanya,4 keping ni (kedai lain2) harganya cuma RM80.
Kalau nk beli perabot kat Rengit ni,ada jugak disedikan khidmat penghantaran utk kawasan sekitar.Tp kalau nk beli brg kecik2 tu,takat bonet keta pun muat kot..Just in case la..seelok2 nya klau yg nk brjual tu datanglah dgn lori. Klau saja2 nk jln pn sekurang2 nya van ataupun dgn kete kosong. Manalh taukn..kut nnt dh tngok nk itu ini segala..

Wednesday,Dec 9,2009
Damai,Tenang & Segar
Meninjau kawasan sekitar.
Lokasi:
Kg Lubok Kelubi,
Mukim langat,
43100 Hulu Langat,Selangor.
‘Dr Campsite’ ni diusahakan oleh niece MIL/hsbn cousin, Dr Yatimah Alias, bersama suaminya.Tumpang bangga jugaklah walaupun Ell ni bukan lah sape kan.Rumah dia sebenarnya di Kajang,tp kalau dh org bandar..sesekali nk jugak cari ketenangan ngan pokok2 n tumbuh2an.:) Sudahnya dia suami isteri beli kebun yg jauh diceruk hutan kemudian dijadikan tapak perkemahan yg sekarang boleh dikatakan agak succes jugak.Tahniah kak Yati..
Kisahnya gini,hari raya korban kelmarin(Jumaat 27 Nov 09) Kak Yati ni menumbangkan 2 ekor lembu yg dikongsi bersama 2org lagi sepupunya di campsite tu.Memandangkan hari raya tu we’ols semua tk berkesempatan..so,we’ol plan hari sabtu 28hb baru lh reramai makan daging hasil korbanan Kak yati.
Lebih kurang jam 11pg we’ols gerak dr Shah Alam sekali ngan family BIL1,SIL2,SIL4 & BIL4.Meriah lah sbb ramai2 mcm ni berkumpul tambah pulak kat campsite ada beberapa kazen yg menunggu.Mmg syok cuaca dingin hujan renyai2 lebih2 lg dlm hutan, melantak mee sup daging panas2 dgn kuah kicap pedas,mmg sedap.Bnyk lg menu lain yg hsbn Aunty sediakan.Laksa Johor ada,nasi putih ada,lauk pauknya rendang,paru masak kicap,sambal tumis telur,sayur campur..eiii,pendek kata keras lh perut.

Nilah dewan makan/kantin nyer. Sepanjang dari prtengahan tahun ini pd tiap2 mnggu dipenuhi oleh pelajar2 dari merata tmpt yg dbawa oleh guru/tenaga pengajar. Ada pernah seramai hampir 100 org pd satu2 masa.

The river…kt sblh

Kalau tau ada sungai yg cetek mcm ni,tentu semua dh bawak baju spare utk berkubang..:)Ini tidak,habis semua baju basah sbb takut kempunan main air sungai. Sumber air dipercayai mmg brsih sbb punca air dari kawasan hutan dlm bukannya di kawasan pendudukan.

C,sgt cetek kan…tengoklh girls tu diri kat tgh2 sungai.tak de mende pun..walaupun air sungai tu kelihatan deras..tp dconsider selamat.

Gambar kiri yg kelihatan tu,Dewan makan dan Dewan solat.Manakala gambar kanan,ruang tempat meletak kereta.Ok,itu adalah antara kemudahan yg disedikan.Bnyk lg kemudahan utama yg disedikan seperti tandas,Chalet (dorm) yg diperbuat dr keseluruhan buluh,padang kawad/padang permainan,sungai utk mandi manda dan dh tentulah tapak perkemahan..kalau tidak manakn namaya Campsite kan… Apa pn semuanya rasa begitu tenang sekali disini. Sesuai sngt bg mereka2 yg ingin lari dari suasana hiruk pikuk kota.

Lebih kurang 10 chalet berkembar yg didirikan utk disewa..ni khas utk cikgu2 katanya.tp kalau nk sewa sesaje boleh juga.:) Boleh runding harganya..Ell perasan ada bangunan baru yg baru siap didirikan,menurut kak yati baru siap pada 2 hari sblm raya korban. Nk upgrade, nk tmbh lg blok lain + chalet..more to come katanya Insya’Allah..
The kids doing their part…menggodak air sungai…

Sukanya derang…

Wow…sgt best hari kita org.Amat puas sesekali menikmati suasana begini. Selesai semua potpet potpet n soksek soksek,weols minta izin berangkat pulang lps solat asar.Lebih kurang jam 5.30ptg.

Sebarang tempahan dan pertanyaan bagi yg berminat sila hubungi talian 03-61868361 atau lawat ke laman web

http://www.drcampsite.com/

Nilah dia owner ‘Dr Campsite’, niece MIL ..
Prof Madya Dr Yatimah Alias
Pendidikan:-
1993:- University of Malaya ( B.Sc.)
1995:- University of Malaya (M.Sc.)
1998:- University of East Anglia (Ph.D.)
Menjadi pensyarah di University of Malaya pada tahun 1999 selepas menamatkan her doctorel studies dan sekarang mengajar dalam inorganic chemistry courses.