Archive for the ‘pregnant’ Category

Close Factory~

Posted: 08/03/2010 in pregnant

Monday,March 8,2008

Salam…
Susulan dr pengalaman2 bersalin Ell yg pernah Ell lalui ada pulak yg mintak Ell beranak bnyk sbb murah rezeki.Buat ank ni bkn semudah bercakap je.sukati je nk request org beranak ekk.Pada Ell buat masa ni cukuplah 4 org cahayamata yg Ell ada ni.Harapan Ell nak jaga n didik d’ols dgn elok,bg pendidikan sempurna semoga bila d’ols besar kelak pandai menjaga maruah diri dan keluarga serta berhemah tinggi.Itu yg paling utama.

Tp tk kurang juga yg suruh Ell tutup je kilang buat ank ni (ikat peranakan).Katanya kalau ank dh berderet nnt ank2 terbiar pulak.Biar ank tk ramai tp tk terabai,katanya.
Sebenarnya panjang jugak Ell pikir mengenai hal ni.Lebih elok pikir panjang seblm buat keputusan dr pendek akal sudahnya menyesal.Ell pun tahu setakat mana kepampuan keluarga Ell.Tak perlu nk arahkan itu ini.kami suami isteri tahu mcmmana nk merancang hidup kami.takkan lah kami ni asyik nk buat ank mcm kucing tu.ada akal,gunalah sebaiknya.Kalau nk bg nasihat boleh je dengar,tk tk yah nk paksa2..

Bg Ell perjalann hidup kita Allah dh tentukan.Kita manusia hanyalah milk Allah yg Maha berkuasa,buatnya bila dh mandul nnt tiba2 amanah (ank2) yg Allah titipkan pd kita ditarik balik dan time tu terasa nk anak lagi tentu kesal tak sudah sampai kemati.

Apa2 pun setakat ni,kami sekeluarga masih mampu hidup dgn senang hati.

Advertisements

Menjelang Bersalin~

Posted: 08/01/2010 in info, pregnant

Friday,Jan 8,2010

~gambar ikhsan ‘google’~

Kesakitan ketika bersalin juga merupakan nikmat Allah SWT kepada kaum wanita.Kerana kesakitan yang dirasai itu merupakan ujian keimanan seseorang.Melalui rasa sakit yang dialami oleh para ibu akan menambahkan lagi rasa kasih sayang terhadap anak yang dilahirkan.Kerana didalam sebuah hadis ada disebutkan jika kita sabar menempuh kesakitan,disamping itu kita bersyukur dan memuji kebesaran NYA,nescaya segala dosa kita akan diampunkan.Subhanallah,begitu tinggi dan besarnya RAHMAT Allah SWT kepada kaum wanita yang menghadapi penderitaan dan kesakitan di waktu bersalin.

Sebagai seorang islam yang mempunyai pedoman dan pegangan,ibu yang mahu melahirkan digalakkan banyak2 membaca ayat2 Al-Quran.Antara ayat2 yang perlu diamalkan ialah:

1.Surah Al-Anbiyak (ayat 87)

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

2.Ayat kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3.Surah Al-A’raf (ayat 54)

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam

4.Surah Al-falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

5.Surah An-Nas

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Amalan2 yang disebutkan diatas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:-

“Apabila Fatimah telah hampir melahirkan,Rasullullah menyuruh Ummu Salamah dan zainab binti jahsy agar datang melihat Fatimah,maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi,surah Al-A’raf ayat 54 disisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas”

(riwayat:Ibnu Sunny)

Sumber dan Rujukan Al-Quran

*Buku ‘Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi’
*Quran Explorer (bacaan A-Quran dan terjemahan pelbagai bahasa)

Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~

Dalam Kandungan…

Posted: 06/11/2009 in info, issue, pregnant

Friday,Nov 6,2009

Ell ni sebenarnya dinasihatkan supaya bnyak berehat.Tp org kalau tk reti diam mmg tk senang duduk tengok kerja2 yg trbengkalai.Kenapa Ell ckp mcm ni,sbbnya semalam Ell gi klinik utk routine check up,sekarang dh masuk 7 bln..Ell kena gi klinik 2 minggu sekali.Semuanya berkeadaan baik dr semua aspek termasuklah tekanan darah Ell yg aritu agak rendah,sekarang dh ok.Ell jugak dh mula mengira pergerakan baby dr 9pg -9mlm.Kepala baby posisinya dh kat bawah,so Ell terpaksa kurangkan buat kerja2 berat takut kalau2 nnt Ell trberanak awal.Patutlah lately Ell asyik rasa sengal2 kat bahgn bawah.
Ell ni pulak jenis tak sabar,bayangkanlah tong gas yg berat tah bape kilo dgn isipadu 14kg tu..Ell angkat sendiri.Yang lain2 kosi meja ke,gobok ke..mmg Ell angkat sendiri nak alih kesana kesini , lebih2 lagi sebakul baju yg baru siap basuh tu (imagine baju sebanyak 2-3 hari utk 6org)So,Ell ni mmg degillah kan. Leceh nk mintak tolong hsbn buatkan itu ini.Apa2 pun alhamdulillah..Ell n baby sihat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

U’ols,Ell nak share clip ni ngan u’ols..U’ols pertimbangkan sendiri tentang kebenarannya..ataupun kalau u’ols nak kaji sendiri pun boleh.Klip ni menunjukkan reaksi bayi dalam kandungan yg dialunkan ayat suci Al-Quran berbanding sebelum diperdengarkan apa2 bunyian.
Selalunya kita disarankan utk mendengarkan lagu2 muzik mozart yang katanya bnyk membantu perkembangan dan kecerdasan otak bayi dari dlm kandungan,sehingga apabila dilahirkan pertumbuhan bayi akan lebih terangsang ke arah kecerdikan dan kecerdasan berbanding bayi yang tidak didengarkan muzik mozart.Sebenarnya Mmg ada kebenarannya.Tp bila difikirkan dan diteliti semula,ada juga yang berpendapat mengapa kita mesti dengarkan bayi kita alunan2 muzik sebegitu sedangkan kita sebagai umat Islam kan lebih elok jika didengarkan alunan ayat2 suci Al-quran lebih2 lagi ayat2 yang disarankan ketika kita hamil.
Bagi Ell,kita harus seimbang dlm semua aspek.Dlm perkara ni,Ell ambil sebagai elok kedua2 nya dan Ell amalkan mengikut cara yang Ell rasa baik.Apa pun kita teliti dahulu klip ini,lebih2 lg tindak balas serta perilaku bayi di pertengahan klip juga di penghujung klip yg dikatakan seakan2 bersujud di penghujungnya.Wallahualam..

Allah Maha Besar

Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang BENAR

misi datang…

Posted: 29/10/2009 in pregnant

Thursday,Oct 29,2009

Dekat seminggu dh blog terbiar mcm tak bertuan.Apalagi nak jengah blog u’ols tu..Kadang singgah sekejap pun tak meninggalkan kesan.U’ols yg dah lama kenal dgn blog ni,mesti tau yang PC dgn bilik Ell ni letaknya kat rumah loteng (ala2 repunzel gitu) (Dulu pernah buat tag pasal workstation).Makanya,bila Ell dah turun pepagi lps subuh siapkan sarapan utk anak2 gi sekolah semua..kemalasan utk turun naik tangga akan datang secara tiba2..:P tambah pulak Ell dh sarat mcm ni kan..sebelum ni,Ell ada time utk mengadap PC ni. Kalau pagi, 8-10pg ,kalau sebelah petang pulak 3-5ptg ,n kalau malam..Jumaat,Sabtu dn Ahad dpt bnyk masa sbb hsbn Ell gi main badminton..;D Sekarang tak de masa2 mcm tu…Bila Ell dah naik time nak tido tu,konon2 nk tengok lh kejap muka skrin cik PC ni lepas kan rindu..tp nnt mesti hsbn cakap “owh oh….times up for u…”.So,isteri yg mithali ni trpaksalah akur kan..:(
Dalam minggu ni pulak Aryan asyik merintah yg bukan2 sbb kesihatan nya yg tk berapa baik.Biasanya Ell tido paling lewat kul 1-130 pg,tp dlm minggu ni kebanyakannya Ell akan tido kul 2.30-3pg.Adoi…pastu nk bgn awal siapkan anak2 gi sekolah.Dgn keadaan yg tk cukup tido tu,Ell rasa pening2 n mcm nk pitam.
Semalam,kebetulan nurse dr klinik kampung Ell ni dtg buat check up biasa..(tinggi rahim,tekanan darah n sedikit advice utk ibu2 hamil)

U’ols tau kan,kalau kat kampung2 ni nurse rajin dtg rumah bila time kita mengandung atau lps bersalin.D’ols panggil Jururawat Masyarakat,sbb tu d’ols kena pantau perkembangan pesakit2.Tambah pulak cara mcm tu rasanya lebih mesra, lebih2 lg kalau duduk berjiran satu kampung ni.So,Ell yg duduk kampung rasa mcm ada sket keistimewaan lh bila ada misi2(org kampung panggil misi ye..:) yg dtg melawat ni.D’ols pun tk tetapkan bila masanya yg d’ols nk dtg tu..main terjah je ikut suka.Tp biasanya hari diantara appntmnt kita yg berikutnya.

Nampak tak tanda bulat2 yg Ell tunjuk dlm buku report Ell tu.Ok,bulat yg pertama tu tarikh dn dia tulis LR dgn dakwat merah,tu maknanya semalam dia dh buat lawatan ke rumah.Bulat yg ke2 tu,masalah Ell (headache) dn sedikit adv lh utk Ell..bnyk kan rehat ke,kena minum susu lebih ke,amik vitamin ke…mcm2 gitulh.Ya lain2 yg bnyk dash2 tu,mmg sengaja dikosongkan.. itu utk lebih details bila time gi klinik nnt.
Apa2 pun hari ni Ell dh rasa lega sbb Aryan beransur sihat n Ell pun dh mula rasa lega.. Maaflah ya n3 kali ni Ell bnyk sgt membebel.
Harap u’ols semua sihat n happy sesaja k.

Me @ 24 weeks

Posted: 11/10/2009 in picture, pregnant

Sunday,Oct 11,2009

Happy 24 weeks pregnant to me!! hahaha …,24 weeks n 6 days pregnant (tp harini dah 25weeks)Rasa mcm tk percaya..dah 6 months pregnant! Cepatnya masa berjalan,maknanya ada lebih kurang 3 bulan lg tiba masa utk Ell melahirkan INSYALLAH.Sekarang Ell mula rasa tak selesa bila duduk n terpaksa carik posisi yg selesa bila time tido.Apa2 pun Ell happy 😀

Ouch! dah mula menendang2 tu 🙂

Sahabat2 ku yg dikasihi,atas bbrapa prmintaan diantara kalian yg trlalu brhajat, inilh gambar terbaru..hari ni Ell amik ye.So, pada u’ols yg request nk tengok perut membuyot ku,inilah diernya…

Wednesday,Sept 16,2009

~Bad~
1-Raya tahun ni Ell tk dpt beraya dgn parent Ell melainkan keluarga belah hsbn je…sebab musababnya adalah disebabkan mak ngan abah Ell beraya kat kampung abah Ell di Tanjung Pinang,Indonesia.Sedih jugaklah selama ni we’ols beraya sesama,pagi raya mintak ampun maaf sambil nangis2,tp tahun ni lain pulak suasananya… 😦
2-Hari selasa aritu,ngam2 tgh we’ols berbuka puasa kul 7.07mlm,2x Allahuakbar (azan berbuka) tetiba rumah we’ols gelap gelita dn senyap sunyi sbb blackout.Tp sabo…dugaan bulan puasa.Think positive lah kan..camner owang yg kurang segala bekalan tu.Tp kan,my kids semua seronok pulak dia berbuka dlm gelap tu.Yelah,pengalaman kan.
Siap semua solat maghrib,(tk gi terawikh) we’ols pun lemas duk dlm gelap lelama..we’ols decide turun bandar Pontian,jln2 perabih duit 😛 .Ramai jugak owang sekampung yg we’ols jumpa..:) ni bahana blackout la..sambil ambik kesempatan jugak shopping raya skali.

~Good~
1-U’ols ingat n3 Ell yg kepingin sgt mkn jambu bol tuh?Rezeki Allah bagi lah u’ols…Ell dpt jugak jambu ni.Syukur2..Smlm Ell berbuka umah parent,masuk je umah abah Ell kata “ada jambu tu yag ko nak”.Ye ke, dpt mane? Ell tanya abah.Dia kata “amik kat umah maklong” (kakak mak,lain mak..heheh).Yuhhuuu..hati berbunga2 ,terus Ell masuk dapur cium2 jambu yg wangi tu..aduh,rindu benar dgn bau jambu nih.Dah hidu bau dia puas2..Ell taruh dulu,lps buka,mkn nasi semua..baru Ell kerjakan jambu nih.Sedap lah u’ols…ermm,nyam2 sambil mkn, sambil amik bau. 🙂 Mekasih abah.

2.Puasa tahun ni,Insya’Allah dapat puasa penuh.Ell mmg suka kalau time ngandung nih.Puasa penuh? no hal punyer..tk yah susah2 pikir nk qadak puasa kan.uhh,best2..
Dina (my 2nd dotter,umo 5thn) Alhamdulillah setakat ni puasa penuh! Bangga ni maknyer..Sebenarnya Dina ni dr umo 3thn dia dh start belajar puasa,tp half day lah kan..tanpa paksaan sbb tengok semua org tk mkn n minum..so,dia trikut lebih2 lg time umo 3 thn tu Marsha (kakaknyer) yg brumo 6thn dh masuk 2 tahun brpuasa.So,Dina pun mula ikut jugak.Yang bagus nya,langsung tak mengeluh atau merungut lapar ke,nk mkn ke,haus ke juz puasa je.Alhamdulillah…

Friday,August 7,2009

Salam ilmu utk u’ols hari ni.

U’ols pernah dengar berita atau cerita mengenai bayi yg dikandung tiba2 hilang dr dlm kandungan ibu trutamanya bila kandunga tu dh masuk >7bln? Dengar mcm tk logik dn mengarut je kan.Hakikatnya kejadian begini sering jugak berlaku,malah ada trjadi jugak dikalangan ahli keluarga hsbn Ell sendiri.Dlm akhbar trbitan kosmo 2008 (Ell tk ingat bila) pernah juga memaparkan kejadian seperti ini berlaku.Agak mengejutkan dn mengecewakan si ibu dan ahli keluarga mangsa sebenarnya.tetapi harus redha dgn apa yg dh berlaku.

Pandangan dunia perubatan sains

“Namun begitu, fenomena ini turut berlaku di negara-negara barat yang tidak percayakan kewujudan paranomal sebegini.Dalam dunia sains perubatan, kejadian ini mungkin boleh dikaitkan dengan pseudocyesis atau juga dikenali sebagai kehamilan palsu. Seseorang wanita yang merasakan diri mengandung tetapi sebenarnya tidak secara klinikal boleh diklasifikasikan sebagai pseudocyesis. Fenomena ini sama seperti seseorang yang telah kehilangan anggota tangan atau kaki masih merasakan seolah-olah anggota tersebut masih ada dan berfungsi.

Pseudocyesis biasanya disebabkan oleh faktor mental yang memberi kesan kepada fizikal untuk mempercayainya. Dalam kebanyakan kes, wanita ini mengalami perubahan fizikal dan emosi sama seperti wanita hamil.Ini termasuklah ketiadaan haid, saiz perut yang semakin membesar, merasai pengerakan bayi ( walaupun tiada janin ), payudara yang membesar dan ada sesetengah kes mengeluarkan susu.Ini semua berlaku adalah disebabkan keinginan mendalam yg berkehendakkan adanya bayi .”

~~~~~~~~~~~~~

Pada pendapat Ell lah kan,INI KERJA JIN@SETAN TERKUTUK LAGI TERLAKNAT, Tak kiralah bunian ke apa tambah lagi dia mengaku bragama Islam. Susah nak percaya tapi kisah ni dah banyak kali berlaku.Sokongan ini dikuatkan lg dgn sumpahan syaitan yg berjanji akan mengganggu dan menyesatkan keturunan anak adam sampai akhir zaman.

Ok,Ell ada sedikit panduan sebenarnya yg Ell rasa nk share sgt dgn u’ols.Ini elok diamalkan utk ibu2 yg mengandung bg menjamin keselamatan sepanjang tempoh mengandung.

Buku ni sgt brmanfaat bg ibu yg sdg mengandung.Lama dh Ell beli buku ni,dr awal kawen sampai skrng masih brguna lg buku nih.Isi kandungannya sgt padat dn Ell perasan kebnyakan buku yg baru2 diterbitkan dipasaran kebanyakan merujuk dr buku ini.Buku AMALAN KETIKA MENGANDUNG DAN SETELAH BERSALIN SERTA PANDUAN MENAMAKAN BAYI ini telah disusun oleh ABU AFIQAH dan diterbitkan oleh DARUL NU’MAN (penerbit buku2 ilmiah islam)

Nama2 anak yg didisi dlm buku ni pun menarik.bnyk perkara yg Ell rujuk dalam buku ni kalau ada yg berkaitan dgn kehamilan,dlm pantang dn doa2 semasa hamil.

Seperti yg semua sedia maklum,Ibu2 hamil kan digalakkan bnyk membaca doa2 dn ayat2 Al-Quran antaranya :-

  1. Membaca surah Al-fatihah dan ayat Kursi
  2. Membaca surah Yasin hingga akhir
  3. Membaca surah At-Taubah hingga akhir
  4. Membaca surah Yusuf hingga akhir (agar mmproleh anak sole,sihat,cantik dn sempurna)
  5. Membaca surah Luqman hingga akhir (agar memperoleh anak yg taat)
  6. Membaca surah Maryam hingga akhir(utk memperoleh anak yg sabar dn taat)
  7. membaca surah An-Nahl ayat 78
  8. Membaca surah Al-A’raf ayat 189

Bawah ni Ell sempat scan doa yg patut diamalkan semasa mengandung utk dikongsi dgn u’ols.Doa dibawah ni brtujuan agar anak didalam kandungan dipelihara.

~click utk lebih jelas~

Bawah ni,DOA PELINDUNG DIRI. Bagi ibu hamil disarankan agar membaca dan mengamalkan doa ini slps solat Maghrib.Kerana ianya Insya’Allah akan dpt menghindari dr berbagai penyakit dn gangguan makhluk halus sprt jin,syaitan dan seumpamanya.baik utk diri sendiri mahupun anak yg ada dlm kandungan.

Sebenarnya ada disertakan makna sekali utk memahami isi ayat tu,tp apa yg penting ialah bacaan doa kan.

~click stiap satu utk lebih jelas~
Kalau ikut cara Ell,Ell akan baca doa2 ni slps solat maghrib bermula dr 1,2,7 & 8 kemudian diikuti dg doa2 diatas.Manakala surah2 yg terpaksa dihabiskan satu juzuk tu,trpaksa lh Ell baca sedikit2 mengikut kelapangan masa..Sebenarnya bnyk lg doa2 yg disarankan dlm buku ni,cuma tu semua mengikut kemampuan sendiri lah kan.Ada jugak org2 tua yg nasihatkan supaya bawa benda tajam diselit celah rambut/sanggul seperti paku bila brjalan keluar rumah.kerana dikatakan mahkluk2 halus ni takut dgn benda2 tajam (wallahualam..) Ell tk pernah cuba,sbb takut nk percaya benda2 tahyul nih.
Bagi ibu2 yg sedang hamil,jaga kesihatan dan dpt lh kiranya mengamalkan doa2 yg disarankan utk menjaga keselamatan dr diganggu syaitan..insya’Allah semuanya akan selamat.
*Rujukan dr buku AMALAN KETIKA MENGANDUNG DAN SETELAH BERSALIN SERTA PANDUAN MENAMAKAN BAYI.