Archive for the ‘wedding’ Category

Saturday,Dec 12,2009

Masa Ell ke KL aritu Ell ada plan utk buat beberapa perkara,tp sayang nya hajat tu tak kesampaian.
Hajat 1:-
Ell sempat mengucapkan ulang tahun kpd teman blogger yg membuatkan Ell terjebak dialam blog ni (tp dia dh dekat setawon tk update blog).Tengah2 malam Ell wish tau,sharp kul 12mlm.Tarikhnya sama ngan Aryan(my son) 26th Nov. Konon2 esoknya naklah berjumpaan kan,alahai..nasib mmg tak menyebelahi kami.Dia kerja lagi rupanya sebelum cuti raya haji.Abis,nak wat camner…memandangkan rumahnya dekat ngan rumah SIL4,sebelum Ell ngan family gerak ke Petrosains tu,Ell sempat bertanyakan alamatnya.Ell terpaksa jugak singgah rumah dia hantar hadiah sempena perkahwinannya yg berlangsung pada hari ini 12/12/09.Dah siap2 dr kampung,takkan nk bawak balik semula ye tak?

Ini kad jemputan nyer…Nice,Ell suka.simple je. Ell plak mcm tau2 je kad nye kaler biru,hitam,putih.hehehe..Hadiahnyer pun lebih kurang sama je…

Inilah dier pengantinyer…
TAHNIAH DITOTT!!
Selamat Pengantin Baru
Selamat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan semoga dilimpahi rahmat yang berpanjangan agar kekal bahagia selamanya..
AMIN…
(sori ditott Ell amik gambar ni dr blog ditott tak mintak izin pun)

Heheh..nak jugak menempel gambar.Bukannya aper..ni bukti yg Ell mmg dh singgah umah Ditott.Time ni tgh tunggu mama ditott amik invt card dlm umah..Adui..beria2 mama ditott suh dtg hari ni. “Maaf ye Ditott..kalau lah boleh,Ell pun suka nk meraikan pengantin baru apatah lagi kat tempat yg best mcm RESTORAN CERANA tu.”

Hajat 2:-

Nak jumpa blogger gak..yg ni konon2 dh plan baik punye..alih2 ada jugak halangan yg dtg.Balik dr Petrosains tu(evening 26th Nov),Ell inform lh ngan sidia ni yg Ell dh beralih rumah di Shah Alam.Dia kata ok,kalau nk meetup..anytime,anywhere..Seharian tu Ell pun dh letih kan..so,Ell putuskan utk berehat jelah mlm tu…Esoknya pulak dah raya,Ell pun sibuk jugak kat dapur..jawabnya terpaksa berdiamlah sampai kerja2 semua selesai..sebelah petangnya pulak we’ols sefamily raikan hari jadi Aryan..Siannya sidia menunggu2 panggilan Ell.

Malam tu,Ell rasa Ell dh free.Ell pun dh sms dia bagitau nk jumpa kat mana.Alih2 hsbn pulak ajak gi MYDIN usj.Ell tanya dia kalau2 dia boleh jumpa kat area situ.Ell pun dh tau dia agak kejauhan sbb dia duk kat Klang.Jawabnya tidak lah berjumpa pd mlm tu..dan 2 hari berikutnya kami sama2 ada programme tertentu yg membuatkan tak dpt dipertemukan..:( (NUR KASIH last episode pun tak dpt tengok..:( )

Atune nilah yg Ell berhajat sgt nk jumpa..dia nk menamatkan zaman bujang dier pada krismas nnt.(25th Dec 09).Adui..sedih rasanya tak dpt dtg ke majlis tu nnt (takut plak terberanak tak cukup bulan..:D )Tulah yg Ell teringin sgt nk kasi dier adiah ikhlas dr hati.Nak jumpa pun tk sempat,apatah lagi nk kasi adiah tu.Makanya Ell terpaksa mengusung balik kekampung semula.. “Tp beb,aku dh pos hari khamis tau.ko tunggu depan umah eh.”

“Beb,aku curik satu gambar ko kat photobucket.Sori eh..Aku rasa ni ko punya bakal kan…”

Apa2 pun Ell tolong dokan pada teman yg ini, semoga semuanya berjalan lancar sprt yg dirancang.Harap2 atune bahagia jadik isteri orang.:)

Motip cendawan ni,sbb si Atune ni mengusahakan tanaman cendawan..pulak tu ada plak dia sebut nk kasi cendawan bila nk jumpa tu nnt.Bila tk jumpa tu..teringat plak kat cendawan yg putih mulus ni. “beb.ko takyah susah2 pos kad kawen..ko poskan cendawan udah lah yer..” ๐Ÿ˜€

Hajat 3:-

Adoi yai…yg ni buatkan hati Ell menyirap sket.Ada ke masa arijadi Aryan tu hsbn tak snap gambar langsung.Yang nephews klik sana klik sini pun boleh tak mintak copy gambar tu,bila mintak emelkan gambar..senyap membisu semuanya,sudahnya sampai sekarang Ell tk dpt nk post n3 arijadi Aryan.Takpelah,tak de apa pun..sederhana je.mkan apa yg ada.Hari rya kan..juadahnya juadah raya lah.Tp cake mmg super delicious.Chocolate strawberry cake beli kat secret recipe.

Gambar ni amik je kat www.secretrecipe.com.my
huhuhu..terasa2 plak kat tekak..:)
*1st time nk jumpa ngan ditott..
*3rd time dgn atune..
*tapi…..
Advertisements

Wedding

Posted: 12/10/2009 in danga bay, wedding

Monday,Oct 12,2009

Open house,kawen..hah! tu le dier tetiap weekend lps raya nih.Penat jugak nk bawak badan kesana kesini.Dengar mcm best je kan bila ada mkn2 nih,tp tk terjamu dek mknn yg terlalu bnyk.Dan..disebabkan dh bnyk sgt g majlis2 cenggini,malas dh rasa nk stori mori.
Tp yang satu ni agak special sket sbb boleh lah dikatakan gerando yang bermaksud ‘GRAND’ .hahaha.. (ni pengaruh citer latin lah nih) . Ok,apa yg best sgt nih.
1.Majlis perkahwinan diadakan di dataran Rumah Limas,Danga Bay,Johor.
2.Siap dgn tema moden tradisional..tetamu yg dtg mesti pakai baju melayu tradisional.Tp pihak lawan ‘non ado’ yg ikut tema.
3.Dan, dia kawen dgn ‘omputih’ berbangsa JERMAN.
Kalau nk citer apa lg yg best letih lah.. itu tk trmasuk lg pengantin dibawak keliling Danga Bay dgn Tram..Ish! bnyk ler acaranya.
Selamat pengantin Baru kepada
Mohd Nizam
&
Khatarina Mieess
Oh ya,majlis ni sebenarnya minggu lps punyer.. dan yg mengundang we’ols ni adalah ibu kepada pengantin lelaki yg merupakan saudara kpd MIL.Pengantin lelaki ni kerja dn menetap di Dubai kemudian bertemu jodoh dgn gadis Jerman.Gitu ler kaedahnye.
Kat bawah ni antara gamabr yg diambil :-
Khemah tetamu dn atas rumah tu,tempat didirikan singghsana raja sehari.

Pengapit pengantin, pakai baju tradisi scottish..tp jgn tak caya tau,ada jugak yg pakai kimono tgh2 matahari mencacak atas kepala tuh.haish,gasak ler..

Upacara tukar menukar dulang hantaran.C my MIL..control ayu gitu..;)

Tarian tradisi Johor.Zapin mesti ada kalau nk buat majlis GRAND

Gambar candid tah hape2 tah..syok sembang ngan dak kecik tau.

~Dina~

~Aryan~

Baru Ell perasan gambar Marsha(1st dotter) takde.Konon2 nye malu nk bergambar…

Dah habis mkn semua,we’ols round2 Danga Walk walaupun majlis lum habis.

Monday,March 23,2009

Ell sudahkan cerita Raja Sehari yang tertangguh kelmarin dengan rangkaian gambar2 dihari persandingan.Serba sedikit Ell letakkan didalam catatan kali ini untuk tatapan kalian.

Raja & Permaisuri diarak menuju istana(chewah..) dgn paluan kompang sbg tanda ketibaan Raja sehari kita.


Sebelum disandingkan disinggahsana,kedua mempelai dipersembahkan dengan silat pengantin.


Adad orang Johor baling ambur2 ini harus ada..(baling syiling&gula2).dulu2 orang2 tua kita akan panggil kanak2 sahaja,tp zaman sekarang ini,mak2 budak pun ikut sama..:)itu namanya rezeki trcampak ya..tidak harus ditolak.Ianya sebagai simbol moga dimurahkan rezeki ๐Ÿ˜‰

Pulut Kuning bertatahkan Udang


Antara menu yang trhidang untuk santapan Raja Sehari dan pengiring2 pengantin perempuan..
Acara menunjukkan bakat trpendam disamping meluahkan rasa cinta melalui nyanyian lagu ๐Ÿ™‚


Antara hasil kerja ala2 pakar oleh anak saudara ..
Kamar beradu yang dihias sederhana
tidak ketinggalan tumpang gembira..si Aryan budak fontel.
*ayat Ell ala2 skema ekk.hahaha

Postdated N3 ~Singgahsana

Posted: 16/03/2009 in BIL, wedding

Monday,March 16,2009

Pssst!! U’ols..Ell kan,sebenarnya dh mula segan nk citer pasal weddings nih.Yelah,sudah 3 purnama lamanya berlalu..:P Tp memandangkan Ell dh janji ,maka wajib lah Ell tunaikan.Kalau tk,Ell sendiri pn tak senang duduk dibuatnya..Owh,kelewatan post n3 ni tk dpt nk dielakkan disebabkan semua photo collection tk de dlm simpanan Ell.So,satu2nya harapan is menunggu copy dr nephews ni lah.Org2 yg brtanggungjawab mengambil gambar hari kejadian.

Ash,Rui&Qim with Pengantin

Okeh,sprt yg Ell khabarkan..Ell&Hsbn sbg wedding planner yg tk brtauliah ni memilih theme garden n tradisional concept.Dan,mndapat prsetujuan dr semua pihak. Mngkin tk se’gah’ mana tp we oll’s decide nk keep it clean ,simple..just nice

dan hasilnya…




Raja & Permaisuri duduk dgn bergayanya diatas pelaminan..:)


antara minah2 (nieces) yg nk enter frame jugak..

Marsha n Kak Hana (Rui sister) ‘try test’ pelamin (the evening before majlis)

clean, simple..n just nice
All together..the pelamin, the dresses, the deco n the make-ups for just only RM750. Kira murah kn…?zaman sekarang susah nk cari harga yg baik mcm ni…n ell dpt tau,start Jan 2009 lepas , owner bridal house tu dh naikkan harga semua package sehingga 30%-40%.Wah..mmg untung ell gi booked cepat2.Ingat ya..seawal 6 bulan sblm tarikh majlis perkahwinan.

Ell juga ada sediakan panduan perkahwinan yang berhemah utk rujukan u’ols.Kalau rasa perlu boleh cari DISINI

*Nanti Ell upload lagi gegambaran pengantin dan majlis.
*thnx to RUI for the great pictures.

‘Limau Mandarin’

Posted: 30/01/2009 in BIL, fruit, wedding

Friday,30 January,2009

Tak de apa sgtlh Ell nk cite kali nih.cuma nk cite sket lg je mengenai BIL weddings aritu.Nk publish gambar pengantin pn nephew tk kirim lagi..:(

Masa sesi membungkus telur pindang tu kan..Ell ngan hsbn gi BP (batu pahat) beli limau utk ‘pencuci mulut’para tetamu.tu yg Ell tk dpt nk snap gegambaran waktu kejadian mengisi telur dlm bekasnya tu.. Tp kn,ini bkn limau oren yg busuk, berulat tu ye…nmpknya semua ok.

Ha…nmpk tk berapa bnyk we’ols borong..Ye lah,nk menjamu tetamu lh gamaknya..
Kita org beli 50 kotak size s, yg dlmnya ada lebih kurang klau tk silap 33-36 biji dgn harga RM6.80 sekotak.Kira ok la hrganya..masa tu lum CNY lagi…Tp kn masa last year punya CNY (3-4 mnggu slps CNY) kt Pontian n Benut hrga limau2 nih smuanya jatuh cuma tnggl rm3 je sekotak. Alasan smua org2 yg jual nih tkut busuk. Baguslh cam tu..tk trlalu tamak haloba.Dia org nih kena sedar skit jual mahal2 pn klau org tk beli buang gak nnti klau bsuk.,dia org gak yg rugi.Mcm nih ok la kn dia org dpt gak dr tk dpt wlaupn kira blik modal atau pn dpt cver skit drp rugi.Kt hypermarket2 pn masa tu tnggl rm5 aje..

Memula tu kn..dh suspen gak tau..takut tk muat nk letak kotak2 limau tu dlm kete..bayangknlh 50 kotak.Tp sib baiklh hsbn Ell boleh dikatakn hndal meng-adjust2 bnda nih..selamat lh seat Ell n Aryan.kalau silap khidmat..ntah2 Ell brtenggek atas kotak. ๐Ÿ˜€
Bkn setakat tu je..on the way blik singgah lg tmpt laen beli bawang besar 5 bag (tambahn)…adoii la..,sib baik muat.
Kira puas la tetamu yg dtg dijamu ngan limau ni..ada gak yg tapau bawak balik…:)

*we’ols dh merasmikan CNY dulu..ihiks*

Tuesday,20 January,2009

Okeh alls,arini Ell cite sket pasal telur pindang ekk.
Setahu Ell asal usul telur pindang ni dr Johor..Warna coklat gelap n rasanya sedap dgn campuran pelbagai herba ,rempah dan daun2…rasanya tak boleh nk describes tp mmg unik..Pd sesiapa yg dh pernah mkn atau mmg suka telur pundang ni tau lh rasa die…Biasanya telur pindang ni org buat masa ada special occasions je sprt perkahwinan. coz cara membuatnya harus teliti n cerewet..
Bahan2 yg mesti ada utk membuat telur pindang
DAUN2
daun senduduk
daun manggis
daun jambu batu
daun bebuas
daun serai wangi
daun salam
daun limau purut
daun lengkuas
daun pandan
kulit bawang merah n putih
REMPAH2
ketumbar
jintan putih
jintan manis
jintan kasar
jintan halus
halia
lengkuas
cili kisar
bawang merah
kicap
kari
garam
(campur semua)

Mula2 basuh semua telur yg diperlukan utk membuat telur pindang.Dan guna telur yg segar sahaja~

Section lain,leraikan daun2 dr tangkai~

Rempah2 yg telah dicampur dan dibancuh supaya sekata~

Sebhgn daun2 yg sedia digunakn utk dibuat lapisan demi lapisan~

Cara malapis dgn meyusun daun2, diikuti dgn telur dan rempah yg tlh dicampur.curah rempah biar rata..dan ulangi langkah menyusun sampai habis~

Bahagian atas periuk ditutup dgn semua jenis2 daun yang ada termasuk kulit2 bawang.Nk kenduri ni mmg senang nk dpt kulit bawang yg bnyk.Kemudian masukkn air sebnyak mana mengikut kuantiti telur~

Siap semuanya, telur direbus mengambil masa selama 2 1/2 hari hingga 3 hari bg memastikan keseluruhan telur mendapat warna dan rasa yang sekata.Dan yg penting sekali tahan lama..Tp aritu we’ols rebus 2hari setengah .

Selesai proses merebus slps 3 hari, telur dikeluarkn dgn hati2. Asingkan daun2 dan telur..Tp tk semua telur masak dgn elok.ada juga beberapa biji pecah.Makanya yg pecah tu we’ols dh ‘ngap’ dulu lh ye..

Dh keluarkn, satu persatu telur harus dibersihkan .Dh siap lap tu,pandai2lh nk isi telur tu dlm apa ekk..ikut kretiviti sendiri…

Lupa plak Ell nk snap bekas telur arituh.

Ell mmg suka telur pindang nih.rasanya yg best tuh mmg tk boleh lupa tau…lebih2 lg kalau time panas yg baru lps angkat…fullamak…U’ols just imagine the taste rempah2 n daun2 tu…mmg tk mengecewakn..

*Sanggup tau Ell tunggu step by step sampai 3-4 hari utk buat n3 special utk u’ols nih.

khemah n canopy

Posted: 13/01/2009 in wedding

Tuesday,13 january 2009

Ell nk sambung lg cite wedding nih.hehe ada yg boring ke..?tp Ell rasa tk senang hati la kalau cite2 BIL wedding ni tk habis lagi..So,u’ols..redha je la ekk.hahaha
Our theme is putih & hijau lumut.So nice…dgn concept classic garden.Tp semua family member tk lh diwajibkn memakai hijau..apehal plak ngan pengantin ye tak? kang pengantin hijau sedare mare hijau..tk jumpa plak pengantin…So,semua dh decide memakai pakaian rojak,ikut sukati..
Dan,pada hari selasa dh siap naikkn khemah n canopy.Ya,so early kn..tp mmg bagus la hasil kerja d’ols tuh.Ptg jumaat baru kerja2 mendeco dijalankn…Sgt chantek dgn harga yg brpatutan..

THE CANOPY



View dr dpn rumah menghadap ke jln.
KHEMAH

Left:khemah dj & karaoke
Right:khemah memasak (belakang)
n sewa percuma tempat basuh pinggan&cawan (warna biru) 2 tray
Overall, 7 khemah yg digunakn…dgn jemputan lebih kurang 2500 org yg hadir.
Ok u’ols,nnt Ell story lg pasal weddings nih.n tata for now…
*masih menunggu pics from our very own photographer, RUI..;)
So RUI,cepat dikit kirim gambarnya dong….