Archive for the ‘recipe’ Category

>

Lama dah tak post n3 resepi masak memasak ni.Maklumlah..zaman sekarang ni ramai dh yg pandai memasak tahap master.Kalau resepi yg ala2 je tu malas ah nak publish..buat segan je.Coklat kek ke,ciskek ke,cupcake ke…Org lain lg dh expert.Tapi resepi hari ni Ell rasa lama dah tak buat..Ramai jugak yg tanya camner nak buat kerabu pucuk paku ngan kerang ni.So,Ell publish kat sini biar d’ols refer ke sini je .Senang kan.

Tu diaa..lebih kerang dr pucuk paku.Pasal tu nama dia kerabu kerang pucuk paku.Kalau kerabu pucuk paku dgn kerang…dh tentu pucuk paku lebih bnyak dr kerang..hahaahah gasak ler,korang paham ke.

1 Ikat pucuk paku perak(mcm dlm gambar yg digoogle ni) 
1 Genggam taugeh
Sebiji limau nipis
4 Sudu besar santan pekat
1/2 Kilo kerang
(rebus sebentar & buang kulit)
3 Sudu besar kerisik
Gula dan garam

DITUMBUK (mcm sambal belacan)
3 Biji cili merah
3-4 Biji cili api
(tambah jika ingin pedas)
4 ulas bawang merah
2 Sudu besar udang kering
(disangai)
atau gantikan dgn belacan

CARA MEMBUAT:-
1. Siang dan Celur pucuk.Begitu juga taugeh, sebentar sahaja.
2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang
Ok,SELAMAT MENCUBA
Ell meratah mcm tu je…ini jam ai tak layan nasik..heheh
Dasyat nama kuih ni,actually biskut.Boleh dikatakan kategori biskut raya la..tapi belum raya dah abes.dan jangan nak mengaharap nak buat lagi..heheh malas!!!

Sebenarnya 1st time buat..rasanya pun sebenarnya Ell tak tau..tengok resepi mcm senang,pastu dr kata2 survey kuih ni sedap.Tu yang gigih nak menerai..Cepat na terpengaruh.Sib baik jadik n rasanya pun ok.
Meh Ell share resepi nak?

* 2 cawan tepung serbaguna
* 2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur
* 1/2 cawan gula
* 1/4 sudu teh garam
* 3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
* 1/2 cawan badam cincang
* 1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi
Ell guna yg ini
Topping
* Putih telur 2 biji
* 1/3 cawan gula halus
* 1/2 cawan hirisan badam

  
Directions

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. 
2.Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.
3. Perhatian: Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 – 20 minit.
4. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.
  
Topping

 
6. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat.(pantang katanya kalo terkena air/minyak)

7.Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat. 
8.Sapukan meringue (adunan putih telur) diatas jam dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam.
9. Bakar pada suhu sederhana selama 8 – 10 minit atau lebih sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit. 
10.Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.
 Ini adalah gambar asal dari resepi yang Ell ambil.tapi pasai apa Ell punya shape bulat2 aih…ha,tu dia kalo hangpa nak tau keje orang gatai tangan la tu…Pastu bila tengah2 buat baru kata aduhai..watpa la gi buat shape bulat2 ni..buang masa betui la.Serius nyesal sebab apa,kalo ikut cara asal senang ja,time sapu jam n meringue tu bubuh pastu kasi rata ja..n bila tabur badam tu tabur je la..yg pegi gatai buat shape bulat2 tu pasai apa lh kan..leceh!

Ok,u’ols nak try boleh terai..simple tapi sedap.Percaya k,tk kan mengecewakan u’ols…
SELAMAT MENCUBA

>Murtabak Popia

Posted: 12/08/2010 in food, murtabak popia, recipe

>

Bismillah…
Resepi ni selalu untuk minum petang atau sarapan pagi,apa kata lepas ni boleh terai untuk menu sahur pula memandangkn kita dibulan puasa.
Bahan2:-
tuna dlm tin(ambil isi)/ayam cincang/daging cincang
2biji cili merah(hiris halus)
1biji bawang besar (dicincang dadu)
1 biji telur
sedikit garam
1 sudu serbuk kari
kulit popia
sebiji kentang(didadu)
minyak masak untuk menggoreng
Cara:-
1.panaskan minyak,tumis bawang besar cincang,cili merah cincang bersama ayam/daging/tuna
2.letak sesudu serbuk kari dan garam secukup rasa
3.tutup api dan pecahkan sebiji telur.
4.Bentang kulit popia dan bubuh inti diatas kulit popia 
5.bungkus segi empat seperti murtabak.Tapi bertemu bucu
6.panaskan sedikit minyak pada kuali leper(non-stick)
7.goreng bungkusan popia diatas api perlahan sehingga keemasan.balikkan untuk masak bahagian atas pula.
6.Hidang bersama sos cili.
Ok,agak2 masa mcm tak cukup utk sediakn bende yg remeh2 ni kan..Ell cadangkan sblm masuk tido tu siap2 kn bahan dn bungkus membungkus tu..kendian simpan dlm fridge.Bangun sahur tu goreng n mkn panas2.
SELAMAT BERBUKA PUASA 
UNTUK HARI INI
DAN SELAMAT BERSAHUR 
UNTUK HARI ESOK
  
   Bismillah..
Harini Ell nak kongsi resepi cookies yang sedapnya ala2 famous amos u’olss.:)
Kebetulan,semalam Ell buka fesbuk ada fanpage yang banned seorang makhluk Allah.Puncanya sebab dia MENYATAKAN PENGHINAAN  yang sangat2 KETERLALUAN.Ada ke dia kata Johor ni hina hanya sebab takde famous amos.Pasal famous amos je tuh.Boleh terima akal ke…Aduhai…nak bergurau waimah nak mengeluarkan kata2 tu fikirlah dulu.Agak2 sket kan.Dah lah mencari rezeki di bumi Johor.Sbnrnya bknnya tk de FA tu,tp cuma agak jauh dri tmpt dia je ..kt Senai Airport. 
Ell pun tak nak lah komen lebih2,bulan ramadhan pun tak lama je lagi.Ell mmg suka gak FA ni.Ssekali klau tringin sngat tu gi lah cri kt Senai,klau tk pn buat je sndiri yg akan2 rasa cam FA.Jd skrg eloklah kita bersihkan hati,maafkan sesama manusia.Dosa memang dah banyak,nak tambah lagi dengan memaki2..tak guna.Tapi sejujurnya,memang SENTAP OKEH!!

 Bawah ni gambar yang hangat tersebar meluas tu.Ell tak koser nak blurkn orgnya…Tengok jelah sendiri.

-klik gambar utk gambargajah-

Ok lah,ni hambik resepi cookies yang ala2 famous amos tu.Mungkin rupanya agak palik n lain sikit dri FA tu tp apa yg pnting rasanya marbeleste seakan2 FA tu.Dn utk pengetahuan smua ttg bentuk n rupanya boleh diadjust kita sndiri ikut suka.Jd lepas ni harap2 tak maulah lagi keluar statement yang macam  Nor Azita Osman ni ye..:)
Bahan2:-
1 cawan butter
1stgh cawan tepung gandum(diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat(ayak bersama tepung)
1 sudu kecil baking powder (ayak bersama tepung)
1cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 stgh cawan oat (mesin halus)
choc chips
sedikit garam
coklat cadbury (parut)
2 biji telur
1 setengan cawan kacang walnut/hazelnut  (ikut suka)dicincang
1 sudu kecil esen vanilla
Cara2:-

1.pukul butter dan gula hingga kembang
2.masukkan telur dan vanilla,pukul lagi sampai kembang
3.masukkan tepung,oat,garam,baking powder dan soda bikarbonat dan pukul sebati,jgn kembang
4.masukkan choc chips ,coklat cadbury parut dan kekacang,gaul rata guna senduk saje
5.sudukan dalam loyang pembakar,dengan jarak 2inci
6.bakar 15 minit dengan suhu 170′
Rasanya memang saling tak tumpah macam famous amos nye cookis.tak caya u’ols boleh terai selepas ini.:)Tapi yang Ell buat ni tak tau apesal jadik leper..mungkin terkurang tepung atau terlebih butter.Minta maaf ya,step ke6 dan ke7 tiada didalam gambar..:)
Selamat Meng’cookies..:)

 
Pagi ni Ell sarapan ubi rebus yg empuk cicah sambal tumis ibu mertuaku.Fuh! lazatnya..sehingga menjilat jari gitu.:)
Sebab apa Ell kata sambal tumis ibu mertuaku? Sbb,sambal die lain sket dr lain.Mak mertua Ell ni,kalo ubi rebus..sambalnya mmg ada special sket.Kalo ada ubi rebus,mmg ini ler sambalnya.Kalo nasik lemak,nasik lemak punya sambal.. dia mesti campur udang halus ngan ikan bilis.Kadang2 sambal sotong kembang.
Ok,sbb apa Ell kata special? Sbb,dia campur semua jenis lada utk sambal tumis ni.Pastu tumbuk jgn sampai lumat sangat.Allamak aiiii..tu yg sedddappp!

Bahan2:-
4 biji lada hidup merah
4 biji lada hidup hijau
4-5 biji cili padi
sesudu lada kisar/lada boh
belacan bakar
ikan bilis (kalau dh halus,takyah tumbuk)
gula
garam
sekeping asam gelugur/keping
minyak utk menumis

Cara2:-
1.Tumbuk sampai hampir lumat semua bahan.
2.Tumis mcm biasa buat sambal tumis.
3.Tabur gula dan garam,kemudian asam keping.rasa
4.Tutup api dan bolehlah dicicah dengan ubi.
Pastikan ubi dah siap direbus…
Ell penah terai,tp tak sesedap yang mil buat.Mmg nak kena air tangan dia jugak…hehe.
JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)

Salam..
Aduhai..hampir dh nak koma blog Ell ni yer.:)
Takpe,buat permulaan dh tersedar nak update blog ni,Ell post n3 resepi ni dulu.Org kata kalau baru bangun tidur tu selalunya lapaar..:P
Menu ni Ell buat semalam.Ell pun rasa mcm tak berdaya je nak menguruskan hal2 rumahtangga ni,jadi masak pun ala kadar jelah.Kesihatan yg teruk agak banyak menguji kesabaran.Itupun sbb mengenangkan ank2 nak mkn plus anak2 sedara yg Ell n hsbn tengok2kan.Mak ayah d’ols gi umrah.D’ols ni dh besar,tk bnyk kerenah.Harap d’ols pun tak kisahlh bab2 makan nih.

 Bahan2:-

 Bahan utama mesti ada pasta.Tak kiralah pasta jenis apa yg nak diguna.Ell guna fettucini yg mcm dlm gambar ni.
~ 2-3 biji bawang besar cincang
~ 3-4 ulas bawang putih cincang
~ daging cincang atau tidak -ikut suka
~ sosej bape bnyk ikut suka -potong bulat2
~ meatloaf bape keping ikut suka -potong 4
untuk ganti krim:-
~ 50gm butter + 2sudu tepung gandum + air panas
(kacau rata)
~ 1tin susu cair (ganti susu segar)
~ McCormick mix herbs (brand apa pun ikut suka) asal ada
~ cendawan apa2 jenis
~ 1-2 sudu serbuk pati ayam (ganti stok ayam)

Cara2:-
1~Cairkan butter dlm kuali
2~Tumis bawang merah dn bawang putih

3~Dah naik bau,masukkan daging dan mix herbs.Biar daging empuk sekejap
4~Masukkan meatloaf , sosej dan cendawan

5~Tuang setin susu cair,tambah setengah tin air dan serbuk pati ayam
6~Tuangkan krim butter + tepung tadi dan kacau segera
7~Biar mendidih dan tabur sedikit garam ikut suka.
Hidang panas..barulah Voilahhh!!
*Memandangkan bahan2 nya bnyk ‘ikut suka’ so,Ell olah ‘ikut suka’.Tak perlu nak trikat sgt dgn krim n fresh milk.Apa ada kat umah tu leh jadi bhn..asal makan tak masuk hospital sudah..:)
JANGAN LUPA 
KLIK SINI

Jemput2 Sukon~

Posted: 18/05/2010 in jemput2 sukon, recipe
 Ini adalah pokok sukun.Kat kampung2 banyak pokok ni.Ell tak tau kat bandar ada tak jual buah dier.

 Inilh buahnya yang bernama sukun itu.:) Ada sesapa yang tak kenal? mungkin u’ols kenal dengan panggilan breadfruit.Biasa orang buat goreng je isinya kan..mcm pisang goreng tu..tapi jangka hayat buah sukun yg dh jatuh dr pokoknya ni tak lebih dari 4hari.Makanya bila buah sukun ni dah lembik yg kdg2 u’ols ingat nak busuk tu,boleh buat cekodok,cucur atau orang Johor panggil jemput2.

 ~memula u’ols kenalah buangkan kulit dan empulurnya.
~pastu lecek sukun mcm nak buat cekodok/cucur pisang

 ~campurkan 2-3 sudu makan penuh tepung gandum
~2-3 sudu makan rata gula pasir
~sedikit garam
~gaul sebati
~panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa

~siap dihidang panas untuk minum petang.
JANGAN LUPA