Menghayati Israk Mikraj

Posted: 20/07/2009 in info

Monday,July 20,2009

(27 Rejab,1430)

Selamat menghayati hari Israk Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,( kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S. W. T. :
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

*harap 3 entry megenai Israk Mikraj sebelum ini,akan mendatangkan keinsafan kepada diri kita,disamping berusaha meningkatkan tahap keimanan.
*Sesama kita saling memperingati kerana ada juga terdapat balasan bagi orang-orang yang sering mengingatkan orang lain,sedangkan dirinya sendiri dilupai…Masya’allah..(u’ols pun tolong2 ingatkan Ell ya.sebagai manusia kita memang selalu lupa dan leka)

Comments
  1. neezareef says:

    salam israk mikraj ell

  2. Gieyana says:

    Good information…salam Israk mikraj yer…:D

  3. cHeRyNa PiReS says:

    bagus la info nieh elle…rase best membaca lagi2 time cuti nieh…selamat menyambut israk mikraj to u too…

  4. mummysya says:

    salam…

    TQ for the info dear….

    salam Israk mikraj dear…

  5. Dee says:

    salam israk mikraj ell..

  6. ~ Lady ell ~ says:

    neezareef>>>
    salam israk mikraj kak..kat johor tak dapat cuti israk mikraj ekk.

    gieyana>>>
    tq n salam jugak.

    cheryna pires>>>
    hai sha…salam israk mikraj yer..kat N9 cuti yer..bagus ekk

    mummysya>>>
    sesama kita share info kan..
    salam jugak yer.

    Dee>>>
    yer,mekasih eh.arini tak cuti ke..?

  7. @tune® says:

    puasa x arini?

  8. ~ Lady ell ~ says:

    atune>>>
    puasa? aku mabuk budak la tun..niat hati mmg nak puasa..tp tak kesampaian.😦

  9. rasp says:

    thx for these info…
    saling ingat mengingati amalan yg mulia🙂

  10. ~ Lady ell ~ says:

    rasp>>>
    siapalah ell ni nk menasihatkan orang kan…sekadar mengingatkan diri sendiri je sis..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s