Archive for the ‘issue’ Category

Dalam Kandungan…

Posted: 06/11/2009 in info, issue, pregnant

Friday,Nov 6,2009

Ell ni sebenarnya dinasihatkan supaya bnyak berehat.Tp org kalau tk reti diam mmg tk senang duduk tengok kerja2 yg trbengkalai.Kenapa Ell ckp mcm ni,sbbnya semalam Ell gi klinik utk routine check up,sekarang dh masuk 7 bln..Ell kena gi klinik 2 minggu sekali.Semuanya berkeadaan baik dr semua aspek termasuklah tekanan darah Ell yg aritu agak rendah,sekarang dh ok.Ell jugak dh mula mengira pergerakan baby dr 9pg -9mlm.Kepala baby posisinya dh kat bawah,so Ell terpaksa kurangkan buat kerja2 berat takut kalau2 nnt Ell trberanak awal.Patutlah lately Ell asyik rasa sengal2 kat bahgn bawah.
Ell ni pulak jenis tak sabar,bayangkanlah tong gas yg berat tah bape kilo dgn isipadu 14kg tu..Ell angkat sendiri.Yang lain2 kosi meja ke,gobok ke..mmg Ell angkat sendiri nak alih kesana kesini , lebih2 lagi sebakul baju yg baru siap basuh tu (imagine baju sebanyak 2-3 hari utk 6org)So,Ell ni mmg degillah kan. Leceh nk mintak tolong hsbn buatkan itu ini.Apa2 pun alhamdulillah..Ell n baby sihat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

U’ols,Ell nak share clip ni ngan u’ols..U’ols pertimbangkan sendiri tentang kebenarannya..ataupun kalau u’ols nak kaji sendiri pun boleh.Klip ni menunjukkan reaksi bayi dalam kandungan yg dialunkan ayat suci Al-Quran berbanding sebelum diperdengarkan apa2 bunyian.
Selalunya kita disarankan utk mendengarkan lagu2 muzik mozart yang katanya bnyk membantu perkembangan dan kecerdasan otak bayi dari dlm kandungan,sehingga apabila dilahirkan pertumbuhan bayi akan lebih terangsang ke arah kecerdikan dan kecerdasan berbanding bayi yang tidak didengarkan muzik mozart.Sebenarnya Mmg ada kebenarannya.Tp bila difikirkan dan diteliti semula,ada juga yang berpendapat mengapa kita mesti dengarkan bayi kita alunan2 muzik sebegitu sedangkan kita sebagai umat Islam kan lebih elok jika didengarkan alunan ayat2 suci Al-quran lebih2 lagi ayat2 yang disarankan ketika kita hamil.
Bagi Ell,kita harus seimbang dlm semua aspek.Dlm perkara ni,Ell ambil sebagai elok kedua2 nya dan Ell amalkan mengikut cara yang Ell rasa baik.Apa pun kita teliti dahulu klip ini,lebih2 lg tindak balas serta perilaku bayi di pertengahan klip juga di penghujung klip yg dikatakan seakan2 bersujud di penghujungnya.Wallahualam..

Allah Maha Besar

Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang BENAR

Advertisements

Rahsia BESAR disebalik gempa!!

Posted: 09/10/2009 in info, issue

Friday,Oct 9,2009

Salam Jumaat..
U’ols, Ell ada sedikit info yang nak dikongsi bersama.Mungkin ada diantara u’ols dh mendapat pesanan ringkas melalui hp (sms) mengenai perkara ni.Tp Ell suka membuat satu post yg agak menyedarkan ini utk dijadikan iktibar buat diri sendiri.
Katanya,Gempa di Padang (Sumatera Barat) yang terjadi pada Rabu (30/9/2009) pukul 17:16 WIB berkait dengan surah ke-17 (Al-Isra) ayat 16 adalah mungkin peringatan dari Allah.Ini adalah disebabkan oleh pemimpin2 rakyat di Indonesia itu lebih mementingkan harta kekayaan sendiri berbanding hal2 yg berkaitan rakyatnya.Menurut pembantu rumah warga Indonesia yg bekerja dgn Ell nyer SIL,mmg pemimpin2 negara d’ols lebih suka mengumpul kekayaan padahal rakyat sendiri tertindas.Pendek kata,”yg kaya terus kaya,yg miskin semakin papa kedana”.
Berbalik pada topik ni, masa Ell dpt sms tu,Ell keluar rumah.Balik rumah je dgn serta merta Ell amik terjemahan Al-Quran terus Ell belek2 dan teliti.Ell cari serba sedikit info yang berkaitan.
Secara jujur memang Ell terkejut.Ok,jom kita semak sama2.

~Gempa pada jam 17.16 WIB~
Surah ke-17(Al-Isra’) ayat 16

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan(ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.
~Gempa susulan pada jam 17.38 WIB~
Surah ke-17(Al-isra’) ayat 38

كُلُّ ذَلِكَ كَانَ سَيٍّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

“Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu”.

~Gempa susulan pada keesokan harinya Khamis,1/10/2009
pada jam 8.52 WIB~
Surah ke-8(Al-Anfaal) ayat 52

كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَفَرُواْ بِآيَاتِ اللّهِ فَأَخَذَهُمُ اللّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya”.
Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk menganggapnya sebagai “kebetulan” atau “teguran dari Allah”.
Tapi cuba kita lihat dizaman Nabi Nuh.Apakah kita kira banjir di masa Nabi Nuh as dan azab umat terdahulu semata2 disebabkan kejadian alam? Bencana yang terjadi pun bukan sekedar hukuman kerana “murka”nya Allah. Ar-Rahman dan Ar-Rahim milik Allah jauh lebih tinggi. Jadi,semestinya kita ambil kejadian tersebut sebagai “bahan pelajaran” atau “iktibar”.

Apa perasaan U’ols setelah membaca terjemahan ayat tersebut? Tepuk dada,tanya selera.Yang penting,kita umat diakhir zaman ni,perlu saling ingat mengingati utk segera bertaubat.Subhanallah..
*Jujur u’ols Ell menagis nih.Mcm2 fikir tentang bunga2 hari kiamat nih.

Baru sedar?

Posted: 22/05/2009 in issue

Friday,May 22,2009

“Polis mahu istilah ‘Mat rempit’ ditukar kpd ‘samseng jalanan’ krn tindakan dan kelakuan mereka merbahayakan org ramai”.Hek’eleh…..baru sedar ke title ‘mat rempit’ tu buatkan derang makin rasa kononnya handal.Ell ngan hsbn dh lama meluat ngan title yg derang bg nih.Apa tk derang makin menjadi2 disebabkn gelaran yg boleh dibangga-banggakn tu.Dah mcm ada koloni.Yg kesian tu perasan bagus, guna moto kapcai/cabuk je..nk brlagak jaguh..pooodah citt!

Ell dh lama panggil derang ni ‘MAT BERUK SARKAS’ bersesuaian dgn perangai yg tk mcm org,ongket sana sini, supermanlh, apa2 lglh.Buruknya kelaku,handallh konon,seolah-olah pd dia tk de org lain lg handal,deranglh yg paling handal.Hoi..org lain bwk motor jgk,tp tkdelh mcm awak.Ell geram jugak sebenarnya sbb boleh dikatakn banyak juga kejadian jenayah yg melibatkan derang ni.Bukan setakat jenayah,Ell rasa kalau tk silap ada prnah ternampak figure lebih 50% kemalangan jalan raya disebabkan aksi menggila mat beruk sarkas nih.Menyusahkan org btul…

Pernah dulu SIL berenti kat traffic light di jalan raja laut,KL alih2 terbang si mat berok ni atas keta SIL n trsangkut kat cermin depan.2 lg kawan mat berok trsungkur atas jln.Sepantas kilat derang bangun n cabut.Tp yg teruk tu ditingalkn.Dpt gak heret balai,tp kena gak claim ins sndiri sbb yg melanggar tu tk de ins n road tax.tu yg leceh tu. Tp apa pun sipelaku tu kena 3-4 charges..Pendek crita..mmg menyusahkn btul…

Ni lg satu,sangggup derang brkorban nyawa nak dapatkan kepuasan semasa br’aksi’.ada yg snggup sbb nk dpt pompuan murahan. sstghnya sah2 amik dadah. Ell trbaca,kalau amik dadah derang akan trbayang konon2 jadi hero nk melawan dgn alien dn perlu menyelamatkan dunia. kalau tk trbayang pun..buat2 trbayang.hahaha sempit betul fikiran derang.Patah sana sini tk serik..mati kodok nnt baru thu.

Yang kesian nyer kat mak apak derang..punyalah happy nak sambut derang masa lahir,alih2 dh besar (taklah besar mana,spender pun mak belikan!!) gitu pulak perangainya.Dipijak2 nya lagi muka mak apak derang.(Ini peribahasa jer..menconteng arang kemuka dh tak relevan).Jadi budak2 hingusan ni,sedar2 lh diri..jgn nnt trlambat nak bertaubat kena sumpahan mak sendiri…mcm berok dlm gambar bawah ni. 🙂

Gelaran ‘MAT BERUK SARKAS’ atau ‘samseng jalanan’ hanya diberi dan dibawa oleh segelintir penunggang motorsikal tidak keseluruhan yg mana kita boleh kenal dari tindak tanduknya. Gambar diatas sekadar hiasan hasil cilokan dr google yg khabornya kena sumpah. 😀

*Ingat ya,jgn guna istilah mat rempit lg.

*Org lain bwk motor juga..tp berpada.

*Masa agak kesuntukan,ada kelapangan Ell jengah blog u’ols ya..

talk to you later..

~TTYL~

that b*st*rd peragut

Posted: 07/05/2009 in issue, ragut

Thursday,May 7,2009

U’ols tengok tak 360 kul 9 mlm semalam.Topik hospital kerajaan yg mcm pernah Ell utarakan isunya DISINI.Takde beza,lebh kurang je layanannya.Cuma Ell beruntung sket takde apa2 musibah yg berlaku.Mcm2 kisah didengar,Ell pun sedih,trharu n sayu jugak bila dengar mereka kehilangan org2 yg trsayang disebabkan sikap sambil lewa kakitangan hospital.Selagi sikap mereka semua tk berubah,selagi itu nyawa2 pesakit trancam bkn disebabkan penyakit,tp disebabkan sikap buruk acuh tak acuh tu.

Ok,sebenarnya bkn itu yg Ell nk citer utk n3 kali ni.Ell rasa nk share jugak pengalaman pahit yg pernah Ell lalui lebih kurang 10thn dulu slps Ell tengok berita mengenai kes ragut ibu hamil di Batu Pahat,Johor dan Kelantan.topik ni mmg hagat 2-3 hari ni.Oh…sungguh sadis..Lahanatlh hidupmanusial siperagut’ tuh .Kalau meragut rumput ada gak faedah.Binatang yg meragut rumput pun tk se‘binatang’ that b*st*rd peragut. Hish… gerammm2.
K, cerita mengenai pengalaman kejadiannya yg berlaku sendiri pd Ell. Time tu Ell baru brtunang.Kata org ‘darah manis’.Aset pun tk berapa nk ada..melainkan sebijik motor yg tunang(that time) ada n nk bergerak kemana2 pun itulh transport. 🙂
Kisahnya,hari kejadian Ell ngan hsbn (masa tu tunang) pergi survey dn beli sket2 brg hantaran kat JB.Jauh gak,lebih kurang 1jam prjlnn.Pergi pun dh tgh hari,nk survey brg kn lama,so,cecah jugaklh ke maghrib tp itu pun dh nk sampai rumah sebenarnya,lebih kurang 6-7km je lg.
hsbn Ell dh nmpak dari jauh ada motor kt belakang,tp mcm biasa tklh menyangka apa2. Tiba2 dlm keadaan yg dh nk gelap tu motor tu sekali lalu menghimpit kemudian mereka cuba nk meragut handbeg Ell yg ada dlm bakul motor. Tp cubaan dia gagal sbb hand bag trsangkut kt antara bakul dn handle motor kita org. Dn disebabkn trsangkut itu kita org trjatuh n dia org terus pecut lari takut.Cis! peragut sial keparat!!! Mujur tak ada kenderaan pn masa tu,sbb jln kawasan tu kalau maghrib agak lengang dn sunyi.Sempatlh hsbn Ell heret motor ketepi jln sblm nmpak kelibat sebuah bas melalui jln tu.Baju seluar koyak sana sini,lebih2 lg seluar hsbn Ell.Tp nasib baik kita org tk apa2 sangat.lutut je dan siku lengan luka2.Sampai skrng sedikit scar tu masih ada..dn bila melihatnya secara tk lngsung mmbuatkn tk leh lupa kejadian trsebut smpai hri ni.
Dlm sibuk2 mengemas brg2 yg brsepah tu sambil trhincut2, dgr plaklh bunyi anjing2 yg menyalak2.Apalagi,cepat2 kitaorg naik motor dan patah balik menuju ke balai polis Pontian utk buat report.Kat balai polis pun kecoh gak dgn kes ragut yg berlaku sehari sebelum kejadian kitaorg tu kat kampung berhampiran.Cuma nasib org yg kena ragut tu agak tk menyebelahi beliau..kesian.Dah tu,kita org pergi ke hosp plak utk dptkn rawatan.Dh settled semua,kita org balik rumah. Dlm keadaan abah Ell yg nk marah sbb balik lambat,bertukar jadi simpati .Mujur tak de perkara buruk yg lebih dahsyat brlaku.
Nmpaknya bnyk nasib baik yg berpihak kpd Ell brbanding org lain.Dan sbb tu,Ell tk henti2 brsyukur yg tramat.


*Secara jujur,lps kejadian trjatuh tu,sepanjang perjlnn menuju ke hospital Ell menangis tak henti2 disebbkan trauma.Sib baik hsbn ada tenangkan Ell.
*Selain dari tkut tercicir (sblm ni Ell prnah trcicir n hilang hand bag kt toilet shopping mall) kejadian ragut mcmnilh yg mmbuatkn Ell phobia nk bawak handbeg gi memana..


Ok,U’ols..dh bnyk sebenarnya pihak yg bg ‘tips’ cara nk mencegah dn mengelak kes ragut.Tp kali ni Ell nk bg sket ‘power’ apa yg patut kita buat sekiranya kejadian ragut ni berlaku depan mata kita/jadi saksi:-
1.Klau rasa tk mrbahayakn diri,hambat/kejar derang tp jgn panic.smbil kita menolong org tu pekik minta tlg dri org2 yg lain dn jgn lepaskn si pnjahat dri pandangan yg akan mmbuka peluang utk derang melepaskan diri.
2.Ram them down from their bikes(biasanya).cuba sampai derang jatuh.Balinglh ngan batu besar ke or whatever yg menyakitkan derang dgn jarak yg selamat (tkut derang ada pisau dsb).Kepung dgn org2 lain yg ada.
3. Jgn ada belas kasihan kalau derang injured – kdg2 derang melawan dan cuba utk melarikan diri,haa..time tu kita ketuk2 kepala dia. 😀
4.Ramai2 bantai dulu cukup2 (kasi ajar skit) then telefon polis.
5.Pastikan derang lembik supaya tk larat nk lari. tunggu sampai polis dtang.
Itu pun kalau u’ols berani nk tolong. Ell pasti mesti u’ols brbangga dpt memberikan bantuan. 🙂 sbb si ‘haram jadah peragut’ tu mesti sedaya upaya nk dptkan handbeg atau purse tk kira apa cara sekalipun trmasuklh kalau trpaksa..meragut nyawa mangsanya..
Kita pun dlm masa yg sama…harus berhati-hati. Utamakn keselamatan diri kita.

~Regular Caller~

Posted: 29/04/2009 in issue

Wednesday,April 29,2009

Ell ada nk citer sket pasal regular caller atau lebih tepat lagi caller tv/radio paling populer.U’ols pernah trperasan tk or kenal dgn org2 yg rajin call tv/radio nih.Ell ada perasaan beberapa org pendengar/penonton ni kerap sgt buat panggilan tv/radio.Yg heran tu,senang pulak derang ni menembusi talian.Ell saspek derang ni buat freelance kot koling2 radio/tv ni..tu pasal semua stesen radio/tv derang ada.hahaha ..
tk pn keje kat TELEKOM.Tp apa pun yg paling utama Ell rasa derang nih nak cari nama,supaya org 2 trtntu ataupun org ramai kenal dia.Nk popular lah tu..nnt bila org trtntu tnya..’hei you that one yg…’, rply ‘yup,thats me..’

Lagi satu,dulu2 dlm game show yg on air tawar hadiah yg kira oklah.Ada sesetghnya caller tu mnpak sngat call dari studio dia jgk(dh setting org sndiri).Kdg2 tu org yg sama atau biasa dgr tp cuba diubah tone/slang dia,nmpak sngat.Mngkin nk cver hadiah game tu yg sbnarnya tk seberapa.kalau bab soklan mmg tk boleh tahan,skema, trsusun rapi n sampai tahap meluat.Kira mcm soklan tu tahap media lah.Mcm dh diatur.Bknnya apa,cuma bg la chance kat org laen..asyik2 org yg sama,mana2 stesen tv/radio ada jer..kadang2 pagi Ell tengok MHI ada dia call,alih RTM ada gak call,tgh hari tengok Apa2 Aje ada call..pendek kata RTM,Media Prima n kadang2 ASTRO pn dia call.Derang ni tak de benda lain nk buat ke..Kalau radio,dulu2 Ell mmg cam suara yg sama ,tk sangka plak lps berbelas2 tahun boleh dengar suara ni semula kt tv.Ini pn boleh dikatakn mana2 stesen radio..Adei..kemaruk sgt ke nk populer..atau mngkin jgk nk tunjuk pandai, serba tahu itu dn ini.

Tp sebenarnya Ell tk kisah pn pasal derang ni,bil tepon derang yg bayar sendiri..cuma nk jadikan isu je dlm blog sendiri…:)Agak2nya kontot tk jari derang ni sbb siang mlm asyik nerai call radio/tv.hahaha

Teori Ell derang ni:-

1.nak cari nama (popular)
2.tinggi pengetahuan/educated (mngkin tk berapa tp mcm serba tahu itu dn ini)
3.dh disusun utk buat panggilan /freelance/org sndiri
4.trlalu fanatik dgn rancangan2 trtntu (boleh luahkn yg serba tahu tu)
5..keja kat TELEKOM?

Lps ni,ABPBH boleh lah adakan kategori pemanggil radio/tv paling popular.hahaha 😀 :LOL:

*Ell ada kenal sorang yg duk kampung sebelah mmg rajin buat panggialn kat tv RTM/Media prima.kat radio tak taulah..sbb dh lama tk dengar radio..:P
*Teringat plak Ell pd ‘Masrifah Idayu’ yg mmg top kat stesen2 radio zaman2 Ell skolah dulu.yg xleh thn bila time dia menyampaikan puisi or sajak…Kalau ada yg tahu tntng kewujudan dia ni mesti ingat betapa ‘seksinya’ suara dia..:D kalau tk tau tu,jgn ditanya siapakah gerangannya.Mana agaknya dia yer…

VOTE MY BLOG

Isu Hospital Kerajaan

Posted: 27/04/2009 in hospital, issue
Monday,April 27,2009

Mungkin kita dh bosan disua dengan isu kecuaian hospital-hospital kerajaan di Malaysia ini. Saban tahun atau bulan ada aja isu kelemahan pengurusan hospital didedahkan. Kadang-kadang muncul perasaan bimbang dengan perkhidamatan yang disediakan.Sebab brkemungkinan akan menambah penyakit bg yg nk mengurangkan sakit.

Pagi ni,Ell tonton MHI dgn isu yg dikemukakan adalah brkaitan dgn perkhidmatan hospital kerajaan.Dah 2x isu ni diutarakan dr minggu lps.Mcm2 keluh kesah pemanggil yg melepaskan perasaan geram dan marah.Yg paling tk boleh nk elak,setiap pemanggil mesti mention nama hospital tanpa brselindung..baguslah,sekurang2nya hospital brkenaan boleh pertingkatkan perkhidmatan yg cemerlang kpd pesakit2nya.

Mcm2 kes dh yg kita pernah dengar brkaitan hospital kerajaan ni,bkn nya nk perlekeh..cuma sekadar memberi sedikit kesedaran kpd kakitangan hospital kerajaan ni apa yg sewajarnya diperlakukan kpd pesakit.Akhbar Berita Harian harini kes trtangkap 2 org dokter yg ‘curi tulang’.Hah padan muka..dh tentu ramai pesakit dtg nk mendptkan rawatan ,dia senang lenang baca surat khabar n buat krja sndiri..halo ni bnyak pesakit tnggu tau.*tuuuttttt*punyer dokter.apa yg dia belajar dulu hah!

Ok,uo’ls..bkn Ell sesaje nk bising2 kat sini.Ell pn ada pengalaman dgn hospital kerajaan ni.Tp mungkin tak lh seteruk sesetengah kes.Kisahnya 9thn lps masa Ell nk melahirkan puteri sulong Ell, Marsha.Hari kejadian pagi,Ell gi rutin check up kat klinik tmpt Ell,baby didapati dh kurang movement dlm perut, tkut je hape2 jd kan..Ell diminta pergi ke hospital Pontian utk membuat pemeriksaan selanjutnya.Time tu Ell belum rasa sakit nk bersalin ,seminggu awal dr tarikh due..
Bila sampai kat hospital punyalh lama nk menunggu giliran…(yelah,fhm hospital kerajaan mmg ramai pesakit,mcm tk cukup kakitangan).Takpe,Ell ngan suami tunggu dgn penuh kesabaraan..maklumlah..sakit lum datang..tp kalau dh mula sakit tu,mmg hilang sabarlh jawabnya..Tambah pulak,bila dh sampai giliran…2-3 kali Ell keluar masuk bilik dia kata tunggu baby gerak.Wey,org dtg nk check kenapa baby tk gerak..Adei,segal betul.Kali ke3 baru doc tu kata baby sleeping pattern lps di periksa dgn alat apa tah yg utk dengar degup jantung baby tu..So,Ell ditempatkan diward utk 1mlm (katanya)bg membuat pemantauan trhdp baby.Kalau ok,esok boleh balik.

Dgn kuasa Allah,mlm tu jugak Ell dh mula rasa sakit nk brsalin..hsbn Ell yg setia menunggu dan meneman dr siang tu balik lh rumah utk mengambil segala keperluan Ell dan bb (time tu tk siap2 bawak beg sbb tk tau kena tahan)abis,1st time.Tp sblm tu,Ell dh diperiksa bukaan jalan,tp masih 1cm.Jadi nurse pn menganggarkan paling cepat pun esok tgh hari baru Ell brsalin.Nurse tu pn mmberitahu yg si suami boleh balik,sekiranya ada apa2 dia akan beritahu.So bila dh dekat mlm hsbn Ell pn berkira2 utk dtg pd keesokan pgnya,tu pun Ell yg suruh sbb time tuh Ell rasa ok.

Lebih kurang kul 1-4pg Ell dh mula resah tk tentu arah..kejap2 keluar masuk bilik air sbb rasa mcm nk ‘buang air besar’ .Akak sebelah katil Ell pn dh risau,dia kesian siap ckp kat nurse tu suruh tengok kn Ell.Katanya pernah ada kes yg ‘trberanak’ atas katil.Wah..punyalah hangen nurse2 yg time tu tgh mkn kuaci, smbl tengok tv n dengar radio nk check Ell nih.”Haih lambat lagi ” katanya dgn nada rungut.Agaknya apa perasaan dia ekk. Ell pn nk geram takde lah..sbb masa tu dh ingat nk menahan saket jer..2-3 kali gak Ell pergi jumpa dia suruh tengokkan ‘jalan’ atau pn susah2 Ell dh brsedia nk masuk labour room tu.Amboi..tambah bising lg dier..”belum lg la…esok baru awak brsalin nih.tido dulu..menyusahkan betul” cait setan nye nurse…

Punyalah tk thn Ell time tu,Ell sampai nekad biarlh Ell bersalin je atas katil tu..biar dia nengok Ell betul2 dh brtarung ngan nyawa..bergolek kekiri,brgolek kekanan..tk sape pn nk tolong..kakak2 yg sebelah menyebelah katil semua pn menahan sakit n ada yg tido..Keluar masuk bilik air sambil mengerang2..tp semua nurse buat2 tk dengar..dan tiba thp yg Ell takleh thn sampai trmuntah tepi katil sbb Ell rasa mual yg melampau…Bila dia dengar Ell muntah tu,baru nk tunjuk muka…tp bkn dgn perasaan kesian…makin ‘menyetan’ lg dia.Ada ke dia leh ckp “Adoi….!muntah pulak dia..knpa tk pegi toilet…tk habis2..” apa yg tk habis2?nk kata meyusahkan…

Jam masa kul 4.30pg(lebih kurang).Dan dia tk de pilihan,terus check bukaan laluan Ell.Mak aii..trkejut nurse2 tu u’ols..dh 8cm.Ell pn dihantar ke labour room..sambil bertarung nyawa dn tk hingat apa…tanpa peneman,dan sokongan..Ell slmt melahirkan bayi comel nama Marsha pd pukul 6.52pg (24/7/2001).

Yang ralat sekali Ell tk diteman kan suami Ell yg trcinta ..dn lebih sedih lg semua family members tk dimaklumkan dgn kelahiran bb Ell tu…Alih2 pagi tu hsbn dtg dgn abah Ell bawa bekal sarapan utk Ell mkn,tengok Ell takde kat katil baru lh hsbn diberitahu yg Ell ada dlm labour room tp dia ingatkn setakat check je.Dia pn tunggu,mana lh tau dpt tengok isteri sendiri melahirkan bayi nnt…tungu punya tunggu,Ell keluar dgn wheel chair sambil pegang baby..yg klakar,ada ke hsbn ingat Ell practice pegang baby cina.Utk kepastian,hsbn tnya.anak siapa?Eh,anak kita lh Ell jawab…masa tu brjurai air mata dia sbb happy tp ada sedikit ralat..

Pengalamn ni mmg tk kn Ell lupa.Walau apa pun Ell n hsbn amat bersyukur krn semuanya selamat.Cuma tk trbayang kalau sebaliknya brlaku,siapa yg harus dipersalahkn. Banyak kelemahan kakitangan hospital harus diambil kira. Nasib baik tk de apa2 buruk trjd..klau tk hsbn Ell cari nurse yg kata “apa2 hal dia call”.Tp tu pun hsbn Ell hntar surat complain pasal cara n layanan nurse2 disitu.Rupa2nya u’olls,sblm ni mmg dh bnyak org complain bnda2 ni tp tk de tndakan yg dibuat.Ell sedar,tk boleh nk mengharapkan 100% yg trbaik dr mereka kakitanngan hospital tu..cuma jaga sket hati dn perasaan pesakit2 yg nk kn rawatan..sekurang2nya bg lh sedikit senyuman yg manis.Mngkin pd dia org bnda2 ni bnda yg biasa krn brdepan hari2,tp ingatlh org2 yg bukan selalu mnghadapi situasi begini.Bertarung nyawa ni tau..

Walaupun berhadapan dgn segala kesakitan,menimang cahaya mata merupakan perkara yg gembira n satu pengalaman buat pasangan suami isteri. Jd bagi nurse2/jururawat2..jgnlh membuatkn ini satu pengalaman yg menyiksakan atau menakutkan bg pasangan yg mnghadapinya.

Sbnrnya kerja meraka ni murni sbb jaga pesakit atau yg memerlukan dn membantu menyelamatkan nyawa..tp itu pn harus kena dgn gayanya…



*Kejadian2 sprt diatas dn seumpamanya tidak mewakili keseluruhan pusat kesihatan/hosp krjaan.
*Syukur cuma sekali pengalaman buruk ni brlaku.mungkin ramai lg yg menderita disebabkan kerenah kakitangan hospital kerajaan nih.
*Apapn,nmpaknya hospital pontian dh pertingkatkan kualiti perkhidmatannya..sbb dh takde lg rungutan2 yg Ell dengar sprt yg sebelum2nya.Lg pun bnyak nurse2 baru.Mngkin dia org dh prbetulkn kelemahan dn kesalahan yg ada,setelah bertubi2 dpt complain dr org ramai.Apa pun,layanan yg Ell dpt semasa anak ke 2 n 3 amat baik sekali.

VOTE MY BLOG