>Valentine’s Day HARAM!!!

Posted: 13/02/2011 in info, info agama

>

Sebelum tu, Ell nak share sikit apa kisah,sejarah n hukum menyambut hari valentine’s ni…u’ols yg berminat nak tau..bolehlaa baca sampai habis..terima kasih..


Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.

 
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjara, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepucuk surat yang tertulis from your valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. U’ols tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut untuk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.

So, dari semua kisah tadi, u’ols nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, 

Sheikh al-‘Utsaimin berkata: 
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Konklusi
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”
So, apa pendapat u’ols? Bagi Ell dalam islam, tiada hari untuk kita specialize kan menyambut hari istimewa bersama kekasih. Hari-hari adalah hari kekasih. Kan? Toksahlah dok semangat tunggu 14 feb, baru nak beri hadiah, tak supriselah. He he. 
Bagi sesiapa yang beragama islam diluar sana,yang turut serta meraikan valentine’s day ni…hentikanlah,masih sempat lagi untuk mengikut yang lebih elok sebagai seorang muslim.
Pendek kata……

 

Cinta dan kasih sayang ditunjukkan setiap hari, bukan sehari setahun…
PS:U’ols boleh je search pasal valentine day dalam islam ni dari internet.
Comments
  1. starsyeea says:

    >nice effort dear!say no to valentine!

  2. Emy Omar says:

    >Good info..no..no..no..for valentine's day

  3. Shiela Latif says:

    >mekasih babe….nice info…good sharing..aku tau ada antara kawan (seseorang) kita yang tak peduli pasal isu ni..aku tak suker org yang terlalu open minded pasal benda ni…

  4. EB says:

    >Xpernah smbut bnda mgarut ni…

  5. qellissa says:

    >so far tak pernah sambut Valentine day.Klu nk sambut hari berkasih sayang( bagi suami isteri), kan hari2 boleh..kenapa mesti nak sambut hari ni ye tak?

  6. ~ Lady ell ~ says:

    >starsyeea>>say no to valentine..we ♥ maulidurrasul rite…:)

  7. ~ Lady ell ~ says:

    >emy omar>>yes,no..no..no….:)shiela>>sila lempang laju2…nak tak? heheh aku nak…:P

  8. ~ Lady ell ~ says:

    >EB>>bagus!!qelissa>>betul dear..hari2 hari kasih sayang.tapi i pernah terpesong gak aqidah time skolah2 dulu..huhuhu naif sungguh.

  9. mizzapple says:

    >nice info.🙂

  10. rasp says:

    >nehi nehi valentine🙂

  11. Shiela Latif says:

    >memang aku rasa macam nak lempang dia laju2…tapi aku "sabooo je lah!" (petikan HKLBR)

  12. Lieya says:

    >Yahhhh xmo sambut2 valentine day

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s