>Day 7 ~ Dari Jakarta ke Bandung (part 1)

Posted: 22/04/2011 in bandung, trip, vacation

>tak habis lagi? ya ya ya..sila bawak bersabar…tenangkan fikiran meh baca percutian seterunya…:)

Khamis (17/3/11)

Hari ni we’ols dh plan nak ke Bandung.Ngam2 waktu subuh we’ols dah bangkit.semangat punya pasal nak berjalan jauh.Pulak tu SIL1 kata “kita jalan sehari je,so kene gerak awal”.Habis dah subuh,we’ols tengok fajar.
Masya’Allah…cantik tengok matahari terbit.Tapi jangan terkejut..ni baru kul 5.39am.Die punya terang mcm pukul 7pagi waktu Malaysia.Ni intai2 dari tirai kamar..:)
 Ni bukti dlm folder..nampak gambar yg di anak panahkan tu? gambar yg sama dgn atas,pastu tengok ‘date picture taken’ yg Ell dh highligt kan tu…bukan nak menipu lah kan…jgn ada yg kata amik waktu senja plak..dh ada bukti..:)
Sementara bersiap2 tu,we’ols berkesempatan tengok tukang cuci pool dtg bersihkan…(seperti susunan gambar dlm folder) Tak kiralah pool tu guna atau tidak,dia sentiasa datang setiap hari isnin dan khamis untuk pembersihan.
Ok,jam 8.30pg dengan lafaz bismillah dan doa,we’ols memulakan perjalanan yang agak jauh jugak.Ia mengambil masa lebih kurang 2jam setengah.

 Seronok je tengok pemandangan yang agak jarang kita lihat.Kiri kanan berbukit bukau.Tapi bukan kosong ya…bukit2 pun jadi tempat bercucuk tanam.Lebih2 lagi padi bukit.
 Sepanjang perjalanan ke Bandung kelihatan rumah2 yang agak ringkas…tapi atap semstinya atap genting.Tak delah u’ols nak jumpa atap zink mcm kat Malaysia ni.SIL1 pun mencelah,”walaupun rumah2 d’ols tu lantainya tanah(tak bersimen) tapi atap die tetap atap genting”
 Ketika separuh perjalann..we’ols melalui sebuah bandar yang Ell pun tak tahu apa namanya,Ell terpandang sebuah kedai bakery ni.(HOLLAND BAKERY) Ell rasa kat Jakarta pun ada…rupanya bakery ni di franchaise kan…Maknanya seluruh Indonesia adalah kot..yang menarik trade mark die windmill yg sentiasa rotate.
 Terus dan terus meneruskan perjalanan..hehe

 Sambil dihidangkan kehijauan pemandangan,menyegarkan penglihatan..:)

10.45pg~ We’ols dah sampai….Destinasi pertama di Bandung.Gunung Tangkuban Parahu.

Dekelilingi pokok2 rhu yang tinggi2 nmpak mcm dh tua.Tapi katanya walaupun tua,btg pokok rhu itu berguna,ditoreh untuk ambil getahnya dan dijadikan gam.
Kawasan sekitar juga ditanam teh dan strawberry,tp tak kelihatan dr laluan utama.Ruginya we’ols tak pergi ladang strawberry yg boleh dipetik sendiri.

               Kenagan beb…
cuaca hari itu sanagtlah panas,tapi suhu tetap sejuk.

We’ols 6 beranak.Gambar diambil dari pondok tinjau.

View berlatar belakangkan kawah ratu,iaitu kawah utama dan terbesar diantara 9 ke 10 kawah yang ada.

Boleh menyusur sepanjang gunung tangkuban parahu.tapi agak merbahaya sructure tanah nya.Berbonggol2 dan menggelongsor.Tidak sekali2 disarankan memakai heels.Ada kang yang jatuh tersungkur tergolek2 dog tersembam mencium bumi.:)

My MIL sangat tak larat nak ikut rentak org muda mudi ni..so,dia duk berehat jelah.

Jauh dah we’ols menyusur ni sebenarnya.Tah nak sampai kemana pun we’ols tak tahu.Ada disediakan kuda(berbayar) bg sesiapa yang nak meninjau sampai kesemua kawah.malah nun dibelakang we’ols tu boleh je kalau nak pergi.

Yeah,Aryan sangat susah nak bergambar..dapat jugak bergambar akhirnya..
kene pegang tu tgn dia sebab dia nak lari..:)
Ibu dan bapak tourist guide..hahah kakak ipar ku dan suaminya..thnx along to brought we’ols here…
Nak jugak berduaan..:)

Aryan nak lari lagi!!.jgn lepaskan die…hehehe susah na nak bergambar
2 dara yg feeling2 model ahaksss…
Antara view yang di abadikan…

Kawah ratu dari angle lain…
last picture taken at kawah.nice n sweet couple.:)

Banyak deretan kedai…we’ols pun ada lah singgah gak.tapi tak membeli pun.Cuma adalah beli sepasang fridge magnet.
Oh ya we’ol ada beli strawberry n blackberry.Katanya dr kawasan sekitar.SIL1 dah nasihatkan..bawak balik rumah rendam n basuh,baru mkn.Tp mana boleh menahan godaan tu…basuh je lebih kurang dgn mineral water yg dibekal..pastu we’ols mkn.Masya’Allah….die punya manis mcm letak gula.sedap sesangat!!!Apa lg bertambah2 lh mkn.Dlm kereta je habis kotak pertama yg isinya lebih kurang 35biji.Hsbn lh paling bnyk mkn…last2 perut die meragam…Blackberry tu seingat Ell itu 1st time rasa…n sangat sedap jugak…


12.30tghhari ~

Readylh nak turun ke Lembang.Tapi sebelum tu SIL1 n her hsbn pergi solat zuhur dulu.Sementara nak tunggu SIL1 siap solat tu..

Ell agak lemas dgn penjual2 yg ada dikawasan gunung tu.Yang tak faham d’ols sangat memaksa.Walaupun u’ols dh kata “nggak mau” d’ols akan jadi sgt aggrasive memaksa dn terus memaksa.Lebih2 lg bila u’ols dh tawar2 harga pastu tk jadi beli…
 
Selesai dah semua,weols masuk kereta dan terus turun menuju ke Lembang.Asalnya jalan2 cari mkn.Tapi disebabkan SIL1 offer naik kereta kuda,we’ols setuju je dgn bayaran tak tahu…hehe sbb SIL1 yg  settled semua.

Kereta Kuda dibandar Lembang.

We’ols dibawa keliling bandar hampir 45minit – sejam.Kata SIL1 murah dgn tempoh yg begitu…n puas jugaklh duduk dlm kereta kuda tu.Tapi makesure pilih yg elok2 skit lh.

Uit,nak bawak balik ke..:)

Makan time..selera dgn mknn padang je we’ols…Food sgt lazat n double thumbs up!! Konsep nye biasalah…d’ols akan hidang seberapa bnyk menu,n mana yg bercuit tu kira bayar.
Ok,selesai mkn,weols nak ke bandar Bandung.

Dan ini,pulut bakar ‘must try’..cadangan dr SIL1.Sedap jugak rasanya ada sket2 manis.We’ols mkn gitu je dekat nk habis…rupanya ada pencicah yg ala2 serunding…hehe.

Ok then,BERSAMBUNG lg yarh….
Comments
  1. nasazfrog... says:

    >Alamak bestnya g bercuti2 ni..

  2. Lieya says:

    >Aiyoooo kat mane skang ni cik Ell oiii… mau jemput datang uma 01 Mei ni. Aku kawin. ehehehehe….

  3. atty's says:

    >sonoknya pergi bandung..

  4. Dee says:

    >bestnya naik kereta kuda..dan jalan2 di bandung..

  5. >teringat pergi kat tangkuban perahu dlu2.. kita turun je dari kereta terus dyeorang serbu mintak kita beli barang dye, kalau kita tak layan dye ikt je kita macam bodyguard kita gitu.. takut ada seronok pn ada… rindunya.. bestnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s