>Cinta dan Tanggungjawab~ (no-v-day)

Posted: 14/02/2011 in love

>

Ell tak pernah sambut valentine day kerana itu tidak diperlukan dlm islam sebenarnya.Syukur beberapa tahun lalu  tersedar dan membuka mata valentine day adalah haram dan dosa.(refer previous n3)
Tapi n3 hari ni ada kaitan jugak dengan CINTA.:) meh lh kita feeling romantika cara berhemah.:)

Membina cinta sejati adalah datang selepas kesukaran, mengecapi terlebih dahulu iman di hati. Iman pula, adalah proses datang sesudah ditimpa ujian hidup yang tak putus, dan sabar sebagai pendinding kalis dugaan. Usah tinggalkan cinta utama, iaitu cinta Ilahi, semata-mata tidak tahan lagi untuk menagih cinta manusia. Ikhlas, antara bahan asas membina Iman.
Keikhlasan memberi dan tidak menagih balasan.


Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan, mendambakan, menginginkan untuk dicintai dan mencintai. Ingatlah, cinta sempurna berkait-rapat dengan kesabaran menongkah arus duniawi.
Begitu indah cinta berputik lahir selepas terpatrinya ikatan perkahwinan. Matlamat utama terbina di atas saling percaya-mempercayai dan penuh rasa tanggungjawab, di hujungnya pula hanya mengharapkan keredhaan Ilahi. Pentas perkahwinan adalah antara hakikat sebenar medan meraih cinta dan redha Allah Taala.


Bahan asas membina cinta seperti pengorbanan, tanggungjawab, ikhlas, memberi, sabar dan toleransi akan wujud di sebalik tembok redha Allah Taala itu. Maka asas dan terasnya diperolehi umpama keringat kita mencari redha Allah Taala.
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana-mana sahaja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan. Oleh sebab itu, lebih baik jika kita selalu sedia membuka perbincangan, toleransi, berlapang dada untuk bertukar-tukar buah fikiran dengan pasangan, agar hubungan cinta tetap terjalin.


Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman.Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.Terlalu sayang,sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan,sudah ketara,tapi buat-buat lupa.Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama menjadi buta,gelap gelita.Ya,bila ujian Allah Taala datang mendidik diri,baru tersedar,baru terngadah.Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha,terima hakikat.
 Ingatlah, Tuhan selalu menduga walaupun sudah merasakan sempurna, tiada masalah kewangan, yakin mengurus tadbir rumahtangga, kerana di celah-celah kesempurnaan tadi kita sering alpa. Ujian-Nya adalah mendidik, kerana Dia masih melihat, masih kasih kepada setiap hamba-Nya yang sabar, dan bersyukur.
Gerbang perkahwinan sudah dilewati,onak duri pasti ditempuhi,semoga cinta mekar bersemi dan harumannya akan terus mewangi hingga penghujungnya nanti..


‘Wahai sahabatku,janganlah bermimpi untuk bercouple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala,Nabi dan keluarga.Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan,mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain.Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim’.
~ petikan dr novel “berteduh di kebun Cinta”~


Sumber:Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah.
Penulis buku:

-Melakar Pelangi Cinta (MPC)
-Berteduh Di Kebun Cinta

Comments
  1. rasp says:

    >akak masa zaman sekolah dulu ada le kenkonon sambut valentine…tapi bertahun lamanya dah tak sambut lepas tau kisah sebenornya…neway, suka sgt petikan u nie sis…thx for sharing!

  2. kakngah says:

    >aku pun xpernah sambut dr dulu lagi….

  3. Dee says:

    >dr dulu mmg x sambut..kalo ada pun sbb x tau masa tu..setakat bg bunga coklat lah..masa sekolah2..

  4. Shiela Latif says:

    >kembali sedar… =))

  5. zaradgreat says:

    >bestnye ayat dia.🙂 suka2

  6. @tune® says:

    >ell…cinta tu mcm angin…boleh rasa tp xnampak..aku mmg xpernah sambut…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s