Buat Renungan (hari Israk Mikraj)

Posted: 18/07/2009 in info

Entry ini adalah susulan daripada n3 yang sebelum ini mengisahkan bentuk2 siksaan yang Nabi Muhammmad SAW saksikan ketika di Israk Mikraj kan.Sebenarnya banyak lagi bentuk2 siksaan yang Rasullullah ceritakan dan disandarkan didalam kitab “Al-Israa’ wal Mi’raaj” oleh Ibnu Abbaas.

Dengan berlakunya peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad menceritakan pelbagai peristiwa aneh yang diperlihatkan kepada beliau.Antaranya siksaan ke atas umat-umatnya yang pelbagai dimana telah dicatatkan siksaan yang paling banyak diperlihatkan adalah dari golongan wanita.Sehingga kan Baginda menangis kerana tak henti-henti memikirkan nasib golongan wanita yang lemah sifatnya.

Golongan Wanita Yang Disiksa:-

1.Wanita yang berzina dengan lelaki bukan suaminya ~ menangis dukacita sambil merayu.Rayuan mereka itu tidaklah dijawab dan mereka meminta pertolongan malah tidak ada yang mengasihani mereka.

2.Isteri-isteri yang menghina suami mereka dengan mengatakan huduhnya rupa kau!,buruknya perawakan engkau!, busuknya bau engkau!. ~ mereka memakai seluar daripada sejenis besi bewarna kuning yang amat panas manakala di tengkuk mereka terdapat rantai dan belenggu.

3.Isteri-isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab ~ muka mereka terbakar,sedang lidah mereka terjelir keluar keatas dada mereka.

4.Wanita yang tidak menutup kepala ~ digantungkan dan otak mereka menggelegak seperti gelegaknya minyak atau air dalam kuali sedang mendidih atas api.

5.Isteri-isteri yang menyusukan anak orang lain tanpa minta izin suaminya ~ digantungkan rambut mereka dan dirantaikan buah dada mereka dengan rantai daripada api neraka.

6.Wanita yang buruk pergaulan,tidak mengelokkan wudhuk,berpakaian kotor,tidak mandi hadas dan meringan-ringankan solat. ~ kakinya digantung kepada lidah mereka dan tangan mereka digantungkan kepada ubun-ubun

7.Isteri yang memperoleh anak dari bukan suaminya ~ wanita ini akan dipekak tuli lagi buta kan,berada dalam peti daripada api yang mana otaknya keluar seperti minyak menerusi hidung mereka,sedang badan mereka berbau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

8.Isteri yang gemar mencaci dan menghina suami ~ digantungkan kaki mereka pada dapur yang terdapat api.

9.Wanita yang menjadi perantara(agen dalam perkara haram seperti ibu ayam atau menyimpan pelacur) ~ hitam mukanya dan mereka memakan tali perut(usus) mereka sendiri.

10.Wanita yang mengadu domba dan mencetuskan permusuhan serta membuat fitnah ~ kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai sambil disiksa dengan seribu macam siksaan.

11.Wanita yang membangkitkan perasaan benci membenci antara sesama manusia ~ rupanya seperti anjing,api dimasukkan kedalam mulut dan dikeluarkan melalui dubur.Manakala para malaikat memukul pula kepalanya dengan cemeti daripada besi panas.

12.Wanita yang memakan ubat atau melakukan sesuatu bagi membunuhkan bayi dalam kandungan(sengaja menggugurkan kandungan) ~ digantungkan dengan rambut mereka sendiri pada sepohon pokok zaqqum(yang banyak duri berbisa) keatas diri mereka pula dicurahkan air panas,lalu daging mereka dipukul dengan tongkat besar.

13.Wanita penyanyi yang giat dan gigih tanpa bertaubat ~ dirantaikan dengan rantai-rantai daripada api dan mulut mereka dibukakan lalu menyalalah api keluar daripada perut mereka.

14.Wanita yang mengupah wanita lain melakukan larangan Allah(melacur).Dia gigih melakukan itu tanpa bertaubat ~ ditutupi kepala mereka dengan sejenis besi yang panas,manakala ular-ular bisa yang besar menyengat-nyengat(mematuk dan menggigit) mereka.

15.Wanita yang mengubah bentuk kejadian ciptaan Allah (mewarna rambut,cucuk dagu,hidung dan sebagainya)~ dipanaskan ditempat pemanas sedang tubuh mereka menjadi hitam seperti kepingan besi yang dipanaskan(hitam)

Siksaan terhadap kaum lelaki juga perlu diambil beratkan.Kerana tidak kurang hebatnya siksaan yang maha dahsyat terhadap golongan-golongan yang melanggar perintah dan larangan Allah.

Golongan Lelaki Yang Disiksa:-

1.Lelaki yang mengikut kelakuan nabi Lut (homoseksual) dan meninggalkan wanita yang menjadi pasangan mereka sebenarnya.Mereka tidak mahu berkahwin dengan wanita malah melakukan liwat dengan lelaki ~ berjalan dengan muka terbalik dibawah,sedang diatas belakang mereka terdapat sebuah batu besar daripada api,manakala para malaikat memukul mereka dengan cemeti daripada besi.

2.Lelaki yang bermegah dengan kelebihan yang ada pada diri,keluarga,keturunan,pangkat dan harta mereka.Kemudian melemparkan fitnah dikalangan manusia. ~ melontar cahaya yang memancar daripada api,lalu melantun mengenai mulut dan mata mereka dan keluar menembusi belakang kepala mereka.

Malah Nabi Muhammmad juga diperlihat kan keatas kedua-dua golongan lelaki dan wanita yang tidak terkecuali daripada disiksa tanpa belas kasihan disebabkan oleh dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Golongan Lelaki dan Wanita Yang Disiksa:-

1.Orang yang menyimpan emas dan perak (wang),sedangkan mereka tidak mempergunakannya di jalan Allah atau tidak mengeluarkan zakat ~ mereka diikat dengan pengikat-pengikat daripada api yang mana dahi mereka menjadi hitam,sedangkan didapati ular-ular berlingkar membelit leher-leher mereka sambil menyengat mereka,dipukulkan daging mereka dengan tongkat besar kemudian daging yang rosak itu pulih kembali.

2.Orang yang mempunyai pasangan(suami dan isteri) tetapi meninggalkan nya kerana berminat pada yang haram ~ hadapan mereka terhidang daging yang baik dan terhidang daging yang busuk,sedangkan mereka memilih untuk memakan yang busuk dan meninggalkan yang baik.

3.Orang yang berbangga /sombong ~ mereka dibalikkan bahagian hadapan mereka ke belakang dan sebaliknya bahagian belakang kehadapan,sedang mereka adipukul dengan cemeti dan mereka diheret oleh para malaikat di atas muka-muka mereka ,yanag mana setiap kali mereka dipukul akan menyalalah api pada tubuh mereka.

4.Orang yang memakan harta anak yatim secara aniaya dan menipu anak-anak yatim ~ mereka ini akan dibakar dalam semarakan api yang amat panas membakar dan juga api berada di dalam perut mereka,yang mana api itu memasuki melalui dubur dan keluar menerusi mulut mereka.

5.Orang yang memakan riba’ termasuk mereka yang berkaitan dengan riba’ ~ mereka diberi minum dengan nanah dan danur,setiap kali dia memasuki perut mereka,lalu terkoyaklah kulit-kulit mereka kemudian sembuh semula.

6.Orang yang mencetuskan pergaduhan dan permusuhan ~ kepala mereka ini dikenakan seksaan dalam neraka Jahannam dan mereka diberi minuman teramat panas mendidih dan minuman teramat sejuk membeku yang mana minuman panas menghanguskan mereka sementara mereka dipukul dengan tongkat yang besar.

Begitulah kisahnya siksaan-siksaan yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammmad SAW dan perlu diingatkan siksaan-siksaan itu dilakukan berulang-ulang sehinggalah mereka sembuh dan dilakukan semula.Itu hanya hukuman bagi setiap satu-satu perbuatan larangan dalam Islam,bagaimana pula jika berbagai-bagai perbuatan dosa yang seseorang umat itu lakukan…Masya’Allah, tak tergambar betapa dahsyatnya siksaan yang terpaksa ditanggung.Malah mungkin tak tertanggung.

*info dipetik dan disunting oleh LadyEll dari senaskah buku “Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah”

Comments
  1. Yan says:

    ermmm thanx ell tuk ilmu yg sangat2 bermanfaat ni… muhasabah diri..

  2. ~ Lady ell ~ says:

    yan>>>
    ur welcome…tk rugi share kan.

  3. rasp says:

    mmg elok info nie ell…bak kata yan, muhasabah diri🙂

  4. ~ Lady ell ~ says:

    rasp>>>
    lebih2 lagi org pompuan cam kita ni kan sis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s