Frambozen Kenari (resepi)

Posted: 29/08/2010 in frambozen kenari, recipe
Dasyat nama kuih ni,actually biskut.Boleh dikatakan kategori biskut raya la..tapi belum raya dah abes.dan jangan nak mengaharap nak buat lagi..heheh malas!!!

Sebenarnya 1st time buat..rasanya pun sebenarnya Ell tak tau..tengok resepi mcm senang,pastu dr kata2 survey kuih ni sedap.Tu yang gigih nak menerai..Cepat na terpengaruh.Sib baik jadik n rasanya pun ok.
Meh Ell share resepi nak?

* 2 cawan tepung serbaguna
* 2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur
* 1/2 cawan gula
* 1/4 sudu teh garam
* 3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
* 1/2 cawan badam cincang
* 1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi
Ell guna yg ini
Topping
* Putih telur 2 biji
* 1/3 cawan gula halus
* 1/2 cawan hirisan badam

  
Directions

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. 
2.Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.
3. Perhatian: Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 – 20 minit.
4. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.
  
Topping

 
6. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat.(pantang katanya kalo terkena air/minyak)

7.Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat. 
8.Sapukan meringue (adunan putih telur) diatas jam dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam.
9. Bakar pada suhu sederhana selama 8 – 10 minit atau lebih sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit. 
10.Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.
 Ini adalah gambar asal dari resepi yang Ell ambil.tapi pasai apa Ell punya shape bulat2 aih…ha,tu dia kalo hangpa nak tau keje orang gatai tangan la tu…Pastu bila tengah2 buat baru kata aduhai..watpa la gi buat shape bulat2 ni..buang masa betui la.Serius nyesal sebab apa,kalo ikut cara asal senang ja,time sapu jam n meringue tu bubuh pastu kasi rata ja..n bila tabur badam tu tabur je la..yg pegi gatai buat shape bulat2 tu pasai apa lh kan..leceh!

Ok,u’ols nak try boleh terai..simple tapi sedap.Percaya k,tk kan mengecewakan u’ols…
SELAMAT MENCUBA

Comments
  1. ratna says:

    hmmm..nyum.. nampak sedap. jap lagi kita nak cuba buat puding caramel yg awak bagi resepi kat blog ni.. harap2 menjadi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s