Archive for the ‘hari raya’ Category

>Terkorban di hari Raya~

Posted: 24/11/2010 in hari raya

>

 Salam…
Di Kg Serai,Hulu Langat, 10 ekor lembu berjaya dikorbankan sempena hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah,Kerajaan Negeri Selangor juga turut menyumbangkan seekor lembu utk tiap2 Masjid di seluruh negeri Selangor (mesti mentionkn sbb tv tk kluar).Kakak ipar Ell dan suaminya beserta 4 orang anknya tidak termasuk yg bongsu (3thn) berkorban untuk tahun ni di Masjid Sg Serai,Hulu Langat.Untuk melengkapkan bilangan 7 org utk seekor lembu,SIL4 masukkan sekali nama bondanya iaitu MIL kepada El.
Ell tak tahu nak citer panjang lebar,sebab detik2 kejadian tidaklah Ell saksikan dengan mata Ell sendiri.Semuanya dah dikisahkan didalam gambar yg hsbn Ell amik ni.

Inilah lembu ke4 yg ditumbangkan milik SIL4 anak beranak.
Satu bahagian nama dari sekor lembu ni dpt 3kg,jadi 7 nama maknanya we’ols dpt 21kg daging tidak termasuk tulang.Yang selebihnya diagihkan kepada penduduk setempat.

Ada antara yg didalam gambar atas ni hsbn SIL4,tp tah yg mana satu susah nak dicamkan.Pakaian d’ols ni sama je sbb ditaja oleh Masjid kg Serai.Setiap sorang dpt sepasang baju dan topi.Itu utk sesiapa yg dh ditugaskan untuk menumbangkn dn melapah daging.

Ni lah orgnya..SIL4 nye hsbn.Juga owner Kolam memancing Tepian Rimba.
Peladang yg boleh dikatakan agak berjaya jugak lah.Kambing ,arnab,ayam,ikan dan udang semua ada dibela.:)

Ok,untuk menu hari raya Ell tak teringat pun nak amik gambar.Antara juadah hari raya we’ols ialah nasi impit,sayur lodeh,sambal goreng,rendang ayam,udang galah goreng,ikan siakap goreng berlado n pd sebelah petangnya pula sebahagian dri daging korban yg dibawa balik we’ols mengerjakanlah ia n selamat di satey gorengkan juga dimasak merahkan.Yang mana bhgn tulang belulang tu,biasalah  di sup kan.:)Seperiuk sederhana besar sup tu utk fmly we’ols semalaman je dah habis.Syukur tak membazir..

 Semoga sumbangan korban kali ni membawa berkat untuk SIL4 sefamily.Dan secara kebiasaannya SIL4 n hsbn akan berkorban setiap 2thn sekali.

>

Bertarikh 2 Oktober 2010 adalah detik2 bersejarah antara Ell dengan teman sepengajian time kanak2.Harus Ell kata bersejarah ae u’ols…plus minus lebih kurang 17 ke18 tahun we’ols tak jumpa.We’ol classmate since standard 3 pastu terpisah lepas dia dimasukkan ke sekolah berasrama ketika form 1.Memang betul2 berjejak kasihan nih.
Macam tak percaya we’ol boleh berjumpa semula disebabkan fesbuk.Tu lah die fesbuk ni,kalo kene gayanya digunakan..elok jadinya kan.Yang sedihnya bila dia kata time kawen dulu takde sorang pun kawan2.Yelah dat time tak tau mana nk kontek all da ex-classmate.Yang ada sedare mara n kenalan rapat je lah.
Memula sampai tak kenal yang mana satu sebab adik beradik die semua serupa je.6 beradik 5org perempuan.Dan akhirnya…kami bertemu…nyaris dia nak panggil Marsha tu Ell.hahaha.Dah katanya mencopy habis muka maknye ni zaman kanak2 kan.Tapi die masih bleh cam muka Ell walaupun Ell dah lain sangat katanya. See bentuk mukanya, comelkan?tengok ar besornya muka Ell tu.And die dari dulu pun mmg cumell n kecik molek kira umpamanya Ell macam Marsha n die macam Dina lah gitu.:)
Masuk jap lah rumah die sebab time tu pun die tengah bergambaran dengan fmly die.Open house die ni meriah la sbb sambut menantu omputih balik coz raya pertama lum tiba malaysia lagi katanya.Adoi mak..nmpak sangat Ell macam org tua dalam gambo ni.
Mariana & Aariz
sementara Ell n hsbn n kids makan2
 Tadaaa…menu of da day.Kambing golek u’olsss.rasanya peliharaan abah die sendiri kot sbb die kata belakang rumah ada kandang kambing.Plus sosej saiz xl.raja besor sosej dier…sedap pulak tu,ayam cheese n daging blackpepper berlada.Adoi..mmg tak bleh tahan.kalo tak balun mmg tak reti nak tos lah air liur nih.:D
 
  Lagi menu yang lazat2.Tapi tak heran dah sbb dah melekat ngan kambing je.:)
Untuk Nana terima kasih yg tak terhingga walaupun aku tak bg pun link blog aku ni kat ko.Harap dapat disampaikan diangin lalu jelah ye.:)
Dan dan dan….ada lagi. Disebabkan fesbuk jugak Nana ni dengan  kazen hsbn is ex-classmate sekolah menegah rupanya. Ada connection lain lah pulak kan.
So,harap2 kita akan terus keep in touch yer.

>

Raya dah habis ekk.tapi nilah die kalo dah lambat,asyik la keciciran.Blog ni pun kejap update kejap tidak.Kalo updatenye sikit,tapi bila tak de mende update lamanya macam ayam mengeram pun dah menetas dah..hahaha
Bukan apa lah u’ols…Aariz sekarang ni banyak na merintah nye..makin membesar,makin banyak pulak akalnye.Nak biarkan sorang memang tak boleh la.Time tido die kita pun dah mengantuk.So.nak buat autopublish pun kirim salam la..Tak pun bila dia tido tu,cepat2lah bereskan kerja2 yg menunda tu.Haa kalo dah setel barulah boleh main2 internet ni tapi kalo dia dah jaga sebelum kerja selesai..alamatnya no chance utk mama die bersantai depan pc
Ah sudah.. terbabas n3 sket.
Tajuk n3 pun berjejak kasihan,dah tentulah dah bertahun2 tak jumpa kan.Ni open house bukan sebarang open house.Open house ni sebenarnya merangkap mini reunion dengan ex-skoolmate SMK Ayer Baloi SPM batch 1998.Nilah die,since kita dah ada kemudahan dengan fesbuk ni,macam2 boleh kita arrange dengan kawan2 lama ni kan. Syukur kan,dapat eratkan lagi persahabatan yang dah lama sangat terputus.
Ok,sebelum tu meh tengok menunya.Ihikss macam lah banyak sangat amik gambo,tapi ini je yang ada.Ikan caru bakar cicah air asam yang super duper mantappp! YaAllah macam tak ber tos ayaq liuq ni.hahaha…Ini antara je u’ols…lain2 menunya 
-laksa johor
-satay
-rendang ayam
ermm apa ekk lagi lupa dah.Sebenarnya Ell makan sikit je..kononya mengikat perut..(haha menipu ler tu).But yang paling teringat2 is punch buah2an yang sangat sedddap..siap ada kiub2 apple merah n hijau n oren n apa tah lagi.masyaallah…sedapnye.Memang syorrrga.
Gambar ni antara baby n kids yang ada.Ok,yg kiri atas ialah hsbn kpd Pn.Rafiza yang kedua2nya merupakan ex-skoolmate Ell.Pn Rafiza ni lah yang dengan sukarela menyediakan punch buah2an tu.Mekasih Fiza…punch ko memang terbaekkk.Tanpa dengan segan silunya hsbn aku tah bape ploh kali di tambahnye dengan tak habis2 memuji:D
Sebelum larut malam,meh la kita bergambar beramai2.All da babies yang ada semua dah membunyikkan siren memasing,so takyah kita membuang masa.Terima kasih untuk tuan rumah yang menganjurkan this open house.Yang depan sekali pakai baju melayu kelabu asap itu lah tuan rumahnye.
Jom sambung balik apa yang belum diselesaikan…Orang kata tak baik buat kerja separuh jalan ni..apa kata habiskan kerja makan2 tu baru minta diri balik.hahaha..kalau dah dasarrr..tengok ar,yg bapak2 perut memasing dah mengelembung,yg ibu2 jugak kira masih maintain 😛
Lastly,terima kasih untuk inchek organizer sbb beria2 sangat nak jumpakan we’ols reramai macam ni..Tapi masih ada jugak yang tak dapat join da gathering sebab memasing ada hal sendiri kan.Insya’Allah lain masa dan hari kita buat family day pulak ekk.

Salam…dah berapa Syawal dh kite?11 hari raya ekk.Sekejapnya lah kan.Abes tu,u’ols bila nk sampai rumah Ell ni?Pintu tak tutup lagi…hehe
Sekarang ni kan,Ell kalau dapat nak update yg ringkas je.Kalau dapatlah kan…kononnya tak nak membebel panjang.So,biar gambar bercakap lh ekk.:P Gambar2 ni Ell pilih secara sukahati Ell lh eh utk kenangan dlm blog ni…
Meh la tengok apa yg ada..
Bikin ketupat..
 Bunga api time…weee
Pengagihan duit raye…
 Fmly picca SIL1,BIL1,BIL2 & SIL4
 ini aje lah yg ada pagi raya..2-3fmly lagi tiba pada petang n malam raya pertama.

 Me fmly…:)oppss ada sorang lain gen..:D

The cucu’s..:)  (sebahagian)
1st,2nd & 3rd batch yg dtg slps sembahyang raya.Sampai duk luar rumah .
 Meriahnyer…..

 Aariz..an expressions…

Waduh,banyak lagi gamba ni.Kalau ikut nafsu semua gambar nk upload .Tapi sket2 cukuplh ekk.Pastu kan..Ell ada citer sket pagi raya ni..Alahai,kesian sebenarnya.Macam ni kisahnyer..:) ceh!
Seperti kebiasaan lh kan,lepas sembahyang n menjamu juadah raya tu mestilah ada sesi bermaafan,bergambaran n mengagihklan duit raya ye tak? Punyalah leka n seronok sangat ,sampaikan budak2 yg datang beraya beri salam tah bape ploh kali we’ols tak dengar..last2 dengar, sorang pun tak terlayan…Siap terdengar suara budak tu kata”kami datang nak beraya ni…” mcm dlm drama tu..hahaha lawak.Selang 2 minit lps tu we’ol jengah ke pintu nak jemput masuk…alih2 kazens we’ols yg berduyun2 tiba.Budak2 tadi tu tah mana perginye…merajuk lh tu…kesian ekk.:D (tu ler..nape awal sgt kamu org dtg beraya..kan dh terlepas singgit dua..)

Update Raya 1 (bbq)

Posted: 20/09/2010 in bbq, hari raya
Assalamualaikum….datang nak beraya ni..hehehe..
Amboi,tuan rumah sakan beraya u’olss.Katup abes semua pintu n tingkap bulan raya ni.Sampai nak buat ucapan raya pun tak sempat.:) Sebelum tu Ell nak ucap terima kasih banyak2 pada u’ols yg sudi wish ulangtahun perkahwinan Ell dan suami.Semoga u’ols diberi ganjaran yg sewajarnya.Dan masih tak terlewat lagi Ell nak mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’.Mohon maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran yg menyentap dihati u’ols.
Ramai yang dah update blog memasing dengan gambaran raya kan..Ell jugak yang terhegeh2 masih keciciran.Ok tak pe..pelan2 ekk.
Memandangkan bulan Sept ni family members ramai yg meraikan hari special, so Ell n hsbn cadang we’ols adakan bbq pada mlm raya.Sekali lah tu meraikan habis berpuasa,esok nak raya…Anniversary kami yang ke 10..Anniversaray BIL1 n wife yg ke 20,Anniversary SIL1 n hsbn yg ke 30 ,Birthday BIL3 yg ke 30..& Birthday niece yang ke 6 .Wah…tu semua dlm bulan Sept.
Meh menjamu mata..
smookey!! bbq old style..ayam sebesen besar tp sekejap je dah tinggal separuh..
bday! bday!
 nieces & nephews
Aryan & Siddiq
gambar candid terbaik!!
Sebenarnya we’ols buat 2round pada hari raya ke-2 sebab malam raya tu rasa macam tak puas…2nd round tu lebih sket sbb takut ada tetamu datang kan…So,sapa yg datang raya ke2 tu mmg langkah kanan.

Fishing Pond~

Posted: 04/12/2009 in hari raya, pond

Friday,Dec 4,2009

Hi alls..

Ell dh janji nk sambung citer pasal kolam memancing ikan dn udang yg diusahakan suami SIL4 😛

Lokasi :
Lot 3959,
Lorong Serai 4,
Kg Sungai Serai,Hulu Langat.
Masa operasi : 9.00am – 2.00am

Pada u’ols yg suka memancing tu,kalau rasa nk tenangkan fikiran yg dh agak2 serabut,bolehlah gi sini. Kolamnya dibhgikn utk beberapa bhgn ikan dn udang. Bayaran nya tk yah tnya..patut pnya.Kalau u’ols betul2 teringin..gi je terjah tpt tu eh.

Ini signboard ke pintu masuk kt atas bukit tu.Mmg mendamaikan dan Ell pasti sesapa yg kesini akan rasa tenang sambil menunggu ikan/udangnya memakan umpan.Sangat sesuai dengan namanya TEPIAN RIMBA.

Tp sebelum tu,u’ols kenalah naik atas bukit dulu..baru lh jumpa kolam memancing ni.Alah,bukan menapak pun..boleh naik kete.:)

Laluan masuk ke kolam memancing tu,u’ols akan melintasi dr bwh rumah SIL4 (Puncak SA)nih.Awas ya sape yg nk buat keja tk senonoh..keliling rumah dan kolam siap dipasang cctv ada 15 kesemuanya.Security system agak ketat jugak dikawal sbb pernah terjadi cubaan nk memecah masuk ke kawasan sekitar oleh seramai 5 org ttp dpt dikesan oleh sistem yg tiptop nih…so brterabur derang lari sblm polis smpai.

Jalan je terus tuju ke kaunter utk membuat pembayaran sekian2 jam.

4 gambar atas ni pemandangan sekitar kolam.Nice huh.mendamaikan..rasa tenang je.dikelilingi bukit2 n pokok2 yg menghijau.Masa ni tutup cuti utk Raya Haji,so mmg tak de org.

Tengok ikan2 ni geram tk u’ols…udang pun sama tp lupa snap gmbrnya.Kalau ada rezeki dpt lh u’ols udang galah yg besar2.:)We’ols slalu gak dpt mkn udang kolam ni..tp yg dh putus janggut n ekor la..kalau tk rugilh kan..mahal wooo.


Note:~Tepian rimba pernah menjadi lokasi penggambaran beberapa buah drama tempatan antara yg Ell ingat “Naluri Seorang Insan” pelakon Syed Aiman,Ijoy n Linda Rafar.
~Pernah juga menjadi lokasi rancangan memasak “Ole-Ole Chef Wan” tahun 2008.
Buat kakak iparku,Ni dh tolong promote baik punya..tk de apa2 ke nnt.heheheh.