Archive for the ‘info’ Category

>

Sebelum tu, Ell nak share sikit apa kisah,sejarah n hukum menyambut hari valentine’s ni…u’ols yg berminat nak tau..bolehlaa baca sampai habis..terima kasih..


Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.

 
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjara, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepucuk surat yang tertulis from your valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. U’ols tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut untuk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.

So, dari semua kisah tadi, u’ols nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, 

Sheikh al-‘Utsaimin berkata: 
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Konklusi

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”
So, apa pendapat u’ols? Bagi Ell dalam islam, tiada hari untuk kita specialize kan menyambut hari istimewa bersama kekasih. Hari-hari adalah hari kekasih. Kan? Toksahlah dok semangat tunggu 14 feb, baru nak beri hadiah, tak supriselah. He he. 
Bagi sesiapa yang beragama islam diluar sana,yang turut serta meraikan valentine’s day ni…hentikanlah,masih sempat lagi untuk mengikut yang lebih elok sebagai seorang muslim.
Pendek kata……

 

Cinta dan kasih sayang ditunjukkan setiap hari, bukan sehari setahun…
PS:U’ols boleh je search pasal valentine day dalam islam ni dari internet.
Advertisements

>Fakta tentang JOHOREAN

Posted: 09/01/2011 in info

>

Memandangkan Ell org Johor ,Ell bg fakta tentang JOHOREAN. Tdk ada yg tdk benar,melainkn yg benar sesaje…:) Fakta ni Ell amik dr internet.Tk tau sape yg buat…Melalui dr penelitian dn pemerhatian,boleh jugaklh dipercayai 200%.:P
Ell siap huraikn n tokok tambah sana sini..Sila perhatikan dgn betul..

1. We end 9 out of 10 sentences with “Ekkk…” (yg ni kena betulkn sikit.sbnrnya tk delh smpai 9 out of 10 tp adalah jugak)Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal. Contoh :- “Ni awak punyer ekk?”

2. We refer to Johor Bahru as Joho and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it means Johor Bahru (JB), the city not the state. Normally used by mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Pontian umpamanya. Contoh : “Beb, gua nak turun Johor laa. Lu nak ikut gua tak?” So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question!

3. We pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : “Aku kena pakai seluor besor untuk main bolo kat Muor besok.” Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar),kelakor (kelakar) dan lain-lain.

4. We are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I haven’t met a Johorean yang serious or square to act. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Kebanyakn (yang Ell jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find sometimes orang luar (non- Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.(we’ols gile ckit) hehe..

5. We called ENDUT(aweqz/boyfren). Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut,kire mcm couple le. Contoh ayat : “Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.”

6. We’ols Makan Gula Tarik,Gula Candy(dibuat dr kelapa n letak kaler),Sagun, Otak-otak, botok2….Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or candy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? rasanya Gula tarik ader lagi kat Stesen bas Larkin n tmpt2 lain yg kita perlu bnyak brtanya utk jumpanya..

7. Budak2 jantan pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock! Ell rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Lagipun, Johor memang ada pertalian kuat dgn British. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip (Spore), Amy Search, Zainal Abidin Headwind, Nash Lefthanded, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Bandi Amuk, Bittersweet, Sweet Charity (Spore? ye ke.betulkn jika salah) etc…Boleh pakai ke teori nih? Jangan kena pancung dengan Sultan,dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada acara baling duit ngan gula2(ambur2) yang time tu,all mak-maks akan panggil knk2 suh rebut $$$$$ sekali.bestt woooo. and ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dgn segala macam rempah dan dedaun untuk m’dptkan da special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat pekat. Both kulit dan isi. nice! Normally it’s for special occasion, like wedding day.Sila lihat n3 Telur Pindang Johor ni..

9. Tidur atas “LECA”** means tilam (LE+CE) (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam “GEROBOK” (almari) tp sebutannya GOBOK. **. Ambik “GEBOR” tu means selimut.

10. We jarang tngok RTM 😛 . Hei,no hard feelings k if ur wth them though the sets are a little old fashion along wth the never ending ‘technical’ probs or mstakes bla2..apa yg sbnrnya bnyk cerita2 dah tengok kat Singapore channel long before on air kt RTM juga tv3 n same goes for the crita2nya n movies2nya..the neighbours dh pickup dulu. Juga for information, Johor bleh terima siaran from S’pore n some Indonesia (tmpt2 trtntu) .Kalo dok johor, xde astro pun xpe…Tp nk tmbh pengetahuan ada astro lg baguzz (in hd yg best).

*Di petik dr sumber2 yg boleh dipercayai..tp sndiri di touchup sanasini.
*Mngkn dtmpt lain juga ada prsamaan.tk pe apa yg pntng kita smua hppy n tk gaduh2..


Vanilla~

Posted: 05/05/2010 in fruit, info

Ell memang penggemar vanilla ice cream.Mkn dgn dessert apa2 pun sedap.Makanya,stok eskrem mmg harus sentiasa ada kat umah.Tapi kan,u’ols pernah tak terpikir cammane rupanya vanilla tu.Ell pun bukannaya tahu sangat..tp Ell pernah tengok tiwi rancangan travel2 tu, negara Mexico adalah negara pertama yang dijumpai vanilla nih.Dan paling Ell tak jangka is vanilla tu sebenarnya  pokok yang menghasilkan bunga (ke buah dipanggilnya) yg panjang2 n warna hitam pulak tu.Yelah,mana nak sangka bende tu semua kan..tau nya makan je,putih pulak tu.Kalau pikir panjang tentu tergerak jugak hati yg vanilla tu hitam bila tengok esen vanilla tu.Tapi dh malas nk pikir…

Bila tergerak hati nak tahu lebih lg pasal vanilla ni,Ell carik2 kat internet dan mcm2 yg Ell tahu.Resepi nak buat eskrem pun tau dah..cuma eskrem maker je takde.:P
Ok,meh Ell nak share info ringkas ngan u’ols..Madagaskar dan Indonesia adalah pengeluar utama vanilla asli.Indonesia lagi..aritu buah avokado (dlm posting lepas) melambak gak kat Indonesia ekk.Bnyk rupanya hasil pertanian kat Indonesia tuh,tp apesal penduduk dia tak kaya2.ahakss..Ok,Gambar atas tu adalah pokok vanilla yang merupakan sejenis species pokok orkid.

Ini adalah buah vanilla

Buah vanilla yg dh dikeringkan dan dikeluarkan biji2nya.
Dan…yang ni lg satu.Apesal lah Ell ni bnyk na yg jakun ekk..Rupanya kat Malaysia pun dah dikomersialkan tanaman vanilla ni.Malaysia jugak adalah antara negara pengeluar vanilla.Aduh,apesal Ell tk tau..ketinggalan sungguh.Disebabkan tulah Ell nk bgtau u’ols nih.U’ols ‘tanya’ je pokok vanilla pada cik ‘google’,berderet ‘jawapan’ dier.. 
Antara sumber info Ell dapat DISINI .Yang lelain tu bnyk dr Indonesia..

Senang Bersalin~

Posted: 12/04/2010 in info
Akar Fatimah
U’ols kenal apa dalam gambar atas ni.Ni,orang panggil die akar fatimah.Secara jujur Ell tak pernah jumpa or tengok bende ni.Ok,Ell dapat akar fatimah ni masa Ell nak bersalin Aariz aritu.Tok sedare hubby yang bagi.Kata orang kalau minum air rendaman akar fatimah ni cepat n senang bersalin.Wallahualam..tapi kita kan ikhtiar,selebihnya terpulang pada Allah.
Itu pasal lah Ell macam tak terasa bila nak beranak yang Ell cerita aritu..alih2 gi hospital dah almost.Gila ko! buat naya… Sebenarnya Ell tak lah susah sgt nak beranak(syukur alhamdulillah) tapi yang kali ni memang tak sedar langsung baby dah turun.
Ok,nak dipendekkan cerita hari isnin yang Ell dah admitted kat hospital tu,tok sedare hubby dtang umah kasi akar fatimah ni pada MIL.Pastu MIL tolong rendamkan dalam tumbler.Hari selasa Ell discharge n start minum sampai habis kemudian refill n refill semula.Dan,seperti yg u’ols tau,hari khamis minggu yg sama tu jugak Ell bersalin.Tak tau lah mungkin sbb keberkesanan air rendaman akar fatimah ni.Oh yang ni lg satu,kata org kalau akar tu makin kembang,maknanya dah sampai masa lah tu nak bersalin.Tapi Ell tak sempat pulak tengok betapa kembangnya akar fatimah tu masa direndam sebab Ell baru dapat tau semalam lps bagi bende ni pada BIL4 punye wife.Dia nak bersalin gak 25hb mei nnt.
Akar fatimah d’ols dapat kat Mekah.Selain dari kurma dn air zam2,kata org akar fatimah ni lah selalu dibeli.So,kalau ada sedare2 yg nak bersalin tu kasi je pinjam n boleh jadi simpanan serta kegunaan turun temurun sbb akar fatimah ni takde expiry date.
Selain dari minum air akar fatimah ni ada jugak cara lain yg nak mudahkan proses bersalin,antaranya minum air selusuh atau minyak selusuh.Tapi air/minyak selusuh ni boleh kita mintak dengan org2yg mengamalkan perbidanan secara tradisional atau org alim2.Air selusuh ni biasanya dah dibacakan doa dengan menyebut nama si ibu yg bakal melahirkan tu..makanya takde lh jual dikedai2 ya.Ada jugak yg mengamalkan hisap air hujung rambut bila masa time mandi.Ell buat jugak mende ni.Dah org suruh amalkan,kita ikut jelah ye tak.
Lagi satu yg Ell rasa agak mengarut sket,ada pulak yg kata minum air bekas kucing minum..maknanya air yg kucing minum tu,kita ambil dan minum.Euwww,geli tak u’ols.Katanya nnt senanglah nak beranak macammana senangnya kucing2 tu beranak..Tp tah la,kita kan ada akal..cubalah fikir sendiri mana baik buruknya,mana betul tidaknye..jgn nak ikut semberono je.
Apa2 pun yang kita buat,terserah pada Allah yang tentukan.Kita setakat berusaha dan ikhtiar je.Lain2 tips Ell pernah bg kat n3 pengalaman ni.

Legakan kembong~

Posted: 05/04/2010 in info, parent
Salam dihening pagi..:)Serious Ell type n3 ni pepagi buta jam 5pagi.Bukan autopublish ya..Cuma bangun pagi ni rasa bersemangat sbb dah beberapa malam  tido lena sangat, tak de gangguan dari baby Aariz.Selalunya tetiap malam Aariz akan berjaga untuk menyusu or minta tuka diaper die.Mungkin jugak perut dia rasa tak selesa.
Ni nak citer lah sket nih.Sebenarnya sepanjang 2bulan setengah dengan baby Aariz takde lah masalah sangat,cuma biasalah baby kan pattern tido die belum tetap lagi,n tiap2 malam sekurang2nya sekali mesti berjaga untuk menyusu.Ada sekali tu(masa dlm pantang) 2malam berturut Aariz menangis n susah nak tido.Kita ni sebagai org islam bacalah kan apa2 doa utk baby ni,tp tak berkesan jugak.
Mujur ada tok sedara hubby yang memang mahir dalam perubatan tradisional ni.Dia cadangkan supaya perut baby dituam dengan daun mengkudu selepas mandi selain dari berurut secara perlahan.Tujuan nya untuk pecahkan angin dalam badan.Sekarang kan dh moden,panaskan je daun mengkudu tu dengan iron.kepanasannya agk2lh sendiri.jgn sampai melecur pulak kulit baby tu.Nak lagi mudah isi air suam dlm botol.
Dah siap baby tu dituam dan diurut,barutkan perut dia dgn sejenis daun rumput yg digenyeh dgn kapur,kemudian sapukan air daun tu kat perut baby.For sure baby akan rasa selesa n tak banyak ragam.
daun rawan terbang (mcm rumput liar) digosok kat tapak tangan dgn kapur kemudian sapu patinya kat perut baby
Untuk Aariz,cara tu memang berkesan.Tapi satu yang Ell perasan is Aariz kalah dengan kapur.Maklumlah kulit baby ni kan nipis,halus n sensetif,so perut die akan tumbuh ruam2 merah.Dalam tempoh sebulan lebih Ell ikut cara tok sedara tu Ell cuba berhenti untuk 2 hari,tp angin dalam perut Aariz ni mmg degil,kalau tak dihalau tak ndak pulak die pergi.:P Walaupun dah sendawakan die setiap kali lepas menyusu.
gripe water yg Ell guna sekarang
Banyak bertanya,inilah yang sangat membantu.Gripe water ni hubby beli kat farmasi dgn harga RM9.Sebenarnya banyak brand tapi brand Woodward’s ni dipercayai turun temurun sejak berkurun2 lamanya..:) Sehari Ell bg kat Aariz sekali je sebelah petang lps mandi n berurut.Syukur tiap2 malam Aariz tido lena sangat.Kalau berjaga pun mungkin nak menyusu n tukar diaper die je.

Untuk developement Aariz setakat 2 bulan ni sgt memberangsangkan.Dia dh mengagah n boleh lah jugak diajak main2 berbual.Weight masa 2bulan aritu 5.5kg.Alhamdulilah,Aariz sihat n harap2 akan sihat n takde masalah sampai bila2.

*gambar2 Ell memang dh siap2 amik sbb lama dah Ell rasa nak buat n3 pasal ubat daun dgn kapur tu.. 

Pengalaman~

Posted: 04/03/2010 in baby, hospital, info

Thursday,March 4,2010

Esok abis dah 44hari Ell berpantang.Tapi mcm tk terasa yang selama ni Ell dlm pantang coz aktiviti harian Ell mcm biasa je,buat keje2 ringan..uruskan ank2..cuma lainnya masa agak tak teratur sket dgn bby baru n trpaksa cntrl mkn plus kene berbengkung tu semua.Sebenarnya Ell pun tk lah sakit mana pun.

Nak dijadikan cerita,Alhamdulillah segala proses melahirkan yg Ell lalui sgt mudah sampaikan Ell rasa mcm mimpi je sbb semuanya berlaku dgn sgt cepat.Sprt yg u’ols tau,hari isnin sblm Ell bersalin tu,Ell admitted kat hsptl sbb bby kurang movement.Dan lps discharged tu Ell mmg budget bila betul2 sakit baru gi hsptl semula memandangkan pengalaman brmlm kat hsptl yg sgt membosankan.

Pd hari khamis,start jam 4pg Ell rasa tk berapa selesa(tp lum sakit).bangun pagi tu mcm biasalah Ell siapkan bfast ank2 gi skolah n sempat lagi Ell basuh kain baju.Hari tu jugak MIL mintak hsbn antarkan dia ke bandar atas beberapa urusan.Ell pun beritahu kat hsbn yg Ell kene ikut sama sbb Ell dh mula sakit perut 45-50minit sekali(tp bila sakit dtg,cuma 5saat je).Yelah,mana tau buatnya urusan MIL masih lum selesai n Ell pulak kat rumah dh sakit kuat,tk ke leceh hsbn nk balik amik Ell n patah balik semula ke hsptl Pontian tu.

Dh siap semua hal2 MIL (siap belanja groceries lg)jam dh kul 11.35pg.Hsbn tnya nk singgah hsptl ke nk balik dulu.Ell kata balik jelah dulu sbb nk berebut ambik Dina balik sekolah pulak jam 12tgh hari.Lagipun,kalau apa2 sempat lg nk bekejar kehsptl (ayer baloi-pontian ><15-25minit)

Singgah sekolah Dina n terus balik rumah.Ell pun mula tk senang duduk tp masih tk sakit kerap sgt,cuma ringan2 je (mcm sakit masuk angin).Makin lama,makin resah..Ell duduk,bangun n beberapa kali keluar masuk toilet buang air kecil.Bila dh kul 1.10tghhari,hsbn pun terus ajak gi hsptl.

~sekadar gambar hiasan~

Sampai hsptl,midwife check bukaan jalan rupanya dh ‘almost’ (8cm)kalau nk teran dh boleh sgt dh..(berani btl wat keje gila camtu,buatnye trberanak..sapa nk jawab!) Ell pun masih boleh jalan lenggang kangkung je masuk dlm labour room,ngam2 tengah azan zohor (1.36tgh hari).Kat dlm tu,Ell buat CTG but bby still ‘sleeping pattern’ n yg midwife tu risau sgt air mentuban Ell dh tak de..tah bila water bag tu pecah Ell pun tk perasan.Dia tnya tanda2 lain,Ell kata takde..n segere tu jugak darah kuar sket.:) bahaya jugak kan rupanya bila tak de air mentuban tu.Dia cucuk jarum kat tgn Ell ni, n masukkan air n serta merta rasa nk meneran.

Midwife yg muda2 n sgt baik budi pekerti, tenangkan Ell sambil urut2 tulang belakang (Ell mengiring).Dia kata kalau dh ready bolehlah terlentang n teran.Ell pun malas nk buang masa(lg cepat,lg bagus kan..) terus trlentang,tarik nafas dalam2 n teran sekuat tenaga yg Ell ada.Alhamdulillah..tepat jam 2.10ptg dgn sekali teran je bby dh kuar.nasib baik hsbn sempat sampai sblm Ell teran.semuanya berlaku mcm sekelip mata..:)

Bdn pun dh menggigil.. Ell rilex,berbual2 ngan midwife tu yg sambil buat keje pembersihan..Ell pun dh ready,tenangkan hati nk tunggu dia jahit..tp syukurnya ya Allah..dia kata Ell tk perlu nk jahit apa2 coz tak de luka koyak pun.Maklumlah..sakit time jahit tu perit jugak nk handle.

Buat pengetahuan u’ols, sahabat Ell..ini adalah kali ke-2 pengalaman Ell tak de jahit bersalin.Tips yg Ell belajar disamping doa amalan dn zikir,teknik mesti betul.Time teran tu,pegang kedua2 belah buku lali kaki dgn tgn n tundukkan kepala ke perut.Yang paling penting,jgn sekali2 angkat punggong sbb ada kemungkinan akn trkoyak.tp kalau koyak pun..sikit jelah jahit nyer..(Insya’Allah..)tp kalau 1st time,Ell rasa perlu jugaklah gunting sket kot..oh lagi satu petua katanya,bukak ikatan rambut kalau rambut panjang yg berikat.Ni semua midwife tu ajar.

Andai kata mmg dh ditakdirkan kena belah bhgn perut tu..mmg tk boleh nk cakap apalh kan.Mcm sorang kenalan Ell,punyalah perit nk teran n bby hampir nk keluar( sbb dh nmpk kepala) tp tk lepas jugak trpaksa belah gak perut dia.Mak dia sampai ckp anknya tu azab betul nk bersalin..Masya’Allah..
Sbb tu wanita2 yg hamil ni dinasihatkan bnyk2lh berbuat baik lebih2 lg pd suami n org tua.Yang paling utama amalan ketika mengandung tu (sprt yg pernah Ell published dlm n3 “bayi hilang dalam kandungan”) n bnykkan berdoa sblm menjelang bersalin (dlm n3 trdahulu “menjelang bersalin”).Mudah2an semua akan berjln lancar berkat pertolongan Allah.

Dracula?~

Posted: 15/01/2010 in info, others

Friday,Jan 15,2010

jaga..die dh aim tu..:)

Tak de apa nak citer lah u’ols..tp sementara nk tunggu time nak bersalin ni,kena jugaklah update blog ni sekali sekala.Arini Ell nk citer pasal kelawar besar/kluang.Kelawar besar/kluang ni hsbn amik gambar nya tergantung kat pokok mengkudu dirumah kawan dier…tanya watpe amik?die kata kesian kelawar tu patah sayap..saje je amik gambar.Lagipun bukan senang dpt tengok kelawar dekat2 camtu.

Hehehe..Ell pun seram takut2 buatnye kena geget kat tengkuk hsbn leh jadik vampire.Hahaha.

U’ols tau tak dracula the vampire kelawar jadian yang sering dikaitkan dengan makhluk jadian yang sangat terkenal tu.Kononnya ia merupakan penghisap darah manusia dan tinggal di istana.

Didalam kisah underworld, vampire merupakan komuniti bangsawan bertaraf tinggi dan maju dan raja vampire pertama merupakan Marcus anak Cornelius diikuti oleh Victor, Lucas dan Emilia.Ini dlm citer je..

“Dracula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk ‘Dracula’.Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula atau lebih dikenali sebagai Vlad Si Penyula?Nama sebenar tokoh itu adalah Putera Vlad tetapi beliau lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu Dracula.

Beliau juga memiliki cara tersendiri menganiaya rakyatnya. Vlad pernah menjemput golongan miskin dan berpenyakit dari Wallachia dan menjamu mereka makan di sebuah dewan. Selesai makan, dewan itu dikunci dan dibakar. Beliau menganggap pembunuhan itu sebagai satu cara untuk melepaskan negara daripada bebanan menanggung kebajikan hidup rakyat miskin selain supaya negaranya tidak lagi memiliki rakyat berpenyakit.

Selain Vlad III Dracula, sesetengah penyelidik lain percaya Stoker memperoleh inspirasi untuk menulis cerita Dracula selepas mendengar cerita mengenai Countess Elisabeth Bathory yang tinggal di sebuah kawasan berhampiran Transylvania pada awal kurun ke-17.Elisabeth dilapor menyeksa dan membunuh 650 anak gadis tempatan. Selepas membunuh tahanannya itu, Elisabeth didakwa meminum darah mangsa dengan tujuan untuk mengekalkan kejelitaan dan rupa paras yang muda.

Hakikatnya, Dracula sebagai hantu pontianak yang hauskan darah, hanyalah cerita dongeng dan tidak pernah wujud di mana-mana, terutama di Romania, sebuah negara Latin yang mengamalkan ajaran Kristian kuno dan paderi masih mengamalkan upacara menghalau hantu.Bagaimanapun, kehebatan novel terbabit menyebabkan Dracula menjadi makhluk legenda dunia dan kewujudannya dianggap seolah-olah benar dan masih menghantui dunia sehingga kini.”

So,takyah lah Ell takut hsbn kena geget ke hape kan…tulah, lebih sgt pengaruh movies nih.:D